Skip to main content

Posts

9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

 Bismillahi walhamdulillah Assalamualaikum sahabat-sahabat, kita berjumpa lagi dalam entri kali ini 👋 Kali ini saya nak berkongsi dengan anda 9 Sebab kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best! Antara beberapa produk Shaklee 1. Semua leaders sangat humble dan tak lokek membantu anak-anak buah (downlines) Pengalaman saya berjumpa leader saya Kak Ros dan upline kepada Kak Ros iaitu Kak Laili sangat menggembirakan saya. Betapa baiknya mereka melayan saya yang newbie ni dalam Shaklee. Kali pertama saya ke branch Shaklee untuk berjumpa Kak Ros dan di sana saya mendapat penerangan yang lebih mendalam daripada Kak Ros. Bertemu mata dan bersemuka adalah sangat bermakna untuk saya. Kemudian, saya berjumpa Kak Laili dua ke tiga kali untuk mengambil produk Shaklee yang di pesan. Kak Laili pun sangat baik hati dan welcoming saya. Kagum saya dengan Kak Laili yang sangat berdisiplin dalam melakukan Intermittent Fasting (IF) dan muka Kak Laili juga kelihatan bersih dan cantik asbab amalkan suple...

Maklum Balas dan Komentar Projek Blog Mega Shaklee 1.0 dan Nak Lagi Blog Mega Shaklee 2.0

  Bismillahi walhamdulillah Allahu Akbar! Saya tidak sedar bahawa saya perlu submit artikel ini sebelum jam 12 malam! Kelmarin dan hari ini menyantuni ibu yang datang ke rumah saya. Kami menghadiri walimah anak kepada Pak Tam (adik kepada Mak Njang saya di Sg Seluang). Syukur dapat bertemu mata dengan Tok Wan, Mak Tok, Mak Long, Pak Long, keluarga Kak Mizan, Pak Njang sekeluarga serta Pak Uda sekeluarga. Inilah keluarga kembangan Mak saya 😊 Saya berharap artikel ini diterima oleh Master Norita dan Master Salwa 😂. Rasa macam student yang buat kerja last minute nak hantar assignment, mohon ampun Master berdua 😅 Berbalik kepada tajuk entri kali ini, saya ingin menukilkan maklum balas dan sedikit pendapat berkenaan Projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang telah saya dan rakan-rakan bisnes Shaklee join pada awal Februari yang lalu. Walaupun dalam kesibukan kerja hakiki dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, projek ini berjaya 'memaksa' saya keluar dari zon selesa dan mencabar diri un...

10 Februari ; Tarikh Istimewa Yang Sentiasa Diingati

  Bismillahi walhamdulillah , Telah berlalu 10 Februari kelmarin. Ini lah tarikh yang akan kami sekeluarga ingati. Tarikh ini merupakan tarikh lahir almarhum ayahanda kami, Hj Yaakob bin Abd Manaff yang telah dijemput pulang ke pangkuan Ilahi pada 3 September 2020. Bersama kita sedeqahkan bacaan Al-Fatihah buat almarhum. Sosok yang kami panggil 'Abah' telah pergi meninggalkan kami. Rasa tidak puas berkhidmat untuk Abah, tidak lagi mendengar tazkirah, kata-kata perangsang dan motivasi daripada beliau. Tidak lagi melihat beliau di dalam rumah, di tempat solat mahu pun derap kaki beliau keluar dari biliknya menuruni tangga.  Almarhum Abah seorang yang sangat tidak lokek menyantuni isteri dan anak-anak. Keperluan makan minum sentiasa terbaik, beliau tahu kegemaran anak menantu dan cucu-cucu. Suka menggembirakan cucu-cucu dengan membelikan mainan dan makanan yang mereka sukai. Ada sekali sekala anak-anak menyebut "Dulu Tok Wan suka beli mainan dekat kami..". Kata-kata yang...

Intermittent Fasting : Satu Penghijrahan

  Bismillahi walhamdulillah Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga baik-baik hendaknya di hari Jumaat yang mulia ini. Inshaa Allah hari ini saya nak share dengan korang tentang Intermittent Fasting atau lebih popular dengan IF sahaja, iaitu menggunakan akronimnya sahaja, lebih mudah disebut kan? 😊 Honestly, saya bukanlah seorang yang arif nak bercakap tentang ilmu IF ni. Saya sendiri masih mencari ilmu tentang IF dan masih berjuang melakukannya dengan bantuan produk Shaklee. Namun, saya mahu mencabar diri dan melakukan satu penghijrahan atau perubahan terhadap status kesihatan saya. BMI yang tidak normal amatlah membimbangkan saya. Bukan tak pernah masuk program diet, malah sudah lebih 3 kali mencuba, akhirnya saya temui kegagalan. Saya sedar bahawa setiap program menuntut DISIPLIN YANG TINGGI dan kadang-kadang saya masih tewas dengan selera makan saya yang tinggi. Pada akhir November tahun lalu, saya nekad untuk melakukan penghijrahan kepada berat badan saya. Saya mula belajar...

Detik Perkenalan ku dengan Shaklee

  Bismillahi walhamdulillah Entri terakhir ku dalam blog LTC ini ialah pada 2018 yang lalu. Allahu Akbar, lama sungguh tak menulis! Kali ini aku ingin berkongsi dengan kalian tentang detik perkenalan ku dengan makanan tambahan dan vitamin daripada Shaklee. Pertama kali aku melihat tong ESP Shaklee ialah di rumah datukku, jika tak salah sekitar tahun 1990-an. Aku masih kanak-kanak ketika itu dan hanya capture perkataan Shaklee dalam mindaku tanpa mengetahui apa itu Shaklee?  Masa berlalu, aku menginjak dewasa, sudah berkahwin dan punya cahaya mata. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Ilahi. Menginjak usia menghampiri 30-an, aku perasan badan aku dah kurang cergas, cepat letih dan BMI pun tak normal 😪 Satu hari, aku terbaca posting FB seniorku, Kak Ros yang kini merupakan upline ku mengenai vitamin Shaklee. Lalu aku terus menghubungi beliau dan menyatakan masalahku. Aku berhasrat hendak mencuba ESP kerana daripada pembacaan ku, ESP dapat membantu membekalkan tenaga dan me...

Menghampiri Minggu Ke-39; Sebuah Perjalanan Kehamilan

Bismillahi walhamdulillah, Ada perasaan tidak percaya apabila dapat berblog kembali! Mood swing agaknya ni :) Alhamdulillah atas segala nikmat dan saya beristighfar atas segala dosa.. Hari Jumaat yang mulia, dalam penghujung kehamilan minggu ke-38 kepada bakal mujahid inshaaAllah. Edema di kaki sudah kelihatan sejak minggu ke-36 lepas, bertepatan dengan hari umat Islam menyambut kemenangan di bulan Syawal. Walaupun begitu, alhamdulillah saya teramat bersyukur kerana Allah memudahkan perjalanan kehamilan ketiga ini :) Masih segar di ingatan apabila mendapat tahu diri ini hamil zuriat ketiga. Walaupun masih awal daripada perancangan kami suami isteri, tetapi perancangan Allah jauh lebih baik bukan? Saya hamil dalam fasa membimbing batch pertama anak-anak didik bakal berdepan dengan SPM, tahun pertama memegang amanah mengajar kelas peperiksaan dengan dua subjek yang agak berat dan tahun pertama menyesuaikan diri di sekolah dan persekitaran yang baru. Kesibukan di sekola...

SPM 2017; Syukur dan Air Mata Gembira

Bismillahi walhamdulillah, Tidak sedar bahawa sudah tahun kedua saya bergabung bersama keluarga unik Maahad Tahfiz Sains Darul Aman. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Pada entri kali ini, saya berhajat untuk merakamkan apresiasi saya kepada anak-anak didik saya yang baru sahaja menerima keputusan SPM 2017 pada pagi tadi.  Berblog sudah menjadi satu kekangan bagi saya dalam keadaan kesuntukan masa dan amanah yang lebih utama untuk ditunaikan. Alhamdulillah hari ini saya diberi sedikit waktu untuk mentinta sedikit kenangan bersama mantan anak-anak didik saya, merangkap batch pertama saya diamanahkan mengajar 2 subjek SPM iaitu Matematik dan Matematik Tambahan.  Masih segar lagi di ingatan saya saat pertama kali saya menjejakkan kaki di MTSD. Rasa kekaguman yang tinggi kepada bakal anak-anak pelajar tidak dapat disembunyikan apatah lagi mereka ialah huffaz Al-Quran. Masha Allah Tabarokallah! Perasaan rendah diri masih menebal kerana aura mereka telah saya dengar se...