Skip to main content

Hari Raya dengan Shaklee

 Bismillahi walhamdulillah

Apa khabar sahabat semua? Menginjak kita ke 10 Syawal hari ini kan? Sudah ada yang berpuasa sunat Syawal? Semoga dipermudahkan urusan semua sahabat walau dalam apa jua keadaan.

Dalam keseronokan berhari raya, makan segala aneka hidangan, dari ketupat rendang nya, lontong kuah kacang nya, lemang serunding nya hingga lah ke biskut raya, badan dah mula bagi signal macam-macam ditambah pula dengan faktor usia ni, makan terlebih sikit, dah mula rasa tak sedap badan 😂

Jadi, saya akan stand by vitamin-vitamin Shaklee dalam beg balik kampung saya sebagai ikhtiar untuk kesihatan saya dan keluarga. Dan saya akan kongsikan dengan adik-beradik apabila saya mengambil vitamin Shaklee di kampung.

Saya akan kongsikan vitamin-vitamin yang penting dan semua keluarga wajib ada di musim perayaan ni.




Phytocol ni sangat best bila kita tahu fungsi dia. If makan makanan berlemak dan berminyak, boleh ambil phytocol sebab dia dapat halang penyerapan kolesterol dari makanan di usus.

Omega Guard ni sangat bagus untuk otak, boleh juga beri pada anak-anak untuk diamalkan harian. Selain itu, Omega Guard dapat mengurangkan paras kolesterol jahat. Boleh bantu jaga jantung kita juga.



Musim-musim raya ni sudah tentu kita berjumpa dengan ramai orang kan? Jadi penting sangat kita sebagai ibu ayah untuk menyediakan vitamin sebagai ikhtiar perlindungan kesihatan kepada anak-anak. 2 item kat atas ni iaitu Hero Kiddo dan Nutriferon wajib saya bawa kalau pergi travel. 

Anak-anak memang suka sangat Hero Kiddo, sampai Ummi depa kena catu, nanti terlebih-lebih makan Hero Kiddo 😂. So saya sarankan jadikan 2 vitamin di atas sebagai vitamin wajib di rumah mak ayah okay😊



Selain Hero Kiddo, mak ayah pun boleh dapatkan Vita-Lea for Children untuk anak-anak. Dia ada multivitamin dan mineral untuk kanak-kanak dan boleh top up nutrisi untuk anak-anak. Yelah, kadang-kadang anak-anak kita ni memilih makan kan, jadi sebagai ibu ayah yang peka, jom kita bantu berikan nutrisi yang lengkap daripada Vita-Lea ni.

Okay, last but not least, selain Phytocol dan Omega yang saya kongsi di atas tadi, kita boleh add on Herb-Lax dan Lecithin di musim raya ni.

Herb-Lax ni boleh bantu elakkan sembelit. Apabila macam-macam makanan dah masuk dalam perut, kadang-kadang susah nak membuang kan? Jadi boleh ambil Herb-Lax, boleh bantu mencuci usus dan melawaskan pembuangan air besar. Herb-Lax ni tak perlu ambil hari-hari ya.

Lecithin pula sangat best bagi mereka yang nak kurus. Lecithin bertindak sebagai pemecah lemak supaya senang dibuang dan dia mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Jika nak kurus, vitamin ni wajib ada dalam list kita okay 😉

Sekian dulu untuk perkongsian vitamin-vitamin Shaklee yang perlu ada di musim perayaan ni. Semoga ianya bermanfaat dan membantu mak ayah dalam menyediakan keperluan vitamin di rumah. Jom singgah ke blog rakan saya tentang pengalaman menarik beliau ber Hari Raya dengan Shaklee 😊

Sekiranya nak tahu lebih lanjut lagi tentang vitamin Shaklee, boleh hubungi saya di sini. Jumpa lagi dalam posting akan datang😊

#projekblogmegashaklee
#shakleetriumph
#shakleeraya
#billionaire
#keluargasihat

Comments

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Doa Untuk Wanita

  Bismillahi walhamdulillah Menjadi seorang wanita atau tepatnya umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sangat istimewa. Nabi Muhammad s.a.w. sangat memuliakan kaum wanita. Datangnya baginda sebagai utusan Allah, baginda membuang segala perkara yang mungkar dan maksiat yang dilakukan oleh kaumnya. Pada ketika itu bayi perempuan akan dibunuh atau ditanam hidup-hidup. Allahu Akbar! Nabi Muhammad s.a.w. begitu menyayangi isterinya Siti Khadijah r.anha, hingga baginda berasa amat sedih pada tahun Siti Khadijah wafat.  Baginda juga merupakan seorang ayah yang penyayang dan datuk yang begitu sayang akan cucu-cucunya. Baginda mengajarkan kepada anakandanya, Fatimah yang pernah mengadu akan keletihan melakukan kerja rumah. Lalu baginda mengajarkan zikir Tasbih, Tahmid dan Takbir sebanyak 33x setiap satunya dan kita mengamalkanny setiap kali selepas solat. Doa Untuk Wanita   Sebenarnya banyak doa yang baik dan boleh diamalkan oleh kita. Saya kongsikan dahulu 3 DOA di bawah yang saya suk...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...