Skip to main content

Membongkar Kehebatan Coq Trol

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi😊

Terima kasih korang sudi menjenguk lagi blog saya 😊

Entri kali ini saya nak kongsikan pula tentang kehebatan satu lagi produk Shaklee iaitu Coq Trol.

Apa itu Coq-Trol Plus?

Vitamin ini mempunyai kebaikan yang jarang orang umum tahu iaitu untuk membekalkan tenaga, baik untuk otak dan jantung kita. Sebelum itu jom kita kenal dulu tentang Coenzim Q10 (coQ10).

Coenzim Q10 (coQ10) ialah sejenis nutrien larut lemak yang terdapat dalam hampir kesemua sel kita.

Ianya merupakan antioksidan semulajadi yang bertanggungjawab untuk menghasilkan tenaga

CoQ boleh dijumpai di dalam metakondria, 'stesen jana kuasa' yang terdapat di dalam sel.

Di sini ia bertindak sebagai 'suis' untuk menghasilkan tenaga daripada makanan yang dimakan.

Secara ringkas, dapatlah kita simpulkan seperti di bawah:

Manusia -> Organ-organ -> Tisu-tisu -> Sel-sel -> Mitokondria -> CoQ10

Jadi apa kepentingan kita mengambil CoQ10 Shaklee?

Antara manfaatnya ialah :-

  • Memberikan tenaga segera dan lebih lama. Jika korang adalah orang yang aktif, orang sukan, memang suggested sangat untuk ambil CoQ Trol😊
  • Untuk kesihatan jantung. Siapa yang tak nak jantung sihat kan?
  • Membantu menurunkan berat badan secara berlebihan. Wow yang ini memang mengejutkan bukan? Jom korang yang ada berat badan lebih, yang dah masuk overweight atau obese, boleh cuba ikhtiar dengan CoqTrol okay😉
Yang selebihnya manfaat Coq Trol, korang boleh baca kat bawah ni. Banyak sangat manfaat dia dan jangan lepaskan peluang dapatkannya ok.


Kalau korang ada pertanyaan lagi tentang Coq Trol atau mana-mana produk Shaklee boleh contact saya di sini.

Sebelum tu, jemput juga singgah di blog leader saya, Kak Ros tentang 6 Sebab Perlu Ambil Coq Trol.

Terima kasih sudi singgah di blog saya. Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Hafizah
Kulim, Kedah

#billionaire
#ProjekBlogMega
#shakleethrive
#shakleetriumph 

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...