Skip to main content

Mencipta Mimpi


Tiada kata yang mampu ku ucapkan
Alhamdulillah, puja-puji hanya kepada Dia
Selepas pertemuan bersama sahabat-sahabat lama dimakbulkan Allah,
diberi pula kesempatan lagi untuk bertemu Adinda kesayangan, Ukht Khairani =)

Berdatinglah kami selama 24 jam
KL Sentral-Stadium Melawati-Vista Angkasa-Low Yat
Walaupun hanya 24 jam, banyak sekali aktiviti kami, kan dik?

Juga bertukar-tukar cerita
Almaklum lebih kurang hampir 9 bulan tidak bersua muka
Banyaklah cerita-cerita yang terkumpul
Alhamdulillah syukran Lillah

Tidak dilupakan mimpi-mimpi yang dikongsi
Tidak sekadar menciptanya
Tetapi kami ingin menggenggamnya!
Ya Allah, makbulkanlah cita-cita, impian dan mimpi kami..

Dan hari ini
Pertemuan yang tidak ku duga
Bertemu senior-senior yang disegani dan dihormati di UIA dahulu
Kak Aini juga Kak Deqma
Allah..
Banyak sekali nikmat yang Engkau berikan kepadaku
Walhal sebelum ini tidak pernah sekali aku terbayang untuk bertemu semula dengan insan-insan kesayanganku
Subhanallah walhamdulillah Allahu Akbar

Moga pertemuan kami ini
Mengerat dan mengkukuh atas dasar aqidah yang satu
Kembali kuat memartabat dan menjulang agama-Mu
Engkau Maha Memakbulkan doa-doa kami Ya Allah
Masukkanlah kami dalam golongan hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur

p/s: sangat senang dapat bersua dengan Khaulah ^^,
Posted by Picasa

Comments

  1. ala awak ni...
    mana aci letak gambar saya je!..
    kenangan menjadi anak-anak jalanan di shah alam best sekali dengan idea gile2 yang mungkin masuk dek akal jika tiada pendi..dan saya rasa ia akan menjadi lebih menarik!..

    Tq dear for precious moment that i'll always bear in mind~..
    Bertukar-tukar PBL,Lansung memeningkan..Kad touch and go and Prison break..
    abadikannya dalam khutub khanah kehidupan ya kak..Di stesen minyak syeksen 13,ia menjadi saksi~

    ReplyDelete
  2. =), sbb gambar2 ni je yg ade dlm hanset sy, so biarla awk famous sorang2, kan? mst suka kan? even sy xde dlm gmbr but my baju kurung is there, opps!

    'ala kulli hal, syukran dik, memberi peluang mencipta skali lg memori indah dgn kamu..i wonder if that time will come again coz time is so so precious..

    Stesyen 13 Shah Alam..oh, dh lama x buat keje2 melepak gitu, bnyk ilmu yg sy belajar ni =)

    Yuk, cipta NAJAH dik utk sem akhir awk!

    Nnt kta g New Zealand same2 ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...