Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

A Letter From Umar

Bismillahi walhamdulillah.. Countless gratitude to Allah SWT for His Love & Bless for us in maintaining our iman and Islam, Alhamdulillah.. From Allah we come, to Allah we will return. Al-Fatihah to my neighbor's son who had passed away yesterday. May Allah place him with al-Muttaqin and As-Sobirin , and may Allah grant him Jannah , insya-Allah.. About Umar >> Again, Allah wants to test me and my family, Alhamdulillah..Allah wants to see, 'Did I was patient enough with Umar's matters? Did I seek for Allah's help or human's help? May Allah preserve me and help me in being a patience and good servant of Him. To all my friends and who knows Umar; Umar will return home (Jitra) this Friday. Please pray for our journey, thank you. After all, may Allah bless Umar, me & my family. Thank You so much for those who are really concern with Umar =) Till then, Umar will miss all of you.. Regards, Umar's owner

My Dedication to Ja ~(^_^)

Special thanks to my cute sister, Jawahir (^_^)~ Thank you adik Ja sebab belanja Kak Fizah & Kak Husna, hehe pasni ajakla kitorang lagi ye.. Buat Adik Ja; "Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan yang usang hampir roboh, maka akanku jelajahi seluruh pelosok dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda . Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang IKHLAS untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah." - Imam As-Syahid Hassan al-Banna. Moga Ja termasuk dalam golongan JIWA MUDA yang IKHLAS dalam membina kembali bangunan usang itu, insya-Allah.. Alfu As-Syukr ;)

Janganlah Palitkan Kekotoran Di Jitra

Lebih seminggu Leading The Change tak diupdate. Sibuk? Tak lah sangat.. Tiada isu mahu ditulis? Tak jugak.. Silent. Tiada jawapan. Nak sangat tulis tentang GST , tetapi perlukan pembacaan dan kajian yang lebih mendalam lagi. Pagi ini, aku dan rakanku berjumpa supervisor kami, Dr Amin. Mengambil pre-final draft FYP kami sebelum dihantar ke Department CTS esok. Semoga Allah memudahkan urusan kami, amin.. Sebelum berjumpa Dr Amin, kami sempat singgah di library indah UIA Kuantan ini. Menyelak Berita Harian, aku sangat terkejut dengan berita demi berita yang terpapar hari ini. Istighfar banyak-banyak dengan pelbagai isu dan berita yang ku kira tidak patut dilakukan oleh seorang insan yang bergelar muslim. Di tanah airku sahaja (Jitra), terdapat dua kes yang amat-amat menyedihkanku. Kes 1 : Seorang remaja perempuan yang berusia 20 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 7 orang lelaki di batas sawah padi. Kes 2 : Seorang budak lelaki ditinggalkan oleh ibunya di sebuah warung nasi lemak. Ikutkan ...

Membedah 1515

Mungkin aku terlewat mengenali 1515. Tahun 2003 lagi karya FT ini telah diterbitkan. 8 tahun sudah pun berlalu. Namun karyanya tetap segar dengan pengajaran dan suka duka Tanah Melayu yang pernah dijajah British suatu ketika dahulu. Pelik bukan? Aku sendiri tiada memiliki walau sebuah pun novel FT ini. Yang ada cumalah sebuah buku tulisan beliau "Detektif Indigo", yang bagiku sesuai untuk bacaan golongan remaja. Akan tetapi dapat juga aku menatapi dan membedah 1515 ini walaupun sebenarnya agak terlewat. Terima kasih kepada pemilik buku, Jeneral Hamasyie =) Pertama kali meminjam buku ini, sahabatku ini mengatakan, " kalau boleh habiskan baca buku ni, saya salute lah ,". " Kenapa?" saya bertanya. "Ceritanya agak berat." Dia membalas. Ok, saya sahut cabaran beliau! Menyelak helaian demi helaian, aku berazam untuk membedah 1515 ini. Bukan sekadar mahu menyahut cabaran pemilik buku ini, tetapi ada sesuatu yang istimewa di dalam 1515 ini yang memb...