Skip to main content

Posts

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

A Short Escape

 Bismillahi walhamduLillah, Segala pujian hanya kepada Allah, Pemilik alam jagat raya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. 4 minggu persekolahan yang sangat padat, menyiapkan tugasan hingga rasa bagai tiada waktu. Rehat hanya di atas tikar sejadah, makan dan tidur di malam hari sambil masih bermimpikan kerja. Kepenatan yang makin memuncak apabila bersambung pula panggilan bengkel di hujung minggu. Kapasiti diri sudah dirasakan mencapai tahap maksima. Kena rehat ni! Doa dipanjatkan kepada Ilahi moga ada sedikit ruang dan masa untuk 'bercuti' seketika daripada tugasan kerja. Alhamdulillah Allah memudahkan segalanya. Tugasan bengkel disiapkan lebih awal dan terus dihantar kepada fasilitator. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat seperjuangan yang memahami dan memberi kebenaran untuk aku tidak mengikuti bengkel. Semoga Allah mengganjar semua guru yang berkorban masa hujung minggu demi anak bangsa. Seawal 6 pagi kami sudah keluar rumah dan bercadang sol...

Tetamu Datang Membawa Rahmat

 Bismillahi walhamdulillah, Alhamdulillah, meriah sungguh cuti sekolah kami di rumah bondaku. Kami menjadi keluarga pertama tiba di rumah Mak dan menjadi keluarga terakhir pulang ke rumah sendiri 😊 Mengulangi tahun 2024 ketika anakanda Abdullah bersunat, tahun 2025/2026 giliran anakanda Furqan pula. Kami memilih untuk anak-anak bersunat di kampung agar mereka tidak merasa kesunyian kerana sepupu mereka ramai di sini. Alhamdulillah, kelmarin kami menerima kedatangan sepupu ku dari sebelah arwah Abah. Mereka merancang bercuti di Kedah dan destinasi pertama mereka adalah di rumah bonda kami. Kami terharu menerima kedatangan orang jauh, sudi menziarahi kami walaupun arwah Abah sudah tiada.  Saling bertanya khabar perkembangan diri dan  keluarga masing-masing, aku dapat rasakan suasana yang ceria dan gembira di rumah kami. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.  Adik ketigaku dan suaminya menggoreng bihun yang sangat sedap sementara adik iparku (isteri adik ke-6) menyedi...

Sahabat Solehah Sukar Dicari Ganti

 Bismillahi walhamdulillah, Hari kelima di tahun baru. Ibu bapa sudah mula sibuk membuat persiapan untuk pembukaan sekolah anak-anak tahun 2026. Alhamdulillah hari ini suamiku yang membantu menguruskan pembelian buku dan uniform sekolah anak-anak sementelahan aku dan anak-anak masih lagi di Jitra. Kelmarin seharian aku dan Cg Hamzah berada di MMAS dibantu oleh sahabat solehahku, Ustazah Ilyana untuk menyelesaikan Jadual Waktu sekolahku. Betapa terharu aku kerana Ustazah Ilyana atau lebih mesra dipanggil Yana sudi membantu kami walau sudah setahun beliau tidak lagi berada di bumi MTSD. Pertukaran beliau ke MMAS amat dirasai oleh kami kerana banyak jasa beliau kepada MTSD. Yana amat disenangi oleh semua guru. Beliau seorang yang rajin dan begitu teliti serta kemas dalam apa jua tugas yang diamanahkan kepada beliau. Beliau sering menghulurkan bantuan kepada kami terutama berkaitan pengurusan majlis sekolah dan isu teknikal. Aku sering menyatakan kepada Yana, semoga Yana direzekikan ol...

Mencari Hikmah Di Sebalik Ujian

 Bismillahi walhamdulillah, Selamat datang tahun 2026. Masha Allah Tabarokallah! Terima kasih wahai Allah, Engkau masih menghidupkan aku hingga hari ini. Engkau masih memberikan peluang kepadaku untuk bertaubat, menambah amal ibadah dan memperbaiki segala kekurangan diri.  Cuti sekolah baru-baru ini kami suami isteri bersetuju untuk menjalankan ibadah khitan bagi anak lelaki kedua kami, Furqan yang kami selesa memanggil Adik. Alhamdulillah syukur, proses khitan Adik berjalan lancar. Kami memanggil MA ke rumah untuk khitankan Adik. Seminggu berlalu. Kami rasa hairan sebab luka khitan Adik belum lagi sembuh. Masih ada kesan pendarahan yang meninggalkan warna kehitaman. Aku mulanya agak panik sebab anak kedua ku sebelum ini tidak berlaku begini. Dalam tempoh seminggu lebih sedikit, alhamdulillah beliau dah sembuh. Maka bermulalah episod penjagaan secara intensif olehku dan suami. Kami memanggil semula MA yang khitankan Adik. Beliau pun agak terkejut melihat kondisi Adik. Menurut ...

Tautan Kasih Selepas 16 Tahun

 Bismillahi walhamdulillah, Usai solat Isyak, aku ingin mencoret sedikit kenangan tautan kasih dengan senior yang ku hormati di kampus UIA dahulu iaitu Kak Nurhidayah atau lebih mesra aku panggil Kak Dayah. Petang tadi tiba-tiba masuk mesej dalam inbox Facebook (FB) ku daripada Kak Dayah. Sudah lama sebenarnya aku tak bertanya khabar beliau, hanya mengikuti perkembangan beliau di FB sahaja. Kak Dayah memberitahuku bahawa beliau berada di Jitra, mengikuti suaminya yang menyelia pelajar-pelajar di Kedah. Aku terus menjemput Kak Dayah berjumpa di rumah ibuku sementelahan aku masih berada di sini. Alhamdulillah Kak Dayah sudi menerima pelawaan ku. Selepas Maghrib sampailah Kak Dayah bersama suami, ibu mertua dan 6 orang anak-anaknya. Masha Allah, deras waktu berlalu, akhir pertemuan kami pada 16 tahun lalu iaitu tahun 2009. Kak Dayah grad awal setahun daripada ku. Kami gembira bersua muka. Banyak cerita yang dikongsikan terutama mengenai perkembangan sahabat-sahabat seperjuangan dahulu...

Majlis Graduasi Huffaz ke-10 Maahad Tahfiz Sains Darul Aman

 Bismillahi walhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Ilahi, Dia masih memberi izin kepadaku untuk bernafas, mengamalkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Hidup ini adalah medan ujian. Terkadang kita merasakan kesusahan dalam kepingan puzzle kehidupan kita, namun di akhirnya kita pasti akan merasai hikmah daripada kesusahan itu. Apabila melihat posting yang lalu, rupanya setahun telah pergi meninggalkan kita. Hari ini telah mencatatkan tarikh 30 Disember 2025, bermakna berbaki satu hari sahaja lagi kita akan memasuki tahun 2026. Sudah tentu banyak impian dan azam baru yang kita nak capai.  Tahun 2025 meninggalkan banyak cerita dalam diriku. Impian menyambung pengajian terpaksa ditangguhkan lagi atas faktor sesi persekolahan yang singkat dan tumpuan harus diberikan kepada anak-anak pelajarku yang menduduki peperiksaan SPM. Aku akui kemampuan diri adalah terbatas untuk belajar dan bekerja dalam masa yang sama. Aku berdoa semoga Allah aturkan yang ter...

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Anakanda-anakanda Ummi Sudah Besar

Bismillahi walhamdulillah Masa semakin deras berlari. Aku membelek catatan lama di dada LTC ini. Sungguh, aku merindui gaya penulisanku suatu ketika dahulu. Tulisanku penuh penjiwaan dan agak terperinci. Dalam tak sedar, seiring dengan kemunculan Revolusi Industri ke-4 kini, aku turut mengikut rentak menulis dalam gaya yang lebih ringkas dan padat sahaja. Zaman yang kita diami rupanya mencorakkan diri kita tanpa kita sedar. Sedikit sebanyak ianya mempengaruhi cara kita berfikir dan tindakan kita. Dunia hari ini sangat pantas! Jika kita tidak mengikuti arus, nescaya kita akan ketinggalan. Begitu juga dalam hal mendidik anak-anak. Anak-anak adalah hadiah daripada Allah melalui asbab pernikahan. Alhamdulillah, dalam usia perkahwinan yang bakal menghampiri 12 tahun, Allah mengurniakan 3 orang cahaya mata kepadaku dan suami. Nafisah Amani, Abdullah Zikri dan Muhammad Furqan nama diberi. Masing-masing sudah berusia 9, 7 dan 5 tahun. Masha Allah, pelbagai ragam yang mereka tunjukkan kepada ka...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...

Takdir Allah Adalah Baik Belaka

Bismillahi walhamdulillah Ketika entri ini ditulis, dunia masih menyaksikan pembantaian dahsyat rejim Zionis Israel laknatullah ke atas rakyat Gaza, yang majoritinya adalah umat Islam. Peperangan Israel-Palestin kali ini adalah peperangan yang memakan masa panjang, tidak seperti siri peperangan sebelum ini. Banyak usaha sudah dilakukan, fokus kita untuk menekan Netanyahu, agar segera menghentikan peperangan ini. Peperangan kali ini rupanya membuka banyak hikmah yang tidak terfikir dek akal sebelum ini. Saya sendiri mula menyelami sejarah Palestin dengan lebih mendalam, mengikuti secara dekat salah seorang rakyat Malaysia yang mengahwini rakyat Palestin iaitu saudara Nadir al-Nuri. Beliau merupakan pengasas kepada NGO Cinta Gaza Malaysia. Peperangan kali ini benar-benar dirasai oleh umat seluruh dunia yang cintakan keamanan dan bencikan genoside. Hingga ramai manusia yang diberi oleh hidayah oleh Allah untuk mengucap syahadah! Allahu Akbar! Mereka begitu mengkagumi semangat jihad yang d...

Hari Kokurikulum dan Stemnival 2023

 Bismillahi walhamdulillah Apa khabar sahabat semua? Semoga sihat hendaknya walaupun hati kita turut berduka atas apa yang berlaku kepada saudara-saudara seIslam kita di bumi Ghazzah.  Lama saya tak mencoret di sini. Sebelum ini saya berkongsi tentang task Shaklee. Alhamdulillah, apabila perlu siapkan task, saya turut belajar tentang produk Shaklee. Inshaa Allah setakat hari ini saya masih lagi consume produk ini😊 Alhamdulillah, sekolah saya tengah mengadakan Hari Kokurikulum dan STEM Carnival atau singkatannya STEMNIVAL. Kelmarin selesai sudah Hari Kokurikulum, diwarnai dengan pelbagai persembahan daripada para pelajar dan kemeriahan gerai jualan oleh Kelab/Persatuan. Kami turut mengadakan Minggu Solidariti Palestine. Tidak dapat saya menahan air mata ini apabila menyaksikan video kompilasi sorotan peristiwa bantaian yang berlaku di sana. Hebatnya iman mereka, kentalnya semangat juang mereka hingga tiada lagi rasa takut untuk syahid demi mempertahankan negara tercinta. Kita ...

Powernya Hidup Tenang

  Bismillahi walhamdulillah Setiap kali bangun pagi, aku akan berkata kepada diri, "Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, Engkau masih memberikan satu hari lagi kepadaku. Semoga Engkau redha kepadaku dan menerima taubatku." Aku terkesan dengan fasa umur yang dicadangkan oleh Prof Dr Muhd Kamil, beliau sandarkan penghujung umur dengan umur baginda Nabi s.a.w. Jika diukur begitu, aku sudah pun berada dalam Fasa 4 (31 - 40 tahun), berbaki lebih kurang 33.33% kehidupan kita. Allahu Allah..takut rasanya apabila tiba-tiba Allah panggil diri ini, rasa macam tak banyak pun memberi sumbangan kepada ummah.  Dalam usrah guru minggu lepas, rakan guru, Cg Ashraf berkongsi satu peribahasa orang-orang dulu yang menyebut "kalau dah masuk umur 40, hang baik, baik lah sampai mati. Kalau hang tak baik, tak baiklah hang sampai mati." Peribahasa ini tidaklah dibukukan, cuma ia memberi maksud tersirat bahawa apabila usia memasuki 40 tahun, seseorang itu sudah mencapai kematangan dalam hi...