Skip to main content

Membedah 1515

Mungkin aku terlewat mengenali 1515. Tahun 2003 lagi karya FT ini telah diterbitkan. 8 tahun sudah pun berlalu. Namun karyanya tetap segar dengan pengajaran dan suka duka Tanah Melayu yang pernah dijajah British suatu ketika dahulu.
Pelik bukan? Aku sendiri tiada memiliki walau sebuah pun novel FT ini. Yang ada cumalah sebuah buku tulisan beliau "Detektif Indigo", yang bagiku sesuai untuk bacaan golongan remaja. Akan tetapi dapat juga aku menatapi dan membedah 1515 ini walaupun sebenarnya agak terlewat. Terima kasih kepada pemilik buku, Jeneral Hamasyie =)
Pertama kali meminjam buku ini, sahabatku ini mengatakan, "kalau boleh habiskan baca buku ni, saya salute lah,". "Kenapa?" saya bertanya. "Ceritanya agak berat." Dia membalas. Ok, saya sahut cabaran beliau!
Menyelak helaian demi helaian, aku berazam untuk membedah 1515 ini. Bukan sekadar mahu menyahut cabaran pemilik buku ini, tetapi ada sesuatu yang istimewa di dalam 1515 ini yang membuatkan aku tidak sabar untuk memulakan bacaan. Prolognya sudah membuatkan aku berfikir lama sekali, benarkah adanya seorang srikandi Melaka yang bernama Nyemah Mulya? Tepat sekali, 1515 ini adalah satu bacaan yang berat!
Paduan cerita pada zaman kesultanan Melayu Melaka dan diselang-seli dengan cerita pada zaman millenium membuatkan 1515 ini begitu unik dan menarik bagiku. Terdapat tiga watak yang memiliki nama yang sama; Nyemah Mulya! Srikandi Nyemah Mulya, Prof Nyemah Mulya dan cucu beliau juga bernama Nyemah Mulya. Wah, mereka begitu mengkagumi Nyemah Mulya hinggakan tiga generasi memiliki nama yang sama.
1515--> Menyingkap kepalsuan sejarah zaman Kesultanan Melayu Melaka dan zaman kejatuhan Melaka yang dijajah oleh British. Benarlah, "history will repeat itself" dan sejarah Melaka sebenarnya telah mengulangi sejarah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada tanggal 3 Mac 1924!
Tiada lain yang ingin dibawa oleh Albuqerque selain menghapuskan seluruh umat Islam dan menyebarkan Kristianisasinya di seluruh Tanah Melayu. Kita mengenal Albuqerque dari zaman sekolah sebagai orang yang membawa slogan 3G (Golden, Glory, Gospel) dan 3G itu memberi maksud sebenar bahawa Albuqurque ingin menawan Melaka dan seluruh Tanah Melayu dengan memesongkan aqidah seluruh umat Islam Melaka.
Dan zaman millenium kini kembali mengulangi sejarah zaman Melayu Melaka; apabila manusia sedang berseronok-seronok dan leka dengan wahan (penyakit cintakan dunia dan takut kepada mati), maka tunggulah azab Allah (na'uzubillah)..zaman kejatuhan Melaka->rakyatnya leka dan bersenang-senang dengan kenikmatan dunia sehinggakan datangnya tentera Feringgi yang diketuai oleh Albuqerque yang lantas mengejutkan mereka daripada lena yang panjang..
Tetapi sudah terlambat..Walaupun Tun Nyemah tampil sebagai srikandi Melaka pada masa itu, yang mengepalai seluruh tentera negeri-negeri Islam untuk melawan tentera Feringgi, akhirnya Tun Nyemah juga berjaya ditawan oleh Feringgi setelah seluruh negeri Melaka dan rakyatnya mereka habisi.
Sejarah Melayu Melaka & Nyemah Mulya
Mungkin ia legenda, mitos, dongeng atau apa sahaja label yang boleh diberikan. Tetapi sejarah ini cukup memberikan satu iktibar yang besar buat semua umat Islam. Sesungguhnya kaum Yahudi tidak akan redha selama-lamanya umat Islam dan umat-umat agama yang lain hidup tenang di atas muka bumi ini. Itulah hasrat musuh Allah, menghapuskan semua kaum non-Yahudi yang mereka anggap seperti binatang di atas muka bumi ini.
Wallahua'lam, masih banyak ilmu yang harus aku pelajari dan dalami lagi..

Comments

  1. terima kasih ye fiza.

    atas perkongsian, buku yang byk ni pom banyak agi tak terbaca..kena curi-curi masa kan..huhu

    salam teruskan memberi

    ReplyDelete
  2. Alfun syukran buat fiey, kte yg patut berterima kasih sbb fiey sudi bc entry kte yg kdg2 x matang pun, huhu..

    Alhamdulillah, skt ruang & ms yg Allah beri ni, kna cuba grab & penuhinya dgn baik..

    Chaiyyok! Jom kita jdkan budaya membaca sbg darah daging kta :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...