Perjuanganku Tidak Akan Berakhir

Bismillahi walhamdulillah

Sudah 13 Jamadil Awal bersamaan 27 April 2010.

Hari ini juga merupakan ulang tahun ke-24 buat sahabat seperjuangan, Nur Maziah Omar. Lama sungguh aku tak bertemu dengan Maziah, doa dipanjatkan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik, keimanan yang tinggi dan terus thabat atas jalan perjuangan ini, insya-Allah.

Sudah hampir 2 minggu aku berada di rumah, secara rasminya bergelar 'suri rumah' tak bertauliah, huhu..hendak bergerak ke sana ke mari pun sudah terbatas, maklumlah diri ini masih di bawah tanggungjawab walidain, perlu minta keizinan jika mahu ke mana-mana.

Sewaktu bergelar mahasiswa dahulu, acap kali aku mendengar kisah senior-seniorku yang susah untuk keluar berdakwah atas pelbagai asbab mungkin; kekangan famili, kondisi pekerjaan yang membataskan, faktor kewangan, faktor pasangan yang tidak memahami dan mungkin ada faktor lain lagi. Aku sering terfikir, adakah aku juga akan mengalami situasi seperti mereka? Bagaimana dapat aku atasi segala kekangan-kekangan tersebut tanpa mengorbankan perjuanganku?

Pasca Selepas Graduasi

Aku mula mengalami sindrom keterbatasan di dalam rumah sendiri. Haruskan ada mentaliti seorang perempuan itu dilarang untuk bergerak? Perempuan harus berada di rumah sahajakah sehingga disekat untuk berdakwah kepada ummah? Bukan aku ingin menyatakan perempuan itu harus sama tangkasnya dengan lelaki tetapi kaum kami juga berperanan dalam soal perjuangan ini. No compromy! Perjuangan Islam bukan hanya pada si lelaki tetapi tertanggung juga pada si perempuan.

Aku memahami faktor AL-FAHMU itu sangat penting. Dalam kondisi familiku yang tidak memahami keadaanku, aku mengerti. Aku tidak menyalahkan mereka, sewajarnya aku yang lebih dahulu memahami mereka. "Seek first to understand before to be understood". Walau bagaimana besar pun halangan yang bakal aku tempuhi, aku sudah mempersiapkan diri, tidak akan aku menggalang gantikan perjuangan ini walau dengan apa pun, pasti!

Nurhafizah, tetap semangat! Walaupun jasadmu di rumah, hatimu, jiwamu, akalmu perlu sentiasa bergerak dan memikirkan mengenai dakwah dan ummah! Aku tidak harus kalah, aku perlu berani untuk tempuh ujian dunia ini, insya-Allah!

Akhiran, aku memohon kepada Allah SWT agar Dia merestui segala gerak langkahku. Aku tidak mahu digelar anak derhaka dan terus-terusan mendapat murka Allah, na'uzubillah!

Khaulah Azwar,
Menang @ Syahidah

Comments