Skip to main content

Tahajjud Cinta


Sudah 3 episod drama "Tahajjud Cinta" ini ditayangkan di TV3. Naskhah yang diketengahkan oleh saudari Erma Fatima ini nampaknya mengundang pelbagai kontroversi. Saya tidak menolak niat baik beliau yang ingin membawa cerita-cerita genre Islamik ke layar, namun di sebalik jalan ceritanya perlu diperhalusi lagi.

Sudah 2 episodnya saya terlepas siaran, maka You Tube menjadi sasaran saya. Inferens awal saya mengenai jalan ceritanya; bagus dari sudut jist yang ingin disampaikan tetapi ada beberapa perkara yang membuatkan saya tidak bersetuju dan tiada kompromi kepadanya kerana ia melibatkan syari'atULLAH;
  • Watak sebagai muslimah yang mengenakan jilbab dan purdah sudah begitu cantik dan dapat dijadikan qudwah kepada masyarakat tetapi apabila terdapat adegan muslimah-muslimah ini makan dan bermusafir bersama orang yang bukan mahram, maka ia telah mengelirukan pandangan umum. Bolehkah seorang muslimah yang menjaga pakaian dan akhlak makan dan bermusafir bersama ajnabinya di mana situasi tersebut boleh mengundang fitnah?
  • Seorang ustaz yang menerajui pondok mencuri pandang seorang gadis semasa berdoa. Saya amat tidak bersetuju dengan scene ini. Masyarakat yang menonton pasti sudah punya persepsi yang tidak enak kepada golongan ustaz dari asbab adegan ini.
  • Banyak lagi scene-scene yang saya kira wajar diperhalusi dan diperdalam kesan dan impaknya jika dipertontonkan.
Namun begitu, saya tetap memuji saudari Erma Fatima yang bekerja keras dalam membawa naskhah Islamik beliau kepada umum. Saya bersangka baik dengan niat murni beliau dengan menjadikan drama sebegini sebagai uslub dakwah. Namun ingin saya sampaikan hasrat saya bahawa dalam membawa inti dan mesej Islam, wajib ke atas kita untuk menyampaikannya seperti yang telah diajarkan oleh Nabi kepada kita. "Matlamat tidak menghalalkan cara" harus difahami oleh setiap daripada kita dalam menyampaikan dakwah. Jangankan ingin meraih matlamat yang baik dan murni, tetapi jalannya dan wasilahnya menyebabkan kita akan dihumbankan ke neraka Allah, na'uzubillahi min zaalik!

Mohon maaf atas kesalahan dan keterlanjuran kata. Semoga kita beroleh taufiq dan hidayah-Nya.

Comments

  1. Salam kak, kak suh komen ek.. tapi komen saya ni komen budak2 je lah akak..

    dari sudut pandang saya.. lepas a long discussion ng sahabat2 n pertimbangkan dari sudut penerbit filem ng penonton yg mengkritik:

    1.Orang ramai kritik bila tengok episod 1 n 2 yang banyak scene2 yang "pelik", akak mesti tau scene2 ape, n most jalan cite dalam epi 1 n 2 ni mggambarkan mahasiswa mesir yang x tsiqah. Justeru jauh dr expectation orang ramai di msia yang memandang tinggi pelajar2 mesir khususnya yg belajar bidang2 agama. Juga scene isteri2 Us Shauki yg kurang berdamai.. yg ni x mo hurai panjang..x pakar. tp bleh faham kan kak.

    2. Tapi, menurut penerbit dlm twitter dia (yg smpat sy follow 2 hari lepas), dia x berniat nak memperlekehkan agama, tp dia just nak menunjukkan realiti. Realiti yg wujud golongan2 agamawan yang mggunakan agama utk kepentingan sendiri (ni ayat dlm twiiter kak erma) yg merujuk pada watak us shauki. Dan untuk kita bsangka baik, mesej K.Erma mungkin baik, spy penonton2 aware dgn gol2 agama yang wujud sebegini di alam nyata. wallahu'alam.

    3. Bila isu ni ditimbulkan... ada yg mnta tengok dr sudut maqasid syariah. Sy rujuk buku "Kewajipan Menguasai 6 jenis fiqh bg pendakwah Islam di Alaf Baru Mustafa Malaikah" n sampai pada Fiqh Maqasid Syar'iyah, Fiqh Waqi' dan Fiqah Muawazant.

    4. Bila bertembung 2 kemudaratan, kemudaratan yg kecil ditanggung demi membendung kemudatan lebih besar. Kemudaratan khusus ditanggung demi kemudaratan umum. Page 106 bawah tajuk al muwazanat ssama kemudaratan.

    5. Sekiranya kemudaratan yang ditunjukkan drama TC episod 1 n 2 tu boleh kelirukan dan mempengaruhi masyarakat dgn menganggap perkara2 yg dilakukan itu seolah2 biasa, n bleh jatuhkan izzah islam kat situ LEBIH MUDARAT dr memberikan mesej kepada masyarakat bahawa wujud gol2 agamawan yang menyimpang, jadi better cerita itu dijauhkan dr tontotan umum berdasarkan fiqh muwazanat ini. Walahu'alam.....

    6. sekiranya cerita itu lepas ni lebih menyebabkan ramai couple, ramai x tsiqah kt ustaz, n banyak lg keburukan dr kebaikan.. jadi better cerita itu dijauhkan dr tontotan umum berdasarkan fiqh muwazanat ini.

    Wallahu'alam.. Maaf atas sebarang khilaf.. Saya bukan buat hukum, tp saya hanya kongsi kaedah utk ijtihad peribadi atas kapasiti kita sbg rakyat marhaen yg hanya menonton n x mampu buat apa2 apatah lg mengharamkan siaran or tontotan cite tu huhuhu... kita yg bese2 ni..yang kita mampu hanyalah buat bising di facebook, conteng sini sana, kritik belakang, n cr jawapan..


    jawapan ni pun huda ade tulis kat facebook...

    ReplyDelete
  2. Syukran jazilan dik atas komentar, akk amat2 hargai. Pasni klu ade lg isu2 hot, akk cari Huda eh =), trm ksh skali lg, akk sgt2 suka pandangan dan hujah ni, bakal Senator Huda, i'Allah..
    akk pun dh reply kt FB ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...