Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Qurratul A'yun

Anakanda-anakanda Ummi Sudah Besar

Bismillahi walhamdulillah Masa semakin deras berlari. Aku membelek catatan lama di dada LTC ini. Sungguh, aku merindui gaya penulisanku suatu ketika dahulu. Tulisanku penuh penjiwaan dan agak terperinci. Dalam tak sedar, seiring dengan kemunculan Revolusi Industri ke-4 kini, aku turut mengikut rentak menulis dalam gaya yang lebih ringkas dan padat sahaja. Zaman yang kita diami rupanya mencorakkan diri kita tanpa kita sedar. Sedikit sebanyak ianya mempengaruhi cara kita berfikir dan tindakan kita. Dunia hari ini sangat pantas! Jika kita tidak mengikuti arus, nescaya kita akan ketinggalan. Begitu juga dalam hal mendidik anak-anak. Anak-anak adalah hadiah daripada Allah melalui asbab pernikahan. Alhamdulillah, dalam usia perkahwinan yang bakal menghampiri 12 tahun, Allah mengurniakan 3 orang cahaya mata kepadaku dan suami. Nafisah Amani, Abdullah Zikri dan Muhammad Furqan nama diberi. Masing-masing sudah berusia 9, 7 dan 5 tahun. Masha Allah, pelbagai ragam yang mereka tunjukkan kepada ka...

Satu Tahun

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah oksigen masih bisa dihela, karbon dioksida masih bisa dihembus, dengan izinNya. Alhamdulillah semoga mati kita di dalam Iman dan Islam serta mati di dalam perjuangan menegakkan syari'atullah. Satu tahun yang lalu, aku masih berdua bersama Zauji. Satu tahun hari ini, kami sudah bertiga, alhamdulillah syukur tiada terhingga. Bertiga bermakna bertambah amanah dan tanggungjawab. Mahu menjadi seorang isteri dan ummi solehah di samping tidak meninggalkan amanah kepada masyarakat. Amani bertudung =)   Rehlah di Pantai Merdeka Jaulah ke Gua Kelam, Perlis Kelam-kabut agak sinonim dengan status seorang ibu muda. Namun, kelam-kabut itu sebenarnya boleh dikawal jika kita bijak mendisiplinkan diri dengan 24 jam sehari yang dipinjamkan kepada kita. Terdapat seorang ibu muda yang tampil menghasilkan sebuah e-book yang menjadi pencetus kepada penyusunan masa yang efektif kepada keluarga dan diri sendiri. Masa untuk luar rutin (non...

Jaga-jaga Fitnah Siber

Bismillahi walhamdulillah Nampaknya sudah bersawang benar LTC saya ini. Hmm, impak FB dan kini Instagram pula \0/ Alhamdulillah'ala kulli ni'mah. Our Amani turns 9mo today! Terima kasih ya Allah atas amanah ini. Bantulah kami mencorakkan anakanda kami menjadi hambaMu yang solehah, mendukung syari'atMu. **Fitnah Siber** Sejak meletupnya Zaman FB pada awal 2012, saya juga turut tidak ketinggalan menyertai facebookers yang lain. Pada awalnya agak janggal, melihat semua orang bercerita hal peribadi yang sepatutnya hanya disimpan dalam kotak diari masing-masing. Namun, generasi Y dan Z tidak begitu. Ternyata, Zuckerberg telah berjaya meracuni kita semua untuk terus ketagihan ber'alam maya'. Saya kemudian perasan gejala 'Selfie' pula melanda dan menjadi-jadi pada lewat 2013 jika tak salah saya. Mungkin lebih awal kerana saya juga jenis yang ketinggalan train :p Ber'selfie' sekarang bukan lagi satu kepelikan tetapi satu kebanggaan? Al...

Ahlan Wasahlan Nafisah Amani ^_^

Bismillahi walhamdulillah 14 Rejab 1435H Nafisah Amani, nama yang diilhamkan Allah kepada Abi tika menunggu Ummi di bilik menunggu dewan bersalin. Semoga anak Ummi dan Abi bisa mencontohi Sayyidah Nafisah r.anha yang merupakan puteri Hasan al-Anwar bin Zaid bin Hasan bin Ali dan Sayyidah Fathimah az-Zahra', puteri Rasulullah s.a.w. Catatan Ummi hari ini dan insyaAllah selepas ini mungkin ringkas dan pendek tetapi Ummi mahu ianya bermanfaat kepada sesiapa yang membaca. Ummi mentinta buat tatapan Ummi di kala Ummi sudah di usia senja mungkin biiznillah, agar Ummi dapat menyelak kembali catatan kelahiran puteri sulung Ummi dan Abi ini.  Kelahiranmu adalah satu anugerah, rahmat dan detik yang ditunggu-tunggu oleh Ummi dan Abi sayangku. Saat Allah mengirimkanmu dan meletakkanmu di dalam rahim Ummi, Ummi tahu Allah Yang Maha Pengasih mendengar doa Ummi yang banyak dosa ini. Allah mengurniakan zuriat kepada Ummi dan Abi pada usia 1 tahun lebih pernikahan kami, Alhamdulill...

When I miss my Mujahids and Mujahidahs..

Bismillahi walhamdulillah It's Friday today! Don't forget to do plenty of Solawah and read Al-Kahf! Don't let your time flies with no benefits and without practice the sunnah. Sometimes you feel hard to practice but bear in your mind that you are doing virtues and definitely you will be rewarded by Allah for it. Have faith on it my brothers and sisters!  Scrolling down the faces of my nieces and nephews on my father's FB threw me to my Juliana's. I smiled and thanked Allah for bringing me chances to see, laugh and enjoy every moment with my love. Abah and Mak were the most and very important persons for 9 of us. Their sacrifices will never be paid forever, only Allah can reward all their kindness and sacrifices to their child and grandchild. My first brother, Faidz was doing well in his study and career. Alhamdulillah he got married to a beautiful lady, Shida and was granted an adorable daughter, Humaira. Humaira looks alike her father or so called ...

Diari Ummi

Bismillahi walhamdulillah Ummi kini sudah berada pada 32 minggu dan 6 hari kehamilan. Subhanallah, Tabarokallah! Seakan tak percaya rasanya, seolah baru semalam Ummi baru saja mengetahui bahawa Ummi hamil! Fasa sekarang adalah fasa yang mencorak pelbagai rasa dalam diri Ummi; rasa tidak sabar bertemu anak Ummi ni dan dalam masa yang sama rasa gementar dan takut juga dalam menghadapi proses bersalin nanti. Allahu yusahhil! Persiapan mental dan fizikal harus disiapkan semantapnya. Ummi telah membaca perkongsian perjalanan kelahiran daripada sahabat-sahabat dan rakan-rakan Ummi. Masha Allah banyak manfaat yang Ummi peroleh sementelahan ini adalah kali pertama pengalaman Ummi hamil. Ada cerita positif dan ada cerita negatif. Ummi membaca semuanya dan Ummi cuba mengambil daripada sisi positifnya insyaAllah. Di dalam bacaan Ummi tentang Gentle Birth, seeloknya ibu yang hamil membayangkan gambaran yang positif sahaja agar emosi si ibu sentiasa dalam keadaan tenang, relaks dan nyaman ...

Pembuka Tirai 2014

Bismillahi walhamdulillah Lama sungguh tidak mentinta di laman LC. Kurangnya membaca menjadi salah satu asbab tumpulnya idea untuk menulis, oh betapa menurunnya graf membaca sekarang :( Alhamdulillah fasa kehamilan sudah beranjak ke minggu 30. Subhanallah, pantasnya masa berlalu! Jika kita tidak menjadi orang yang menghargai masa, maka rugilah kita :( 2013 sudah berlalu meninggalkan kita. Bagaimana pencapaian kehidupan yang dilalui sepanjang tahun lepas? Bagaimana tingkatan IMAN dan AMAL kita? Jawapannya berada di dalam kocek masing-masing; semak, nilai dan berilah markah masing-masing, termasuklah diri saya sendiri. Jan 2014 dan Ulangtahun Pernikahan ke-2 Alhamdulillah, sudah 2 tahun rupanya diri ini menjadi suri kepada Zauji. Subhanallah! Tabarokallah! Semoga Allah menerima segala amal ibadah saya dalam menunaikan amanah-Nya selain sebagai hamba Allah, juga sebagai seorang isteri. Masih terlalu banyak perkara yang harus dipelajari tambahan dalam mempersiapkan...

Harga Yang Harus Dibayar

Bismillahi walhamdulillah Waktu kian berlalu. Minggu merangkak laju. Pelbagai 'hadiah' telah ku terima sejak akhir-akhir ini, hadiah normal buat seorang bakal ibu. 'ala kulli hal, aku bersyukur kepada Allah, sesakit aku tidaklah sampai perlu menyusahkan orang lain dan inilah yang acap kali aku minta daripada Dia.  Awal kehamilan sememangnya mengujakan diriku, iyalah kerana inilah impian kami untuk memiliki zuriat sendiri, alhamdulillah. Dan sememangnya detik-detik kehamilan banyak sekali mengajarku erti sebuah SABAR, POSITIF dan KUAT untuk meneruskan kehamilan ini biiznillah. Betapa hebatnya Yang Maha Pencipta, tidak semudah ABC kehamilan itu dilalui oleh setiap bakal ibu dan para ibu tetapi kehamilan itu disertakan dengan ujian-ujian kecil agar si ibu bisa mempersiapkan dirinya untuk menerima ujian amanah si kecil yang jauh lagi mencabar. Allahu Akbar!! Saban hari, aku sering mengingatkan diri sendiri bahawa Allah bersamaku. Aku harus kuat dan tidak boleh lemah d...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...

Eid Mubarak dan Amanah

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah pada hari ini. Rasa seperti 'baru hidup' dek hampir 2 minggu lemah longlai dan tidak dapat menunaikan segala kewajipan dengan sebaiknya. Astaghfirullah'ala kulli zanbin.. Lama sangat tidak menjenguk dunia blog, gembira membaca perkembangan sahabat-sahabat; baik yang bakal bergelar ibu, baru bergelar ibu, sedang bertungkus lumus dengan PhD dll. Namun begitu, berita saudara-saudara Mesirku tidak akan dilupakan. Betapa kerdilnya diri ini jika mahu dibandingkan dengan kentalnya semangat jihad mereka. Allahu.. Ramadhan sudah pun berlalu. Setelah lama tidak ke rumah Allah, alhamdulillah diizinkan-Nya untuk sujud di dalam Masjid Al-Huda Kelang Lama, masjid saban hari saya dan suami bertarawikh. Allahu..perasaan rindu kepada Ramadhan tidak dapat diungkapkan. Benarlah Ramadhan pasti berlalu tetapi Tuhan Ramadhan sentiasa ada, sentisa menunggu hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas beri...

Terima Kasih Zauji..

Bismillahi walhamdulillah Manusia sentiasa terkenang pada masa silam sedangkan masa silam adalah suatu masa yang ditinggalkan. Astaghfirullah..semoga Allah menjauhkan kita daripada tipu daya syaitan yang sentiasa menyilaukan pandangan dan membisikkan kesesatan. Melayari bahtera rumah tangga menuntut kesabaran dan toleransi yang tinggi di antara suami dan isteri. Apabila badai menghempas bahtera kami, harus ada strategi bagi menghadapinya. Adakah perlu berpindah bahtera atau pun bertahan sahaja di dalamnya?  Wanita atau isteri umumnya memiliki Emotional yang tinggi berbanding lelaki atau suami. Apabila berhadapan dengan masalah, selalu sahaja panik dan tenggelam punca. Maka si suami datang menghulurkan bantuan, memberikan buah fikiran yang bernas dan cuba menyelesaikan masalah itu dengan strateginya yang bijak dan mudah difahami. Subhanallah, Maha Suci Allah yang melengkapkan hidup suami dan isteri dengan kelebihan masing-masing. Kadang-kadang ombak yang menghempas ...

Revisit|Ramadhan di Shah Alam

Bismillahi walhamdulillah Jumaat kedua Ramadhan. Sudah separuh hari usia Ramadhan 1433H. Meninggalkan Zauji dengan keizinan beliau kadangkala menerbitkan rasa rindu di hati ini. Bersahur apakah beliau? Iftar bersama siapakah beliau? Zauji, semoga Allah sentiasa menjagamu untukku. Shah Alam. Tidak menyangka Ramadhan tahun ini diizinkan Allah menjejakkan kaki ke Rumah Cinta di Bandar Dalam Taman ini. Subhanallah! Tabarokallah! Bersama adik sparring saya, kami menghabiskan dua hari Ramadhan kami di Shah Alam, Alhamdulillah..Cuma tahun ini, hanya kami berdua, teman backpackers Amirah dan Yard tidak dapat bersama dalam Kembara Ramadhan tahun ini. Namun begitu, kenangan bersama mereka tidak mungkin dapat dipadamkan dalam kotak memori kami. Siang hari kami bersenang-lenang di Perbandaran Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Alhamdulillah tidak terkata nikmatnya, tidak tergambar keseronokannya. Atmosferanya yang tenang dan mendamaikan menyuntik semangat saya untuk menyantuni ju...

Abah dan Mak; Titipan Allah Paling Istimewa

Bismillahi walhamdulillah Mata enggan dipejam, mahu bermuhasabah malam ini. Layar minda terarah ke wajah Abah dan Mak, anugerah Allah yang paling istimewa dalam hidupku dan adik-adik. Menatap wajah Abah dan Mak, rasa seperti hilang segala masalah, rasa aman dan selamat, rasa tenang. Perasaan ini pastinya tidak akan hilang, walaupun umurku dipanjangkan ke angka 30 tahun, 40 tahun dan wallahu a'lam sampai kapan pun usiaku, perasaan damai ini akan bernada sama, insyaAllah. Abah dan Mak, tidak terbendung rasa sayu di hati apabila mengenangkan segala pengorbananmu kepada kami. Kini aku sudah bergelar seorang isteri, sudah punya keluarga kecil sendiri namun kasih Abah dan Mak tidak pernah berkurang sedikit pun. Anak sulung mereka yang sudah pun berusia 26 tahun, sudah berkahwin tetapi masih dilayan seperti anak sulung mereka yang masih kecil, seperti 26 tahun yang dahulu. Allahu Allah.. Tika kepulanganku ke Juliana tempoh hari, Abah dan Mak menyambutku hangat, persis z...

|Edensor dan Enigma|

Sebulan Edensor (buah tangan ketiga Andrea Hirata selepas Sang Pemimpi) berada di tangan saya. Dipesan kepada Si Arai saya yang kedua, Hajrun yang kini sedang menikmati mimpi usia remajanya di Misra, tanah gedung ilmu juga Ardhul Kinanah yang saban lama saya juga rinduinya. Ah, sungguh saya dengki tahap 100 darjah Celcius! Saya masih lagi mengingati ucap-kata semangat Si Arai nombor satu merangkap Adik Burung Kiwi saya, “Bacalah Edensor, serius best! Super best!” Oh, sudah lama sekali beliau menggesa saya untuk menikmati Edensor, namun baru hari ini dapat saya mengkulitinya. Terus laju saya menteks kepada beliau akan tamatnya pengembaraan saya bersama Edensor. Terkagum-kagum saya dengan Andrea Hirata (AH). Jika dapat saya bertemu dengannya, ingin saya mengucap tahniah, tidak tahu bagaimana mahu merakam apresiasi saya kepada beliau. Patutlah, Si Arai 1 dan Si Arai 2 saya tak habis-habis keterujaan mereka dengan Edensor, dan saya juga pada hari ini turut mengakuinya! Sa...

Menginjak Tanah Serambi Makkah

Bismillahi walhamdulillah "Nekadnya Fizah!" housemate-ku menyuarakan rasa kehairanan apabila keputusan adhoc dan sedikit 'gila' mungkin aku ambil pada hari Sabtu petang yang lalu. Aku hanya senyum. "Kite nak gamble je ni, kalau ada tiket, kite pegi lah Kelantan, kalau xde, kite balik rumah.." selamba aku menjawab. Selepas Asar, aku memulakan langkah ke Mid Valley, mencari sedikit buah tangan buat bakal pengantin. Bismillah, ya Allah perkenankanlah segala perjalananku pada hari ini. Rupanya best juga meronggeng seorang diri ini, rasa bebas! Alhamdulillah.. Wajah-wajah ikon 'backpackers' menyinggah di tubir mata. Seakan merasakan mereka turut bersamaku dalam pengembaraan soloku ini. Benarlah apa yang kalian katakan, menjadi seorang backpacker amat mengujakan dan mengghairahkan! Diri terasa benar-benar seorang musafir, menterjemahkan nilai pemusafiran sebenar di dunia fana ini. Menikmati ayat-ayat manzhuroh-Nya (adik burung kiwi, 2...