Skip to main content

Amalan Gaya Hidup Sihat

 Bismillahi walhamdulillah

Assalamualaikum sahabat saya yang budiman. Tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha😊. Ramai ke yang mengadakan korban pada tahun ini? Masha Allah, semoga haiwan korban kalian diterima oleh Allah dan menjadi tunggangan kalian di Akhirat nanti.

Hari Raya Korban sinonim dengan juadah ber temakan "daging". Saya sendiri tak berhenti makan daging, selain memasak sup tulang, daging masak kicap di rumah, saya dan keluarga turut memenuhi undangan jiran yang mengadakan kenduri aqiqah, dan sudah semestinya lauk yang dihidangkan ialah daging lembu atau kambing. 

Sebagai orang yang kurang meminati masakan daging, bagi saya memadai saya makan sepuasnya daging semasa Hari Raya Korban. Pada kebanyakan hari, saya dan keluarga lebih suka memilih lauk ayam, ikan atau udang dan sotong sebagai juadah kami. 

Kenapa Perlu Amalkan Gaya Hidup Sihat?

Memakan daging dalam kuantiti yang banyak sebenarnya ada risiko kepada kesihatan kita kerana kandungan kalori dan lemaknya sangat tinggi. Antara kesan yang dapat dilihat apabila kita makan daging merah terlalu banyak ialah:-

a) Badan cepat berpeluh

b) Mudah letih

c) Dehidrasi

d) Bau badan

e) Risiko kanser dan penyakit kardiovaskular

Mengamalkan gaya hidup yang sihat dapat menghindari seseorang daripada penyakit kronik dan salah satu caranya ialah menjaga diet pemakanan kita.

Makanan Yang Sihat Menjana Minda Yang Sihat

Pernah tak kita dengar pepatah mengatakan "You are what you eat?"

Bila kita mendalami pepatah ini, memang ada benarnya.

Saya sendiri merasai perbezaan apabila hari saya menjaga pemakanan dan hari saya tidak menjaga pemakanan saya.

Pada hari saya tidak menjaga pemakanan saya, sebagai contoh, saya tidak mengamalkan suku-suku separuh, mengambil minuman manis dan tidak memakan buah 👉 badan saya akan rasa cepat letih, emosi tidak stabil, rasa nak marah-marah dan kurang rasional. 

Apabila keadaan ini berlaku, ia memberi kesan yang tidak best kepada keluarga saya iaitu suami dan anak-anak disebabkan emosi saya tidak stabil.

Namun, pada hari saya menjaga pemakanan saya, contohnya saya ambil suplemen Shaklee, menjaga portion makan iaitu suku-suku separuh, meminum air putih dengan cukup, makan buah dan sayur 👉masha Allah, badan memang rasa best, rasa ringan, emosi sangat stabil dan saya rasa cukup produktif dan smooth saja hari tersebut, dengan izin Allah.


Sayangi Diri Kita Hari Ini

Sebagai seorang wanita terutama golongan isteri dan ibu, jom kita sayang diri kita terlebih dahulu. Apabila kita kenal diri kita, sayangi diri kita dengan menjaga pemakanan dengan baik, jaga emosi, jaga hubungan dengan manusia dengan baik, maka kita dapat memberi manfaat kepada komuniti kita. Wanita sangat berperanan dalam masyarakat kan? Ibu pula adalah tonggak dalam keluarga. Apabila seorang ibu jatuh sakit, seisi rumah menjadi suram dan seolah tidak bernyawa. 

Nak jaga diri dengan mudah? Jom amalkan suplemen Shaklee😉

#AmalanGayaHidupSihat
#SuplemenShaklee
#BlogChallenge
#ProjekBlogMegaShaklee

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...