Skip to main content

Vitamin E Complex Shaklee

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua sahabat blog 😊

Masha Allah, banyak jugak ye sawang dekat blog saya ni😅

Jom hari ini saya ada benda best nak share dengan korang iaitu mengenai VITAMIN E SHAKLEE

Penting ke ambil Vitamin E ni?

Ini gambar botol Vitamin E Shaklee

Saya tahu Vitamin E ni jarang orang cerita, betul tak? Selalu kita dengar tentang Vitamin C atau Vitamin B kan?

Tapi takpe jom kita kenal dengan Vitamin E harini, okay 😊

  1. Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut lemak
  2. Vitamin E mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas dalam badan kita
  3. Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan oleh tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi
  4. Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan
Masha Allah, bestnya bila tahu manfaat Vitamin E ni kan?

Dalam makanan kita ada ke Vitamin E?


Ya, semestinya ada!

Antara makanan yang terkandung Vitamin E di dalamnya ialah :-
  • Minyak sayuran
  • Sayuran berdaun hijau gelap
  • Kekacang
  • Biji-bijian dan semua bijirin
  • Beras perang Jagung
  • Telur
  • Rumpai laut
  • Susu
  • Oat 
  • Kacang soya
  • Ubi kentang
  • Gandum
Alhamdulillah, best kan? Mesti korang tengah senyum sebab ada antara makanan di atas korang selalu je ambil kan? 😊

Tapi yang jadi masalah kita ialah cukup ke pengambilan Vitamin E dalam badan?

So, Shaklee dah pun sediakan Vitamin E di mana sumbernya adalah daripada sumber semulajadi dan mengandungi 'mixed tocopherol', di mana ciri ini menunjukkan Vitamin E korang selamat dibeli tau.

10 Manfaat Vitamin E Shaklee

Tak ada promosi Vitamin E ke bulan Ogos ni?

Eh ada lah korang!

Nanti ajak kawan-kawan dan famili beli sama-sama ok.

Boleh kongsi belian dan semestinya korang dapat beli dengan harga yang jauh lebih murah😉

Promosi Merdeka Sale

Haa ini dia Promosi Merdeka Sale yang menjadi rebutan customer tau.

Cuba tengok harga untuk Vitamin E, hanya lah RM128.00 sahaja untuk 2 botol bagi korang yang bergelar Distributor dan kalau korang tak jadi ahli, harganya ialah RM160.00 untuk 2 botol!

Haa jimat kan? Kalau korang ada sorang kawan nak beli sama, bolehlah divide dua harga tersebut😊

Oh ya, nanti jemput baca juga perkongsian rakan saya tentang Vitamin E juga 😊

Okay, jumpa lagi dalam next posting!

Hafizah
Shaklee Kulim, Kedah

#ProjekBlogMegaShaklee
#billionaire

Comments

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Doa Untuk Wanita

  Bismillahi walhamdulillah Menjadi seorang wanita atau tepatnya umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sangat istimewa. Nabi Muhammad s.a.w. sangat memuliakan kaum wanita. Datangnya baginda sebagai utusan Allah, baginda membuang segala perkara yang mungkar dan maksiat yang dilakukan oleh kaumnya. Pada ketika itu bayi perempuan akan dibunuh atau ditanam hidup-hidup. Allahu Akbar! Nabi Muhammad s.a.w. begitu menyayangi isterinya Siti Khadijah r.anha, hingga baginda berasa amat sedih pada tahun Siti Khadijah wafat.  Baginda juga merupakan seorang ayah yang penyayang dan datuk yang begitu sayang akan cucu-cucunya. Baginda mengajarkan kepada anakandanya, Fatimah yang pernah mengadu akan keletihan melakukan kerja rumah. Lalu baginda mengajarkan zikir Tasbih, Tahmid dan Takbir sebanyak 33x setiap satunya dan kita mengamalkanny setiap kali selepas solat. Doa Untuk Wanita   Sebenarnya banyak doa yang baik dan boleh diamalkan oleh kita. Saya kongsikan dahulu 3 DOA di bawah yang saya suk...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...