Skip to main content

Posts

Imam Muda (Hambamu by Lyrics) Mawi feat. Akhil Hayy

Menoreh Impian

Bismillahi walhamdulillah Menoreh impian, inilah frasa ampuh yang sedang ku genggam. Tidak lagi melakar impian tetapi aku sedang menorehnya. Melihat dunia hari ini amat menakutkan. Jenayah melata di mana-mana. Maksiat, berleluasa! Astaghfirullah! Islam hanya pada nama. Jika hanya lihat pada kulitnya dan tidak diketahui nama, alangkah luluh hati, isi tidak Islam tetapi hanya pada kulitnya. Apa sudah jadi wahai manusia? Hatta mereka adalah kelahiran sekolah agama tetapi sayangnya 'pakaian' sekolah agama sudah ditanggalkan. Buruk. Jelek. Hodoh dengan 'pakaian' yang dibangga-banggakan mereka. Seolah mengalahkan budaya Barat! Takut, sungguh takut sekali! Mereka sudah tiada takut? Takut kepada yang Yang Maha Kuasa? Yang murka-Nya tiada tara? Yang azab-Nya tidak tertahankan? Na'zubillah! Sedarlah wahai manusia! Dunia semakin tua, tiupan sangkakala pasti tiba. Jika waktu itu tiba, sudah tiada guna taubatmu. Insaflah, kembalilah kepada Tuhanmu Yang Maha Penerima Taubat, sebe...

PASSIONku, Jangan Berhenti!

Bismillahi walhamdulillah Seperti sang camar yang terbang dengan bebas dan gembira di awanan, Seperti sang lebah yang singgah dari bunga ke bunga menghirup manisan, Seperti sang rerama, lemah gemalai berterbangan dengan riang… Itulah perasaanku tika ini. Rasa mahu terbang di awanan. Rasa mahu memegang awan itu. “You are high Fizah!” begitulah kata Wanraimee, rakanku dari Thailand. High atau berkhayal katanya. Aku ketawa. Aku tak berkhayal, sungguh aku mahu terbang walaupun tanpa sayap! Rasa gembiraku tidak terkata. Alhamdulillah, semulia-mulia ucapan ini yang wajib meniti di bibir, suka mahu duka, semua itu merupakan hadiah daripada-Nya. Subhanallah, Alhamdulillah, sebaik-baik syukur adalah dengan menzahirkannya dengan memperbanyak amalan kepada-Nya. Begitulah hebatnya seorang mukmin. Duka, suka, tangis, tawa semuanya bersandar kepada Tuhan Pemilik Segala, iaitu Allah ‘Azzawajalla. Betapa bangga dan bersyukurnya kita bergelar title seorang Mukmin bukan? Alhamdulillah.. ...

Apresiasi Buat Kecintaan Saya

Saya tidak tahu mengapa semakin menghampiri hari peperiksaan untuk kertas terakhir saya, semangat saya makin menurun, ibarat graf kuadratik yang mempunyai titik minimum. Allahu Allah..berkali-kali doa dipohon, Ya Allah, kembalikan semangatku, kembalikan kekuatan kepadaku untuk belajar. Rasa bagai tidak senang duduk, lalu cuba lagi mencari sisi-sisi lain sebagai stimulasi semangat saya. Lalu saya menemukan ia daripada insan-insan kecintaan saya, sahabat-sahabat saya dunia akhirat. Semoga Allah bersama kalian, mengasihi dan menyayangi kalian selamanya. Sesungguhnya aku cintai kamu semata-mata kerana Allah ^_^ Walaupun kalian jauh di mataku tetapi ruh kalian amat dekat di dalam diri ini =) Terimalah apresiasi ini; Mimpi Yang Indah by Mestica : aku berulang kali mendengar lagu ini, antara nasyid pembakar semangat, hadiah daripada Sabrina . Mucha gracias Sab-ku..belajaq elok-elok di negeri Down Earth ^^, N5M-niat IKHLAS, usaha KERAS, doa KHUSYUK : baru men'status'kan ia di fbku. Tr...

Lapuknya Isu Semasa Saya

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah usai menduduki kertas ketiga peperiksaan akhir bagi semester pertama pengajian Master saya. Masih punya satu lagi kertas pada 5 Mei nanti, semoga persembahan yang mantap dapat diberikan buat 'Issues in Economics Analysis', insya-Allah. Sungguh malu saya kepada Allah, Tuhan Pemilik Segala kerana sehingga ke hari ini, Dia sentiasa mengurniakan kemudahan ke atas setiap kerja buat saya. Moga-moga saya dan anda sentiasa menjadi hamba-Nya yang paling bersyukur. Sedar tidak sedar, saya akan menamatkan semester pertama saya tidak lama lagi. Alhamdulillah sungguh tidak diduga akan perjalanan kehidupan yang diaturkan Allah kepada saya. Lalu nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan? Sebetulnya dalam hati saya yang paling dalam, sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sangat sedih dan kesal akan apa yang berlaku dalam negara kita sekarang. Saya akui betapa lapuknya isu semasa saya sekarang, terkadang update dan terkadang tidak. Namun kelapukan isu ...

Mestica^Mimpi Yg Indah

Ya Allah, Damaikanlah..

Bismillahi walhamdulillah Sewaktu entri ini ditulis, hati dan fikiran baru sahaja recover daripada perasaan tensi dan tekanan pre-final-exam. Alhamdulillah, syukran Allah yang meneutralkan kembali hati dan jiwa ini. Sebaik-baik penawar tentunya zikrullah dan banyakkan mengingati Allah. Lewat beberapa hari ini, aku amat senang dan gembira mendengar khabaran walimatul'urus daripada sahabat-sahabatku samada yang sebaya mahu pun lebih muda daripadaku. Alhamdulillah semoga urusan Baitul Muslim kalian dipermudahkan dan diredhai Allah selama-lamanya. Buat para bakal isteri, jadilah kalian wanita solehah , sebaik-baik perhiasan dunia. Gampang sahaja menyebut, aku ingin menjadi wanita yang solehah, tetapi praktikalitinya, masya-Allah hanya Allah yang tahu. Semoga kalian diberikan kekuatan untuk menjadi sebaik-baik isteri yang diredhai para suami. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram...