Bismillahi walhamdulillah..
Biiznillah, 27 Disember aku berjaya menjejakkan kaki di bumi Petaling Jaya. Dunia baru aku. Banyak sekali yang hendak diterokai. Doa dipanjat, moga segalanya dipermudahkan Ilahi.
Jazakumullahu khairan jaza’ buat ayahanda dan bonda, yang tidak dapat ku balas segala jasa mereka hingga akhir hayatku. Segala keperluan dan kemudahan anak mereka yang sulung ini dipenuhi dengan sebaiknya, malah lebih daripada cukup. Subhanallah, moga nikmat kemudahan yang dipinjamkan Allah ini tidak menjadikan aku insan yang lalai kepada-Nya, na’uzubillah!
Memulakan langkah pada hari pertama- Jam 2.30 petang aku ke taklimat bagi fakultiku; Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. My first impression-sedikit terkejut kerana rata-rata pelajar yang menyambung pengajian dalam bidangku adalah terdiri daripada Chinese, Indians dan juga international students. Oh, satu cabaran bagiku! Environment Degree yang dikelilingi dengan rakan-rakan Muslim sahaja membuatkan aku berada dalam keadaan sedikit ‘culture shock’.
Alah bisa tegal biasa. Insya-Allah aku cuba mengikis rasa ‘culture shock’ ini di samping berdoa semoga segalanya dipermudahkan Allah. Alhamdulillah hari pertama berlalu dengan baik. Jazakillah buat sahabat baikku, Matun yang bersama-samaku dalam kembara hari pertamaku.
28 Disember- disebabkan hari pendaftaran bagi fakultiku belum tiba, aku merancang untuk ke IIUM Gombak, menziarahi sahabat-sahabat seperjuangan yang sudah lama tidak bertemu. Sekali lagi Matun menemani, terima kasih amat sahabat! Gembira sungguh rasa hati dapat berjumpa mereka; Sal, Hum, Noni juga Nurul. Terubat rasa rindu yang sekian lama terpendam ini =)
Bertemu dalam keadaan yang sudah grad, rasa cukup tua diri ini T_T..berkongsi segala cerita dan pengalaman, indah sekali dirasakan. Hebatnya Dia Yang Maha Pengasih, masih mengizinkan kami untuk bertemu lagi, di dalam medan ilmu ini. Subhanallah! Alhamdulillah..
Kembara hari kedua dan ketiga di IIUM juga berakhir dengan baik, Alhamdulillah..Malamnya bermalam di mahligai Matun, tidak jauh dengan mahligaiku rupa-rupanya, bertambah bahagia ^^,
30 Disember-mengembara lagi! Cik Hafizah ini memang kaki berjalan, sentiasa memanjangkan langkah beliau..hari ini Matun telah membawaku tour PPUM! Subhanallah, best sangat-sangat! Dirasakan diri ini macam ‘rusa masuk kampung’, bertanya itu ini kepada Matun, maaf ye sahabat terpaksa melayan kerenahku..PPUM sangatlah sibuk, manusia bertali arus! Tak pernah lagi aku berhadapan dengan situasi begini. Pengalaman bekerja di Perlis yang aman damai, sangat berbeza sekali di PJ ini!
Berjalan dan berjalan. Menjelajah setiap Jabatan; Pathology, Anatomy, dan banyak lagi yang aku tidak ingat namanya. Pada setiap jabatan pasti akan dipamerkan poster-poster besar berkenaan research yang dihasilkan, subhanallah! Sekali lagi, ia merupakan pengalaman dan pemandangan yang sangat menarik bagiku. Memang wajarlah ‘tagline’ UM adalah The Leader of Research and Innovation. Secara tidak sengaja aku berasa bangga menjadi warga UM, Alhamdulillah =)
Kembara masih belum tamat. Ke mana lagi Cik Hafizah? Oh, perlu ke Mid Valley sekejap, ada beberapa barang keperluan yang mahu dibeli. Menaiki bas Rapid KL yang bernombor 631, membawa kami ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah memang senang sangat nak hidup di KL ni, banyak saja public transport yang akan membawa kita ke destinasi yang dikehendaki. Akan tetapi, duit pula jadi macam air, sekejap sangat habis duit, Allah..dan aku berazam untuk berjimat-cermat, kalau makan di luar, order makanan dan sky juice sahaja. Titik.
31 Disember- hari yang sepatutnya aku mendaftar. Akan tetapi sedih sekali kerana kerajaan pula telah mengumumkan cuti pada hari ini..Disebabkan skuad Harimau Malaya berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2, maka satu Malaysia dapat cuti..mungkin seronok untuk orang yang bekerja, tetapi tidak untuk aku. Tidak berbanggakah? Biasa sahaja, mungkin sebab aku adalah seorang bukan peminat tegar bola sepak, minta maaf.
Lalu mengembara lagi..kali ini rakan pengembaraanku bertambah =), memperkenalkan Aina yang rupa-rupanya menginap satu blok dengan aku, masya-Allah! Kecil sungguh dunia, kerdil sungguh kita, tidak terjangkau dek akal waras akan pertemuan yang tidak disangka-sangka ini. Syukran ya Allah..
Ingin menemani Aina ke Low Yat, mencuci mata sahaja sebab di kala ini ajaran Berjimat Cermat Amalan Mulia wajib aku tanamkan dalam diri sendiri =), semoga aku tidak ter’beli’ atau ter’belanja’ atau ter’bazir’kan duitku, insya-Allah.
Seminggu yang berlalu di PJ. Masih banyak lagi pelajaran yang ingin dipelajari. Baru sahaja menghidupkan enjin kereta, tak masuk gear lagi apatah mahu memandu dan memecut. Semoga Allah meredhai setiap gerak langkah ini.
“Allahumma yassir wala tu’assir”
Comments
Post a Comment