Skip to main content

Testimoni Shaklee

 Bismillahi walhamdulillah

Apa khabar sahabat sekalian? Harapnya semua dalam keadaan yang sihat 😊

Entri kali ini saya nak berkongsi tentang kesan positif pengambilan vitamin Shaklee kepada diri saya, dengan izin Allah jua.

Dalam entri saya sebelum ini, saya ada menceritakan bila kah saya mula berkenalan dengan Shaklee dan jatuh cinta dengan ESP Shaklee 💛

Sejujurnya saya betul-betul mengamalkan vitamin Shaklee pada awal tahun ini, iaitu tahun 2023 sedangkan saya mula kenal produk Shaklee pada tahun 2014. Pada ketika itu saya belum lagi bekerja dan saya berdikit-dikit kumpulkan duit untuk membeli ESP.

Testimoni Bersahur dengan ESP dan Cinch

Alhamdulillah, satu pencapaian yang membanggakan saya apabila dalam Ramadhan tahun ini, hampir setiap kali sahur saya dan suami akan minum ESP dan Cinch. Alhamdulillah memang rasa best bila bersahur dengan ESP dan Cinch sebab saya tidak rasa mengantuk dan perut pun tidak rasa berat. Saya sangat enjoy dengan puasa saya, alhamdulillah 😍

Saya bancuh ESP + Cinch Latte. Masha Allah memang sedap sangat-sangat!

Testimoni mengamalkan Vitamin C Sustained Release dan Ostenutrix


Ini adalah salah satu testimoni Ostenutrix


Inilah Vitamin C SR yang menjadi kegemaran rata-rata rakyat Malaysia😉

Alhamdulillah, saya dapat rasakan kesan positif bila saya amalkan makan Vitamin C SR setiap hari. Ada masa tertentu, saya rasa macam nak sakit tekak dan batuk, namun saya menyedari yang simptom tersebut segera hilang. Masha Allah, mungkin asbab pengambilan Vitamin C SR, badan kita ada perlindungan yang baik. Terima kasih Ya Allah!

Vitamin C Shaklee sangat terbaik kerana tiada pewarna dan perisa malah cukup mudah untuk mengamalkannya. Ambil sebiji saja setiap hari sudah memadai kerana maksud Sustained Release ialah vitamin C akan dilepaskan dalam badan kita secara berperingkat. 

Masa Shaklee buat promosi Vitamin C SR tempoh hari, tak menang tangan semua SID pakat submit order. ALhamdulillah, semoga Vitamin C Shaklee serasi dengan semua customer Shaklee.

Ostenutrix pula sangat membantu saya atasi sakit tumit yang sering berlaku kepada saya akhir-akhir ini. Apabila mengambil Ostenutrix, saya perasan bahawa sakit tumit sudah berkurangan dan saya juga perasan pinggang saya sudah kurang sakit berbanding sebelum ini. 

Dalam meniti umur yang menghampiri 4 dekad, saya berpandangan bahawa perlunya pengambilan vitamin kepada individu itu. Kalau kawan-kawan mula sakit, maka akan terganggu lah aktiviti harian kita kan? Terutama kita sebagai ibu dan juga isteri. Jadi jom kita ubah cara pemakanan kita kepada menu yang sihat dan jangan lupa ambil vitamin anda😉

Kawan-kawan boleh baca mengenai Testimoni Shaklee rakan saya ya 😊                   

*projekmegaShaklee
#teamBillionaire

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...