Bismillahi walhamdulillah
Masha Allah, tak sangka saya dan sahabat-sahabat hebat dalam group #billionaire sudah menyahut cabaran dalam Task ke-10 hari ini. Tahniah dan syabas semua! Dalam kekalutan aktiviti seharian, saya salute sangat dengan semangat menulis ibu-ibu Billionaire ni๐
Apabila menerima Task 10 ini iaitu "Tips Kekal Positif", saya tahu saya bukanlah orang yang tepat untuk memberikan tips tetapi saya akan cuba berkongsi serba sedikit pengalaman dalam kehidupan saya. Saya yakin dan percaya bahawa setiap orang ada tips nya untuk kekal positif dan salah satu daripadanya ialah membaca kisah inspirasi daripada orang-orang yang telah berjaya.
TIPS #1: BANYAKKAN BERSYUKUR
Sewaktu saya awal bekerja dan pekerjaan saya adalah berstatus kontrak, saya sering berfikir dan mencari jalan untuk menambah sumber pendapatan. Pelbagai tips bisnes saya baca dan belajar agar dapat saya praktikkan. Alhamdulillah saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat circle bisnes yang amat luar biasa tenaga positif mereka. Saban hari mereka sering berkongsi kata-kata yang positif, memberi perangsang dan semangat kepada team agar jangan mudah berputus asa.
Saya menyedari bahawa kita perlu sentiasa bersyukur atas apa jua nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Nikmat berada dalam agama Islam, nikmat berkeluarga, mempunyai pekerjaan yang baik, mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah dan banyak lagi nikmat yang wajib kita syukuri.
Dalam ayat Al-Quran di atas, Allah telah berfirman bahawa apabila kita bersyukur, maka Allah akan tambah lagi nikmat kepada hambaNya. Cuba kita renung dan fikirkan sejenak tentang makhluk ciptaan Allah yang Allah jamin rezekinya? Sebagai contoh, pernahkah kita berfikir bahawa ulat di dalam batu ada rezekinya? Burung yang keluar dari sarang dengan perut yang kosong, petangnya pulang dengan perut yang kenyang dan membawa pula makanan kepada anak-anaknya? Itulah tandanya Allah Ar-Razzaq yang menjamin rezeki makhlukNya.
Jadi dalam apa jua pekerjaan yang kita buat, yakin lah bahawa rezeki yang kita peroleh itu pasti cukup buat kita. Jangan kita sibuk mencari duit tetapi ibadah kepada Allah kita culas. Semoga rasa bersyukur yang kita tanamkan dalam diri menjadikan kita orang yang sentiasa merendah diri dan menghargai setiap nikmat pemberian Allah.
TIPS #2 : BERSABAR
Banyak aspek dalam kehidupan kita yang boleh kita praktikkan sifat sabar. Sabar sebagai isteri dan ibu. Sabar sebagai seorang peniaga yang melayan kerenah pelanggan. Pernah dengar tak kata-kata "customer is always a king"? Kenapa pelanggan bak seorang raja? Sebab pelanggan yang diraikan permintaannya pasti akan lambat laun membeli barang yang kita niagakan dengan syarat kita bersabar.
Saya terus terimbau dengan sirah Nabi Muhammad. Nabi yang kita kasihi telah menunjukkan sifat sabar yang sangat luar biasa. Baginda itu kekasih Allah tetapi diuji dengan begitu hebat sekali. Pernah suatu ketika sedang Nabi solat, iaitu Nabi sedang sujud, sekumpulan kafir Quraisy melemparkan najis di belakang Nabi. Anakanda Nabi yang melihat peristiwa itu berasa sangat sedih dan beliau membersihkan najis daripada tubuh ayahandanya yang mulia. Begitu tinggi sabar Nabi kerana baginda tidak pernah membalas perbuatan jahat kafir Quraisy kepada baginda malah baginda terus sabar dan meningkatkan lagi kerja dakwah baginda.
Kita yang hanya manusia biasa perlu belajar untuk bersabar seperti baginda Nabi s.a.w. Dalam apa jua perkara yang kita lakukan, pujuk diri untuk bersabar. Dengan bersabar, kita akan berasa tenang dan secara tak langsung kita mampu untuk kekal positif dalam kehidupan seharian kita.
TIPS #3: BELAJAR DARIPADA INSAN YANG BERJAYA
Setiap daripada kita pasti ada idola atau contoh hidup yang berjaya dalam bidang yang kita minati. Kita boleh jadikan insan tersebut sebagai ikutan dan cuba mengamalkan apa yang mereka lakukan sehingga mencapai kejayaan.
Dalam bisnes Shaklee, kita diajar untuk "copy paste leader", tiruvasi sahaja apa yang leader kita buat. Ramai leader Shaklee yang telah berjaya merubah kehidupan mereka, merasai manfaat yang ditawarkan oleh Shaklee dan dapat pula membantu insan-insan lain di luar sana menjana pendapatan daripada Shaklee.
Apa yang saya perhatikan, mereka sangat tidak lokek untuk BERKONGSI. Berkongsi apa sahaja yang mereka kepada team. Berkongsi idea, poster, video, ayat copywriting dan pelbagai lagi. Masha Allah, bayangkan betapa banyaknya pahala yang mereka dapat. Berkongsi tanpa mengharapkan balasan. Saya memerhatikan dengan asbab ikhlas berkongsi itu, rezeki mereka juga luas, masha Allah! Semoga rezeki mereka sentiasa diluaskan oleh Allah, aamiin.
Katakan kita tidak menceburkan diri sebagai seorang peniaga, lihat apa peranan kita sekarang. Kita sebagai seorang surirumah? Banyak sekali contoh seorang surirumah yang berjaya, mungkin surirumah itu ialah ibu kita๐
Ibu kita adalah insan yang hebat dalam mendidik dan membesarkan kita bukan? Tak terkira pengorbanan yang ibu lakukan demi memastikan anak-anaknya berjaya dalam kehidupan. Jadi kenapa tidak kita contohi dan praktikkan apa yang ibu kita buat sehingga berjaya menjadikan kita seorang insan yang hebat hari ini.
Kadang-kadang kita asyik mengejar untuk mendapat duit yang banyak, harta melimpah ruah, kereta rumah yang besar, pangkat yang tinggi dengan anggapan inilah kejayaan. Namun apabila kita belajar dan belajar, kita menyedari bahawa bahagia yang sebenar ialah datang dari hati yang tenang. Berjaya yang sebenar apabila kita dapat kembalikan kehidupan kita kepada Allah, pemilik diri kita dan alam ini. Sudah tentu tidak salah untuk menjadi kaya kerana dengan menjadi kaya, kita mampu membantu insan-insan lain dan menjadi khalifah Allah yang mengagihkan harta kita kepada mereka yang memerlukan. Saiyidina Abu Bakar juga seorang kaya yang dermawan, begitu juga dengan Saiyidatina Khadijah, isteri Nabi yang hebat dalam bisnes beliau.
Cukup di sini dulu 3 tips dikongsikan untuk kekal positif. Semoga bermanfaat kepada semua ๐
Jom baca tentang
kata-kata motivasi yang dikongsikan oleh sahabat saya juga. Semoga bermanfaat!
Nak jana pendapatan sampingan dengan Shaklee? Boleh klik di
sini.
#projekmegashaklee
#shakleethrive
#shakleetriumph
#billionaire
Comments
Post a Comment