Skip to main content

Menjadi Lebih Berani



Benarlah sesetengah orang berkata,

“Menjadi graduan bukanlah berakhirnya sebuah kembara pencarian ilmu tetapi ia merupakan satu PERMULAAN kepada sebuah destinasi perjalanan yang jauh lebih mencabar, panjang dan penuh dengan ranjau.”

Perancangan yang teliti dalam menentukan hala tuju dan perjalanan hidup selepas graduasi amat dan TERAMAT PENTING sekali! Beberapa plan harus disediakan, tidak cukup dengan plan A dan plan B sahaja, mungkin menjangkau sehingga plan Z, mungkin..dan di sinilah segala pengalaman di alam kampus dahulu dikerah, diperah dan cuba diaplikasi sebaik mungkin..

Semasa bergelar seorang pelajar Tahun Akhir, aku cuba-cuba membayangkan kehidupan selepas graduasi, pastinya penuh dengan dilema..dilema mahu memilih kerjaya, dilema interview, dilema memilih tempat pengajian untuk MA dsb.

Dan sekarang sememangnya diriku berada di dalam dilema. Aku mengira-ngira, sudah hampir 6 bulan tamat belajar, hampir 4 bulan bekerja yang berbaki lagi sebulan dan tinggal 2 bulan sahaja untuk menunggu jawapan permohonan Sarjana..Subhanallah, hanya Allah Yang Maha Mengetahui hati dan perasaan ini..

Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman itu pasti akan diuji. Dan aku sangat meyakini firman-Nya, ampunkan aku Ya Allah..

Kembali terngiang-ngiang di telingaku kata-kata azimat daripada kakak usrah yang ku hormati, Kak Azsida,

“Ilmu Allah itu mahal. Bersungguh-sungguhlah dalam mencari ilmu-Nya..”

Ana muwafiqatun! Aku sangat-sangat merasainya sekarang, tambahan apabila permohonan Sarjanaku direject baru-baru ini. Khabar sedih ini hampir-hampir mematahkan semangatku untuk menyambung pengajian Sarjana tetapi cepat-cepat aku memujuk diri, “mungkin tiada rezeki di situ” dan sahabat-sahabatku sentiasa di sisi, memberi perangsang dan semangat untuk diri ini menjadi lebih berani dan kuat untuk meneruskan langkah, terima kasih amat sahabat-sahabat dunia akhiratku, Humm, Husna, Bah, Izzatie dan semuanya..

Dan diri ini mahu terus menjadi LEBIH BERANI! Ini hanyalah ujian dunia yang amat kecil, tiada bandingan dengan ujian yang dihadapi oleh kekasih agung, Nabi Muhammad s.a.w. Wahai Allah, kurniakanlah aku kekuatan untuk kembali bangkit dan meneruskan langkahku dalam mencari dan menggali ilmu-Mu yang maha luas, amin..

Allah tidak pernah mensia-siakan hamba-Nya..dan hari ini aku menerima khabar gembira, sebagai ganti khabar dukaku tempoh hari. Syukran Ya Allah, aku sayang dan cinta kepada-Mu (^_^)

“Milik-Nyalah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” [42:12]

{azam mahu terus jadi hamba-Nya yang solehah (^^, }

Comments

  1. La tahzan ya ukht! Innallahama'ana. Usah gusar.Rezeki Allah itu ada di mana-mana. Cuma belum jumpa lagi sahaja. Apa yg penting teruskan usaha dan berdoa! Yeah~
    Pada setiap yang mencari pasti akan menemui. Kerja Tuhan siapa tahu =)

    ReplyDelete
  2. Adinda! Kamu slalu ada di kala masa suka & duka ku..thanks a lot! The same prayer goes to you, smg najah dlm alam mahasiswa, alam kerjaya, alam dunia dan alam akhirat sn..

    Semlm km dok tgk gmbq suma2, ab2ku..huhu rindu T_T

    ReplyDelete
  3. fizah dearie...
    PASTI Allah nak tempatkan kamu di tempat yang lebih baik. Allah tahu apa yang terbaik utk kamu.

    kita doakan awak sentiasa sukses di dunia dan akhirat. apa jua jalan yang kamu lalui, saya pasti sokong. KAMU INSAN HEBAT, FIZAH!

    love u, sayang!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...

Doa Untuk Wanita

  Bismillahi walhamdulillah Menjadi seorang wanita atau tepatnya umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sangat istimewa. Nabi Muhammad s.a.w. sangat memuliakan kaum wanita. Datangnya baginda sebagai utusan Allah, baginda membuang segala perkara yang mungkar dan maksiat yang dilakukan oleh kaumnya. Pada ketika itu bayi perempuan akan dibunuh atau ditanam hidup-hidup. Allahu Akbar! Nabi Muhammad s.a.w. begitu menyayangi isterinya Siti Khadijah r.anha, hingga baginda berasa amat sedih pada tahun Siti Khadijah wafat.  Baginda juga merupakan seorang ayah yang penyayang dan datuk yang begitu sayang akan cucu-cucunya. Baginda mengajarkan kepada anakandanya, Fatimah yang pernah mengadu akan keletihan melakukan kerja rumah. Lalu baginda mengajarkan zikir Tasbih, Tahmid dan Takbir sebanyak 33x setiap satunya dan kita mengamalkanny setiap kali selepas solat. Doa Untuk Wanita   Sebenarnya banyak doa yang baik dan boleh diamalkan oleh kita. Saya kongsikan dahulu 3 DOA di bawah yang saya suk...