Posts

SPM 2017; Syukur dan Air Mata Gembira

Image
Bismillahi walhamdulillah,
Tidak sedar bahawa sudah tahun kedua saya bergabung bersama keluarga unik Maahad Tahfiz Sains Darul Aman. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Pada entri kali ini, saya berhajat untuk merakamkan apresiasi saya kepada anak-anak didik saya yang baru sahaja menerima keputusan SPM 2017 pada pagi tadi. 
Berblog sudah menjadi satu kekangan bagi saya dalam keadaan kesuntukan masa dan amanah yang lebih utama untuk ditunaikan. Alhamdulillah hari ini saya diberi sedikit waktu untuk mentinta sedikit kenangan bersama mantan anak-anak didik saya, merangkap batch pertama saya diamanahkan mengajar 2 subjek SPM iaitu Matematik dan Matematik Tambahan. 
Masih segar lagi di ingatan saya saat pertama kali saya menjejakkan kaki di MTSD. Rasa kekaguman yang tinggi kepada bakal anak-anak pelajar tidak dapat disembunyikan apatah lagi mereka ialah huffaz Al-Quran. Masha Allah Tabarokallah! Perasaan rendah diri masih menebal kerana aura mereka telah saya dengar sebelum saya mengenali …

Penghujung Tahun 2017; Erti Syukur

Image
Bismillahi walhamdulillah

Saya menerima WhatsApp suami, beliau menyatakan beliau telah mula ber-blog! Wah, saya teruja dengan semangat beliau. Semoga beliau terus istiqomah, tidak seperti saya yang kadang tenggelam kadang timbul😢

Saya sentiasa mahu mencabar diri, walau dunia saya sekarang dikelilingi dengan rutin harian yang sibuk, menulislah walaupun sedikit. Kata-kata daripada Pak Hamka, antara jistnya ialah menulislah agar akalmu tajam. Menulis bererti kita menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri dalam menyampaikan fakta atau pun cerita.

 Sebelum ini, saya hanya akan menulis post-post di blog saya menggunakan laptop. Ya laptop sebab cepat sedikit saya nak menaip. Namun hari ini apabila saya membuka laptop, akan ada insan yang menunggu untuk menggunakannya😁. Justeru, hari ini saya telah memulakan penulisan saya dengan telefon pintar yang pelbagai guna ini, alhamdulillah.

Tidak berapa hari lagi, tahun 2018 akan menjelma, meninggalkan pelbagai cerita 2017 untuk kita muhasabah dan …

Saya Sudah Kembali!

Image
Bismillahi walhamdulillah

Lama nya saya meninggalkan dunia blog. Saya melihat tarikh akhir blog saya bernyawa ialah pada 3 Disember 2015! Hampir 2 tahun saya membiarkannya dan banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya.

Saya baru-baru ini ter tengok satu drama sinetron Indonesia. Haha kaki drama juga saya ni ya :p. Ada satu dialog yang walaupun bersifat santai tetapi ianya amat bermakna buat saya. Seorang wanita sedang kesedihan kerana baru berpisah dengan suaminya. Dia ditegur oleh seorang pakcik yang menasihatinya dengan kata-kata ini; "hidup ini singkat wahai anak..nikmati hidup dengan gembira kerana hidup hanya sekali sahaja.."
Ya, hidup hanya sekali. Hanya sementara. Perasaan sedih, kecewa dan bersifat negatif itu pasti akan singgah dalam hidup kita tetapi bagaimana kita mengawal emosi dan bangkit semula daripada kesedihan dan kegagalan itu adalah paling utama. Jangan biarkan kesedihan membelenggu diri hingga segala pekerjaan terabai.
Kita ada Allah yang sentiasa be…

Perlumbaan Akhirat

Image
Bismillahi walhamdulillah
Meninggalkan dunia blog dalam waktu yang agak lama. Hambatan senarai amanah amat meruntun masa dan kudrat diri yang terkadang masih lemah dan malas. Sedangkan tuntutan kepada gerak kerja Islam ialah mengikuti segala suruhan pemimpin dalam keadaan senang atau susah, rajin atau malas, lapang atau sibuk, berharta atau tidak. Allahu Rabbi..diri ini masih lemah dibaluti hawa nafsu sendiri.
Manusia lewat hari ini berlumba-lumba dalam mencari harta. Ya, tidak dinafikan membuka pintu rezeki itu adalah tuntutan di dalam agama. Membuka pintu rezeki di dalam bidang perniagaan bertambah berkat kerana umum mengetahui bahawa 9/10 daripada rezeki adalah datang daripada perniagaan. Namun, dalam kesibukan kita mencari harta jangan pula diabaikan perlumbaan kita menuju Akhirat. Bekalan ke sana jauh lebih penting untuk dipersiapkan hari ini.
2,3 minggu belakangan ini, kami menerima khabar kematian mengejut mengenai rakan sekerja suami dan seorang pelawak tanahair. Terkejut dan …

Membuka Pintu Rezeki

Image
Bismillahi walhamdulillah
Pernah satu ketika, saya dan suami mengikuti seminar merancang wang. Seminar yang hanya memakan masa setengah hari itu amat berbaloi, alhamdulillah..Tuan Harun Mohd Yusof (Hamdy) menyampaikan seminar dalam suasana yang santai dan menyeronokkan :)
Antara perkara yang kami pelajari ialah bagaimana kita perlu bijak dalam menyimpan wang sehinggakan setiap perbelanjaan WAJIB dicatatkan! Beli gula-gula 20 sen ke, beli aiskrim seringgit ke..kena catat! Kedengaran lucu bukan? Kerana dari situlah biasanya berlaku ketirisan dalam bajet bulanan kita, betul tak?
Selain itu, beberapa perkara yang seharusnya dimiliki oleh generasi muda (baca: sebelum mencapai umur 30 tahun) mengikut prioriti ialah plan takaful, rumah, kereta (second hand dahulu dan dalam kondisi yang baik) dan reserve (contoh: 10% daripada gaji selama 6 bulan). Ini adalah perkara-perkara asas yang seharusnya ada di dalam perancangan kewangan kita.
Wah, nampak macam susah juga nak capai tu..hmm, dalam ekono…

Adinda Umar Sudah Bertemu Jodohnya

Image
Bismillahi walhamdulillah
Rehat yang panjang daripada menulis. Maafkan aku wahai blog, FB dan insta masih mendahului tika ini. Aku lebih suka merakam memori di blog, umpama mencoret di lembar kertas..FB dan insta pula untuk aku update berita terkini dan melihat perkembangan rakan-rakan.
Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Ilahi. Biar pun badai melanda keluarga kami, namun doa yang tidak putus daripada semua pihak akhirnya dimakbulkan Allah. Begitu hebat kuasa DOA! Alhamdulillah, dalam setiap musibah yang berat pada awalnya, telah dileraikan satu-persatu oleh Yang Maha Pengasih. Kegembiraan demi kegembiraan dikurniakan kepada kami sekeluarga, maka nikmat Tuhan yang manakah mahu kamu dustakan?
Selamat datang ahli keluarga baru, anakanda Ziyyad Abdul Haq bin Mohd Shafiq pada 31 Julai 2015, 8.03 pagi. Anakanda kepada Masyitah, adikku yang keempat. Kehadiran orang baru begitu dirai dan mendamaikan setiap jiwa yang memandang. Begitulah lahirnya seorang insan, suci bersih sesuai deng…

Satu Tahun

Image
Bismillahi walhamdulillah

Alhamdulillah oksigen masih bisa dihela, karbon dioksida masih bisa dihembus, dengan izinNya. Alhamdulillah semoga mati kita di dalam Iman dan Islam serta mati di dalam perjuangan menegakkan syari'atullah.
Satu tahun yang lalu, aku masih berdua bersama Zauji. Satu tahun hari ini, kami sudah bertiga, alhamdulillah syukur tiada terhingga. Bertiga bermakna bertambah amanah dan tanggungjawab. Mahu menjadi seorang isteri dan ummi solehah di samping tidak meninggalkan amanah kepada masyarakat.
Amani bertudung =)
Rehlah di Pantai Merdeka
Jaulah ke Gua Kelam, Perlis
Kelam-kabut agak sinonim dengan status seorang ibu muda. Namun, kelam-kabut itu sebenarnya boleh dikawal jika kita bijak mendisiplinkan diri dengan 24 jam sehari yang dipinjamkan kepada kita. Terdapat seorang ibu muda yang tampil menghasilkan sebuah e-book yang menjadi pencetus kepada penyusunan masa yang efektif kepada keluarga dan diri sendiri. Masa untuk luar rutin (non-routine) juga boleh dikecapi dan i…