Posts

Showing posts from July, 2012

Kembali Ke Medan Tempur

Bismillahi walhamdulillah
9 Ramadhan 1433H. Pagi yang indah di bumi perjuangan Petaling Jaya. Alhamdulillah biiznillah, dengan izin Allah aku kembali ke medan tempur ini. Kembali menyambung perjuangan yang tiada noktah, perjuangan sehingga ke liang lahad insyaAllah.
Kuala Lumpur tetap sama, seperti yang aku tinggalkan sebelum Ramadhan. Malamnya masih dilihat sibuk, kereta-kereta masih melingkar di atas jalan raya sedangkan solat sunat tarawikh sedang berlangsung di masjid-masjid dan surau-surau. Di mana Ramadhan mereka?
Oh bukan mahu skeptikal kepada marhaen Kuala Lumpur, mungkin mereka mengerjakan ibadah itu di rumah. Ya dan soal ibadah adalah antara mereka dan Allah. Namun tidak dinafikan, rumah-rumah Allah di jantung kota ini tetap meriah dengan pesta ibadah di bulan yang penuh keberkatan, penuh kemuliaan ini.
Permusafiran Kulim-Kajang semalam memberi ruang kepada diri ini untuk bermuhasabah dan mengaudit diri terhadap segala amal ibadah dan perilaku sepanjang berada di dalam Ramadhan …

Jumm'ah dan Prof Muhaya

Image
Bismillahi walhamdulillah
7 Ramadhan 1433H. Jumm’ah mubarakah! Jumaat pertama Ramadhan. Alhamdulillah Allah masih memberikanku kesempatan berada di dalam bulannya yang penuh mulia, bulan yang penuh dengan tawaran dan bonus seperti kata Al-Fadhil Ustaz Syed Kadir Al-Jofree di dalam “Nasi Lemak Kopi O” pagi tadi.
Hamdan Lillah hari ini berkesempatan ikut Zauji ke Masjid Al-Huda Kelang Lama, rumah Allah yang menjadi saksi sujudku sepanjang Ramadhan tahun ini. Hari ini rasa sangat syahdu dan tenang sekali dan rasanya inilah ketenangan yang selama ini aku dambakan. Alhamdulillah Ya Allah, Engkau campakkan jua sakinah yang saban waktu aku memintanya Ya Allah..Lantunan bacaan Surah As-Sajadah dan Surah Insan oleh imam semasa Solat Subuh pagi tadi amat menyentuh hatiku, serasa hati yang kotor ini baru merasai siraman cahaya Nur Kalamullah..Allahu Allah..
Sesungguhnya ketenangan ini, kedamaian ini dan kebahagiaan jiwa ini yang aku cari, yang aku dambakan. Sedangkan Ramadhan sudah hampir seminggu …

Ramadhan di Daerah Hi-Tech

Bismillahi walhamdulillah
5 Ramadhan 1433H. Subhanallah, cepat sungguh hari-hari yang berlalu di dalam bulan-Mu yang mulia ini. Bagaimana Ramadhanku? Allahu Allah..terasa banyak sekali masa yang dibazirkan dan dibuang begitu sahaja. Astaghfirullah, ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah..
Ramadhanku tahun ini ku lalui di daerah Hi-Tech, di negeri tercinta Kedah. Hamdan Lillah atas kurniaan-Nya, dapat merasai saat-saat Ramadhan bersama Zauji. Namun begitu jauh di sudut hati, kerinduan Ramadhan bersama teman-teman seperjuangan tidak dapat disembunyikan. Serasa mahu kembali ke zaman bujangan juga zaman kampus suatu ketika dahulu.
Astaghfirullah..apakah aku telah menjadi insan yang tidak bersyukur? Sentiasa mengenangkan masa lalu walhal kini statusku adalah seorang isteri yang wajib berkhidmat untuk suaminya. Hal ini yang saban hari aku ingatkan kepada diri sendiri. Ya, mungkin dalam tempoh 5 bulan bernikah, hampir sebulan aku benar-benar berada di samping suami. Baru merasai bagaimana menguruskan m…

An Amateur Housewife

Image
Bismillahi walhamdulillah
Lokasi: Baiti Jannati (Techo Kulim) Jawatan: Surirumah sepenuh masa
Alhamdulillah, sudah masuk hari keempat mendiami Baiti Jannati kami. Proses adaptasi nampaknya semakin terkawal dan sedikit demi sedikit dapat menarik nafas lega. Walau bagaimana pun, masih banyak kelengkapan yang tidak dapat disediakan dalam tempoh seminggu ini. 'ala kulli hal, hamdalah atas apa yang ada, kami tetap bahagia ^_^
Merasai pengalaman menjadi seorang surirumah amatur sepenuh masa amat menguji iman, perasaan dan masa. Hari-hari awal yang dilalui menerbitkan sedikit rasa bosan dek keseorangan sahaja di dalam rumah. Namun cepat-cepat dikuatkan hati bahawa inilah peranan sebenar seorang isteri di sisi suaminya. Bukankah ini saat yang ditunggu-tunggu? Seperti yang dipesan Zauji "Bermujahadahlah..."
Setelah 5 bulan hidup berjauhan, lalu kini Allah mengizinkan aku memainkan peranan sebagai seorang isteri sepenuhnya. Alhamdulillah..lalu di manakah syukurku? Sewajibnya rasa syuku…