Skip to main content

Janganlah Palitkan Kekotoran Di Jitra

Lebih seminggu Leading The Change tak diupdate. Sibuk? Tak lah sangat.. Tiada isu mahu ditulis? Tak jugak.. Silent. Tiada jawapan. Nak sangat tulis tentang GST, tetapi perlukan pembacaan dan kajian yang lebih mendalam lagi.

Pagi ini, aku dan rakanku berjumpa supervisor kami, Dr Amin. Mengambil pre-final draft FYP kami sebelum dihantar ke Department CTS esok. Semoga Allah memudahkan urusan kami, amin..

Sebelum berjumpa Dr Amin, kami sempat singgah di library indah UIA Kuantan ini. Menyelak Berita Harian, aku sangat terkejut dengan berita demi berita yang terpapar hari ini. Istighfar banyak-banyak dengan pelbagai isu dan berita yang ku kira tidak patut dilakukan oleh seorang insan yang bergelar muslim.

Di tanah airku sahaja (Jitra), terdapat dua kes yang amat-amat menyedihkanku. Kes 1: Seorang remaja perempuan yang berusia 20 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 7 orang lelaki di batas sawah padi. Kes 2: Seorang budak lelaki ditinggalkan oleh ibunya di sebuah warung nasi lemak.

Ikutkan emosi, memang nak marah dan mengamuk. Apakah mereka ini tidak memikirkan dosa pahala sebelum melakukan setiap tindakan? Tetapi aku tidak boleh mendahulukan emosi di hadapan kewarasan dan aqal. Dan aqal pula tidak boleh mendahului Al-Quran & Hadith.

Sedih, sungguh aku sedih. Bukan disebabkan kes-kes ini berlaku di tanah air sendiri, tetapi sedih atas sikap seorang muslim yang mengaku dirinya beriman kepada Allah. Astaghfirullahal'azim.. Semoga Allah memberikan ruang & peluang untuk mereka bertaubat, juga memberikan hidayah kepada mereka dan diriku sendiri.

Menghitung hari untuk menamatkan Degree ku di bumi UIA ini. Menghitung hari untuk berhadapan dengan masyarakat Jitra khususnya dan Malaysia amnya yang makin hari makin parah akhlak dan adab mereka. Tiada lagi teman-teman sama level yang senang diajak jika mahu berbincang dsb. Allahu Rabbi..kuatkan langkahku ini..

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...