Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kembara Ilmu

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...

Perjalanan Belum Berakhir

Bismillahi walhamdulillah Berat rupanya menyarungkan jersi Sarjana ini. Jika ditanya perasaan kala ini, tiada jawapan solid yang boleh diberikan. Amanah seorang penuntut ilmu sangat berat, malah teramat berat dalam mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyebarkannya.  Esok adalah harinya. Ya hari yang amat disyukuri oleh kami semua, para graduan Universiti Malaya. Klisenya, pasti hari esok umpama layar perak yang memainkan segala suka duka kami tika bergelar seorang pelajar di UM. Alhamdulillah sebaik-baik ucapan. Saya sesungguhnya tidak akan mampu untuk melalui perjalanan penuh warna warni ini tanpa sokongan yang tidak berbelah bagi daripada rakan-rakan dan para pensyarah saya. Semoga rahmat Allah terlimpah buat kalian! Dunia mahasiswa amat menenangkan hati saya. Tidak perlu terikat dengan big boss atau mana-mana peraturan pekerjaan. Bebas ke mana sahaja menemui rakan-rakan dan pensyarah. Bebas untuk beraktivisme, berziarah, berusrah, beriadah dan 'melancong...

Revisit|Ramadhan di Shah Alam

Bismillahi walhamdulillah Jumaat kedua Ramadhan. Sudah separuh hari usia Ramadhan 1433H. Meninggalkan Zauji dengan keizinan beliau kadangkala menerbitkan rasa rindu di hati ini. Bersahur apakah beliau? Iftar bersama siapakah beliau? Zauji, semoga Allah sentiasa menjagamu untukku. Shah Alam. Tidak menyangka Ramadhan tahun ini diizinkan Allah menjejakkan kaki ke Rumah Cinta di Bandar Dalam Taman ini. Subhanallah! Tabarokallah! Bersama adik sparring saya, kami menghabiskan dua hari Ramadhan kami di Shah Alam, Alhamdulillah..Cuma tahun ini, hanya kami berdua, teman backpackers Amirah dan Yard tidak dapat bersama dalam Kembara Ramadhan tahun ini. Namun begitu, kenangan bersama mereka tidak mungkin dapat dipadamkan dalam kotak memori kami. Siang hari kami bersenang-lenang di Perbandaran Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Alhamdulillah tidak terkata nikmatnya, tidak tergambar keseronokannya. Atmosferanya yang tenang dan mendamaikan menyuntik semangat saya untuk menyantuni ju...

|Edensor dan Enigma|

Sebulan Edensor (buah tangan ketiga Andrea Hirata selepas Sang Pemimpi) berada di tangan saya. Dipesan kepada Si Arai saya yang kedua, Hajrun yang kini sedang menikmati mimpi usia remajanya di Misra, tanah gedung ilmu juga Ardhul Kinanah yang saban lama saya juga rinduinya. Ah, sungguh saya dengki tahap 100 darjah Celcius! Saya masih lagi mengingati ucap-kata semangat Si Arai nombor satu merangkap Adik Burung Kiwi saya, “Bacalah Edensor, serius best! Super best!” Oh, sudah lama sekali beliau menggesa saya untuk menikmati Edensor, namun baru hari ini dapat saya mengkulitinya. Terus laju saya menteks kepada beliau akan tamatnya pengembaraan saya bersama Edensor. Terkagum-kagum saya dengan Andrea Hirata (AH). Jika dapat saya bertemu dengannya, ingin saya mengucap tahniah, tidak tahu bagaimana mahu merakam apresiasi saya kepada beliau. Patutlah, Si Arai 1 dan Si Arai 2 saya tak habis-habis keterujaan mereka dengan Edensor, dan saya juga pada hari ini turut mengakuinya! Sa...

Menginjak Tanah Serambi Makkah

Bismillahi walhamdulillah "Nekadnya Fizah!" housemate-ku menyuarakan rasa kehairanan apabila keputusan adhoc dan sedikit 'gila' mungkin aku ambil pada hari Sabtu petang yang lalu. Aku hanya senyum. "Kite nak gamble je ni, kalau ada tiket, kite pegi lah Kelantan, kalau xde, kite balik rumah.." selamba aku menjawab. Selepas Asar, aku memulakan langkah ke Mid Valley, mencari sedikit buah tangan buat bakal pengantin. Bismillah, ya Allah perkenankanlah segala perjalananku pada hari ini. Rupanya best juga meronggeng seorang diri ini, rasa bebas! Alhamdulillah.. Wajah-wajah ikon 'backpackers' menyinggah di tubir mata. Seakan merasakan mereka turut bersamaku dalam pengembaraan soloku ini. Benarlah apa yang kalian katakan, menjadi seorang backpacker amat mengujakan dan mengghairahkan! Diri terasa benar-benar seorang musafir, menterjemahkan nilai pemusafiran sebenar di dunia fana ini. Menikmati ayat-ayat manzhuroh-Nya (adik burung kiwi, 2...

Manifestasi Syukur dan Najah

Bismillahi walhamdulillah Lafazkan kalimah syukur..lafazkan Alhamdulillah.. Alhamdulillah, mudah dilafaz di bibir tetapi sejauh mana manifestasinya di dalam kehidupan kita? Keputusan SPM baru sahaja diumumkan semalam. Alhamdulillah gembira dengan pencapaian membanggakan daripada adik-adik semua. Tahniah! Teruskan kecemerlangan itu sampai bila-bila. Dalam kegembiraan meraikan kejayaan cemerlang straight A+, ada juga segelintir teman-teman kita yang mungkin terkandas atau juga diuji dengan keputusan yang kurang memberangsangkan. Tidak mengapa, usah bermuram durja, bersedih keterlaluan kerana SPM bukanlah penentu segala-galanya. Tidak dinafikan SPM merupakan ‘tiket’ ke menara gading kerana jika keputusan SPM anda cemerlang, maka cerahlah peluang anda ke menara gading dengan kursus yang diidam-idamkan. Jika keputusan tidak memberangsangkan, ayuh koreksi diri semula. Mungkin ada kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Mungkin cara studi yang tidak menyengat, tidak faha...

Kampung Halaman

Bismillahi walhamdulillah Agak janggal 'mengenakan' tajuk entryku kali ini. Mungkin mode 'Kampung Halaman' sedang mendominasi kini. Alhamdulillah aku masih diizinkan Allah menghirup udara di desaku, merasai hembusan angin panas dan menikmati lambaian sawah padi di daerah utara ini. Walaupun dua minggu lalu sudah pulang ke kampung halaman, kali ini menapak kembali atas beberapa urusan yang harus dibereskan. Mencari ilham. Mencari kekuatan. Ya Allah, kurniakan hamba-Mu kekuatan. Melihat wajah Abah, Mak dan adik-adik membuatkan aku gembira dan tenang. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan sebuah keluarga pendamai jiwa, pententeram hati. Acapkali terfikir bagaimana jika aku sudah berkeluarga sendiri nanti? Pastinya usrah sakinah, mahabbah wa rahmah yang diidamkan, insya-Allah. Terlalu panjang angan. Realiti di hadapan masih jauh harus ditempuh. Tangga Master tidak sampai sepertiga didaki. Cita-cita dan impian harus dibumikan! Usah berangan jika tidak ada tanggungjawaban! ...

Tanyalah Tuhanmu

Bait-bait lagu "Cahaya Hati" nyanyian Opick ini terasa menusuk terus ke tangkai hatiku kala ini. Allah sangat dekat, amat dekat daripada urat nadi kita sendiri. Ya Allahu Ya Rahman, Ya Ghafur, Ya Rahim.. Ya, ada rasa sedih hari ini, semua kerja semacam tidak keruan. Allah..hitamkah hatiku? Dalam tidak sedar aku lalai kepada-Mu. Semua makhluk bersujud kepada-Mu.. Tuhanku, di kala ini kesepian menemaniku. Hidup di negeri orang kadang kala menjadikan aku tidak betah, berpura-pura nampak kental dan kuat walhal hanya Engkau Yang Maha Mengetahui kerdilnya aku, kecilnya aku, lemahnya aku.. Dahulu, kehidupanku sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang. Jika hati tidak tenteram, jiwa mula kacau, tazkirah berhikmah aku minta daripada sahabat-sahabat dan kedua orang tuaku. Subhanallah, syukurku tidak terhingga kerana diberikan izin dan nikmat berdampingan dengan insan soleh solehah dalam hidupku. Mungkin aku terlalu tamak Ya Tuhan. Tamak sehingga tidak memikirkan satu saat nanti aku ba...

Mengemudi Bahtera MEc

Bismillahi walhamdulillah, Syukran Lillah perjalananku sehingga hari ini masih dipermudahkan Allah, terus-terusan berdoa semoga Dia sentiasa memudahkan kembara ini sehingga ke penghujungnya. Kedatangan teman baik ke mahligaiku amat-amat menggembirakan, do come again ya Humm ^^, Kemudiannya ke KLCC sebentar, menjenguk Taman KLCC yang bakal diterjah oleh 'kami' minggu depan! Tidak sabar menanti hari itu dan semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Dua perkara UTAMA dan BESAR yang sangat-sangat saya hargai sekarang iaitu MASA dan WANG! Adakah saya mata duitan? Oh, tidak walaupun kadang-kadang dalam situasi tertentu saya harus berkata YA =) Masa amat dan terlalu cepat berlalu, dan pesan Abah, DAHULUILAH MASA ! Wang pula mengalir laju seperti air dan pesan Abah, CARILAH SCHOLARSHIP (^_^) Satu perkara lagi yang dipelajari; kemudilah bahtera yang besar bukannya bahtera yang kecil kerana apabila kita mengemudi bahtera yang besar, kita tidak akan menghiraukan ombak-ombak kecil yang m...

My First Week in PJ!

Bismillahi walhamdulillah.. Biiznillah, 27 Disember aku berjaya menjejakkan kaki di bumi Petaling Jaya. Dunia baru aku. Banyak sekali yang hendak diterokai. Doa dipanjat, moga segalanya dipermudahkan Ilahi. Jazakumullahu khairan jaza’ buat ayahanda dan bonda, yang tidak dapat ku balas segala jasa mereka hingga akhir hayatku. Segala keperluan dan kemudahan anak mereka yang sulung ini dipenuhi dengan sebaiknya, malah lebih daripada cukup. Subhanallah, moga nikmat kemudahan yang dipinjamkan Allah ini tidak menjadikan aku insan yang lalai kepada-Nya, na’uzubillah! Memulakan langkah pada hari pertama- Jam 2.30 petang aku ke taklimat bagi fakultiku; Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. My first impression-sedikit terkejut kerana rata-rata pelajar yang menyambung pengajian dalam bidangku adalah terdiri daripada Chinese, Indians dan juga international students. Oh, satu cabaran bagiku! Environment Degree yang dikelilingi dengan rakan-rakan Muslim sahaja membuatkan aku berada dalam keadaan se...

Syria, Tunggu Kedatanganku!

Bumi indah yang kaya dengan tinggalan sejarah, Syria yang turut terkenal dengan jolokan “Bumi Anbia” mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Syria dilingkungi negara-negara Arab popular lain. Sisi timurnya ialah Negara Turki, sisi baratnya Palestin, selain bersebelahan dengan Iraq dan Jordan. Syria terdiri dari dataran tinggi kering, meskipun bahagian barat lautnya yang bersempadan dengan Laut Tengah cukup hijau. Sungai Furat, sungai paling penting di Syria, melintasi negara ini di bahagian timur. Negara ini adalah satu dari lima belas negara yang dianggap sebagai "tempat bermulanya tamadun" (cradle of civilization). Selain kaya dengan aspek sejarah, Syria turut terkenal dengan keunikan seni binanya. Sesiapa yang pernah sampai ke sana pasti mengakui binaannya sukar ditandingi kepakarannya. Meskipun berusia ratusan tahun, binaannya masih teguh malah menjadi lokasi berlangsungnya acara istimewa. Bukan sahaja kaya sejarah, nyata bangunannya sangat unik dan menarik...