Posts

Showing posts from February, 2011

Kampung Halaman

Image
Bismillahi walhamdulillah
Agak janggal 'mengenakan' tajuk entryku kali ini. Mungkin mode 'Kampung Halaman' sedang mendominasi kini. Alhamdulillah aku masih diizinkan Allah menghirup udara di desaku, merasai hembusan angin panas dan menikmati lambaian sawah padi di daerah utara ini. Walaupun dua minggu lalu sudah pulang ke kampung halaman, kali ini menapak kembali atas beberapa urusan yang harus dibereskan.
Mencari ilham. Mencari kekuatan. Ya Allah, kurniakan hamba-Mu kekuatan.
Melihat wajah Abah, Mak dan adik-adik membuatkan aku gembira dan tenang. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan sebuah keluarga pendamai jiwa, pententeram hati. Acapkali terfikir bagaimana jika aku sudah berkeluarga sendiri nanti? Pastinya usrah sakinah, mahabbah wa rahmah yang diidamkan, insya-Allah.
Terlalu panjang angan. Realiti di hadapan masih jauh harus ditempuh. Tangga Master tidak sampai sepertiga didaki. Cita-cita dan impian harus dibumikan! Usah berangan jika tidak ada tanggungjawaban!
Alha…

PRK UM 10/11 Dalam Sejarah

Image
Bismillahi walhamdulillah,
“Al-Islam ya’lu wala yu’la ‘alaih” Agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
Daripada kaca mata seorang Postgrad student aku menulis;
Subhanallah..Alhamdulillah..LailahaILLALLAH..Allahu Akbar! Tarbiyah Allah itu sangat indah dan Allah berhak menguji sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Begitulah yang diajarkan kepada kita. Tidak terkecuali walau seorang pun daripada kita untuk tidak diuji.
Fatrah PRK kini. Masih terbayang saat-saat berPRK di IIUM suatu ketika dahulu. Meriahnya masih dirasai; menggantung flyers, mengedarkan manifesto calon, berkempen dari bilik ke bilik. Tiada lain yang diniatkan melainkan ingin mengajak seluruh warga kampus memahami erti tanggungjawab memilih seorang pemimpin yang selayaknya seperti yang digariskan oleh Islam.
Fatrah PRK menguji segala-galanya. Keyakinan dan kebergantungan total seorang hamba kepada Rabbnya. Ukhuwwah Islamiyyah yang disemai dan dibajai sekian lama merasai angin goyahnya. Semangat perjuangan…

Rakaman Februari

Image
Bismillahi walhamdulillah
Agak lama tidak meninggalkan jejak di sini. Banyak sekali rakaman dan lakaran peristiwa yang menggembirakan, mendukacitakan juga menggugah Februari 2011 ini.
Baitul Muslim
Alhamdulillah, dua orang sahabat baik telah beralih fasa kehidupan mereka. Menyahut seruan Nabi, melengkapkan diri dengan sebahagian daripada agama iaitu PERNIKAHAN. Barakallahulakuma wabaraka'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair didoakan buat pasangan pengantin baru;
Wan Asfarina & Muhammad Asyraf Nawwarul Huda & Abdul Hayyi
Rusuhan di Mesir
Down Hosni Mubarak! Sejak 25 Januari lalu, pakatan rakyat Mesir merusuh demi untuk menjatuhkan rejim Mubarak, hegemoni Mesir selama 30 tahun. Perintah berkurung atau 'curfew' telah diarahkan kepada seluruh rakyat Mesir. Di mana-mana sahaja rakyat menuntut sebuah keadilan, bukannya kezaliman! Usai di Tunisia, sedang di Mesir dan bakal berlaku pula di Britain. Saya ingin menambah, tidak mustahil gelombang intifadhah ini akan menghempas …

Kenyataan Ikhwanul Muslimin Berhubung Kebangkitan Rakyat Mesir Yang Diberkati

Image
Fri, February 4, 2011 12:26:49 AM إن الإخوان المسلمين “وهم جزء أصيل من الشعب المصري الكريم” يتقدمون بخالص التحية والتقدير لشباب مصر وشعبها الحر في طول البلاد وعرضها على انتفاضهتم السلمية المباركة، وعلى الدور الوطني والأداء المشرف في حماية المؤسسات والممتلكات العامة والخاصةSesungguhnya Ikhwanul Muslimin (yang merupakan satu bahagian yang tidak terpisahkan dari rakyat Mesir yang mulia ini) mengucapkan salam tulus dan penghargaan kepada para pemuda dan rakyat Mesir yang merdeka di seluruh pelusuk negara kerana kebangkitan secara aman mereka yang diberkati, juga atas semangat patriotik dan tindakan luhur dalam melindungi institusi dan harta benda awam dan juga swasta.ويؤكد الإخوان المسلمون الدعوةَ إلى الاستمرار في ذلك، ويتقدمون مع جموع الشعب بالتحية إلى جيش مصر صاحب التاريخ الوطني المُشرِّف الذي يمتلك بالتأكيد رؤيةً إستراتيجيةً للحفاظ على أمن مصر وحماية مكتسبات الشعب وتحقيق مطالبه العادلةIkhwanul Muslimin menegaskan seruannya agar segala tindakan ini tetap terus diteruskan. Bersama-sama ra…

Down Hosni Mubarak!

Image
Salam'alaik,
Pembaca budiman, ayuh kita ke 'Himpunan Solidariti Ummah', menyokong perjuangan rakyat Mesir yang mahu menumbangkan pemimpin yang zalim, Hosni Mubarak!
Hari: Jumaat Tarikh: 4 Feb 2011 Masa: 2 ptg (selepas solat Jumaat) Tempat: Di hadapan Kedutaan Amerika
Bersama kita menunjukkan keprihatinan kita terhadap rakyat Mesir yang bencikan kezaliman. Takbir!