Posts

Showing posts from December, 2012

Terima Kasih Zauji..

Bismillahi walhamdulillah
Manusia sentiasa terkenang pada masa silam sedangkan masa silam adalah suatu masa yang ditinggalkan. Astaghfirullah..semoga Allah menjauhkan kita daripada tipu daya syaitan yang sentiasa menyilaukan pandangan dan membisikkan kesesatan.
Melayari bahtera rumah tangga menuntut kesabaran dan toleransi yang tinggi di antara suami dan isteri. Apabila badai menghempas bahtera kami, harus ada strategi bagi menghadapinya. Adakah perlu berpindah bahtera atau pun bertahan sahaja di dalamnya? 
Wanita atau isteri umumnya memiliki Emotional yang tinggi berbanding lelaki atau suami. Apabila berhadapan dengan masalah, selalu sahaja panik dan tenggelam punca. Maka si suami datang menghulurkan bantuan, memberikan buah fikiran yang bernas dan cuba menyelesaikan masalah itu dengan strateginya yang bijak dan mudah difahami. Subhanallah, Maha Suci Allah yang melengkapkan hidup suami dan isteri dengan kelebihan masing-masing.
Kadang-kadang ombak yang menghempas kecil sahaja, jadi kami …

Pensyarah dan Gaji

Bismillahi walhamdulillah
Alhamdulillah atas nikmat Iman, Islam dan Seehah daripada Allah Ar-Rahim. Alhamdulillah atas nikmat pernikahan yang sudah pun berusia 10 bulan semalam. Zauji membelikan 'Satay Kulim Style' sebagai meraikan ulang tahun pernikahan kami, syukran Zauji! ^_^
Khabar adindaku, Masyitah yang bakal melangsungkan pernikahannya pada Februari tahun depan amat disyukuri. Beliau telah diterima menjadi pensyarah sambilan di UiTM Merbok, Kedah. Mabruk! Berkhidmatlah dengan sebaik mungkin, niatkan di hati bahawa mengajar juga adalah ibadah dan mengajarlah untuk memanusiakan manusia. Terimbau kenanganku menjadi pensyarah sambilan di UiTM Arau dahulu dan kini anak-anak didikku telah pun tamat pengajian Diploma mereka, Alhamdulillah..
Aku sebenarnya tidak gemar untuk membandingkan nilai gaji yang diterima di sesebuah universiti dengan universiti yang lain. Prinsip aku, bekerjalah walau di mana sahaja dengan bersungguh-sungguh dengan tidak mengabaikan misi utama dalam pekerj…