Posts

Showing posts from March, 2013

Hanya Sebuah Research Paper

Image
Bismillahi walhamdulillah
Hamdalah atas nikmat Iman, Islam, Seehah dan bergelar zaujah selama 1 tahun 1 bulan. Baitul Muslim kami masih lagi bertatih. Masih banyak yang perlu saya perbaiki dan koreksi diri. 
Apa khabar Research Paper saya? Sudah masuk semester kedua perjalanan RP saya. Ujian yang silih berganti mengingatkan saya bahawa ilmu Allah terlalu mahal, hanya mampu diraih oleh mereka yang ikhlas dan sabar. Subhanallah! Tabarokallah!
Kesabaran harus digandakan. Bak pesan sahabat, "sabar di atas sabar". Subhanallah, indah sekali bait-bait ini. Kadang kala kerenah birokrasi amat menguji iman tetapi cepat-cepat berpesan kepada diri bahawa anda tidak berseorangan mengharung kerenah ini, mereka yang lain juga (baca: researcher) turut berhadapan dengannya.
Apa lah sangat ujian yang kecil ini untuk saya..Ramai lagi insan di luar sana yang jauh lebih hebat ujian mereka. Allah menguji seseorang sesuai dengan kadar imannya. Nah hitunglah sekadar mana imanmu? Allahu Allah..tiap kali…

Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Image

Sayonara Lembah Pantai!

Image
Bismillahi walhamdulillah
Biiznillah, saya dan suami dapat bermusafir ke bumi tarbiyah kami sejak alam matrikulasi, Petaling Jaya. Alhamdulillah perjalanan pergi dan pulang dalam keadaan selamat dan aman. Syukur Ya Allah..
Berkira-kira awalnya mahu menggunakan kereta Ayahanda sementelahan kereta suami (baca: Si Biru) yang belum diservis. Akan tetapi, pada hari Jumaat lepas, suami berhasrat untuk menservis Si Biru dengan harapan dapat membawa kami ke KL. Pujian untuk Allah, kondisi Si Biru adalah selamat untuk bermusafir, maka kami teruskan rencana kami untuk ke KL menunggang Si Biru =)
Jam 8.30 pagi kami bertolak. Alhamdulillah hari dan cuaca yang baik seolah-olah menyambut kedatangan kami ke KL. Sampai di rumah sewa saya iaitu Vista Angkasa pada pukul 1.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada sahabat kami, saudara Firwan yang sudi membantu mengangkat barang-barang saya yang sangat banyak itu. Tinggalan 2 tahun!
Selesai barang-barang dimasukkan ke dalam perut Si Biru. Penuh, sepenuh-penu…

Sawang

Image
Bismillahi walhamdulillah
Fenomena 'sawang' yang acap kali menimpa golongan blogger rupanya turut melanda kepada saya. Saya nampaknya lebih senang memaksimakan 'mukabuku' berbanding blog. Maafkan saya LTC, saya akan cuba berusaha untuk membersihkan 'sawang' ini.
Mac hari ini. Bersamaan 18 Rabi'ul Akhir 1434H. Masa yang menggigit semakin mendera hati dan perasaan ini. Cuba mencari 'butang hijau' saya dengan meminjam spirit teman-teman MEc yang sudah berjaya menamatkan Research Paper mereka. Fighting Fizah! Seperti yang selalu ditiupkan oleh Fatimah, cewek Jambi saya =)
Semakin tidak sabar untuk menamatkan Research Paper saya dan semakin tidak sabar untuk melangkah ke dunia pekerjaan. Bahtera MEc sudah tiga perempat dalam pelayarannya, sudah mengharung ombak kecil, ombak ganas juga ribut taufan. Tidak mustahil bahtera saya ini bakal berdepan dengan ombak dan taufan lagi jika persediaan saya masih belum mantap. Mohon Allah besarkan iman saya dalam berhada…