Skip to main content

Apresiasi Buat Enigma


Inilah buah hati-buah hati saya yang akan saya tinggalkan tidak berapa lama lagi..

.:Yati-Shidah-Afzan-Khai-Mahani-Umme-Aida-Nad:.

Mengenali mereka sangat dan amat menggembirakan saya. Kami datang daripada pelbagai latar belakang, kursus yang berlainan, sikap, pandangan dan juga cara yang berbeza.

Tetapi atas dasar SATU AQIDAH, ikatan persahabatan yang tumbuh mekar ini dirasakan amat indah sekali, Alhamdulillah..

Saya menggelarkan diri saya 'mak' dan mereka adalah 'anak-anak' saya (^_^)

Terasa berbunga-bunga di hati ini tiap kali pertemuan mingguan kami diatur. Rasa rindu jika setiap minggu tidak berjumpa..

Anak-anak saya ini hebat semuanya! Bijak menyatakan pandangan, petah dalam berhujah, peka dengan isu semasa, matang, dan bagi saya mereka telah memiliki minda seorang pimpinan dan negarawan =) dan tidak salah jika saya menyatakan bahawa anak-anak saya bakal menjadi 'orang penting' negara pada satu hari nanti, insya-Allah!


.:Dedicated To My Love Enigma:.
  • There is no words to say except syukran teramat-amatnya kerana menerima kelebihan dan kekurangan mak
  • Not forget to say Thank You Allah atas pertemuan dan persahabatan ini
  • Jadilah PUTERI kesayangan Rasulullah dan wanita kebanggaan Islam
  • Be the most humble and obedient servant in the eyes of Allah
  • Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah

~Uhibbukunna Fillah~
"Ya Allah satukanlah ukhuwwah di antara kami bak kasihnya para sahabat kepada Nabi. Jadikanlah kami pejuang-pejuang agama-Mu yang sejati"

Seeru'ala barkatILLAH..

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...