Seminggu Yang Bersisa...

Masih terngiang-ngiang di telingaku akan bait-bait lagu ini,

We'll gain excellence in every field
That's the vow we keep

So let us pray may we'll always succeed


We are the
leaders of the ummah
Towards achieving global excellence

With progressiveness and dynamism

We'll realize the mission

Ya, di sinilah langkahku bermula. Di Taman Ilmu dan Budi ini. Aku belajar erti sebuah persahabatan, erti kesusahan dalam menuntut ilmu, erti sebuah kematangan dalam perhubungan, erti mengurus organisasi dan hati-hati manusia, erti menilai kebaikan dan keburukan, erti memberi dengan kasih sayang, erti berjihad dan berkorban, erti ukhuwwah atas satu aqidah dan erti menjadi seorang muslim yang bukan biasa-biasa..

Jika ku bisa merakamkannya dengan tulisan, tidak cukup rasanya tinta dakwat untuk menulis segala ilmu yang ku perolehi di sini. Sungguh, akan ku pergunakan segala ilmu yang ku perolehi ini dalam alam kerjayaku nanti, insya-Allah..


Seminggu yang berbisa..ruang hati ini terasa sempit sekali..ya, rasa tidak sabar untuk menamatkan pengajian memang ada, tetapi jauh di sudut hati masih terselit rasa sedih dan pilu kerana apa yang bakal aku tinggalkan di sini pasti sukar dicari ganti di mana-mana tempat yang akan aku duduki nanti.


Inila
h PERSAHABATAN LILLAHI TA'ALA.

Meninggalkan adik-adik, sahabat-sahabat seperjuangan yang bakal menyambung perjuangan di bumi bertuah ini merupakan satu kesedihan bagiku.. Tetapi aku tidak gusar kerana mereka ini adalah muslim yang bukan biasa-biasa malahan daripada merekalah aku meneladani dan mempelajari semangat juang yang tinggi untuk agama Allah. Aku berdoa semoga Allah Ta'ala sentiasa memayungi dan melorongkan mereka atas jalan dakwah ini selama-lamanya, insya-Allah.


"Suratan mentakdirkan kita bertemu bersama, andai setitis air mata yang mengalir di pipimu kerana kesedihan, sejuta semangat membahumu dari belakang, andai seorang rebah, tidak dibiarkan rebah untuk kali kedua.
Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar diertikan, namun janganlah Engkau dugai kami dengan dugaan yang tidak mampu untuk kami tanggung. Satukanlah ukhuwwah di antara kami bak kasihnya para sahabat kepada Nabi. Jadikanlah kami pejuang-pejuang agama-Mu yang sejati.."

Comments

  1. Fiza...

    ku jua pasti merindui kamu..
    Rindu pada ukhwaah yang baru bertunas indah ini,

    namun, ku pasti
    ikatan hati ini tidak berhenti di sini
    Pasti berteguh memakmurkan bumi..

    Psstt~ Nak gak jiwang ngan fiza..=)

    ReplyDelete
  2. Owh sahabatku Fiey,

    Hehe, terima kasih sgt2 sudi mencoretkan kata2mu di sini :)

    Blh2, jom kita berjiwang bersm, haha..

    Jgn lupe mkn2 kita on 8th april nnt ;)

    ReplyDelete

Post a Comment