Posts

Showing posts from October, 2010

Menjadi Lebih Berani

Image

Jaulah ke Pulau Mutiara

Image
Bismillahi walhamdulillah

Salam Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari, hari Jumaat yang mulia.

Sedikit perkongsian buat para pembaca "Leading The Change", moga yang baik dapat diambil untuk manfaat bersama.

:: UiTM Pulau Pinang::

Pagi kelmarin (Khamis), aku menyatakan kepada Abah, aku ingin memohon jawatan pensyarah DM45 di UiTM Pulau Pinang. Aku bersama dengan dua orang rakanku yang lain. Abah nampak gembira dan menyokongku, Alhamdulillah. Lalu, dia memberikan idea untuk menghantar borang permohonanku by hand di UiTM Pulau Pinang. Means, kami akan ke sana, UiTM Pulau Pinang!

Itulah Abah, sentiasa bersemangat dalam apa jua pekerjaannya, dan semangat beliaulah yang mengkagumkan aku. Menyandang tugas sebagai seorang pensyarah sambilan ini mendekatkan aku dengan profesion Abah, Abah sebagai seorang pensyarah selama 26 tahun, Masya-Allah! Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada Abah dalam mencurahkan ilmu dan baktinya kepada anak bangsa, kepada pelapis kepimpinan masa hadapan, i…

Bingkisan Kisah Miss Hafizah

Image
Bismillahi walhamdulillah
Masa amat pantas berlalu. Sedar tak sedar kontrakku sebagai Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa hampir tamat tidak lama lagi, Subhanallah! Macam tak percaya pun ada, masih terkenang hari pertamaku di UiTM Perlis. Sebelum melangkahkan kaki ke kelas, doa dibaca, mohon urusan mengajarku dipermudahkan-Nya. Macam-macam perasaan pada minggu pertama mengajar, maklumlah 'first experience', sudah tentu rasa cuak dan serba tak kena. Alhamdulillah, mak dan abah banyak membantu, rakan-rakan pensyarah dan pensyarah senior juga tidak lokek mencurahkan ilmu dan yang utamanya pertolongan mutlak adalah daripada Allah, Tuhan teragungku, syukran Ya Allah!
Minggu hadapan adalah 'revision week'. Semua kelas dah off, memberi laluan kepada pelajar-pelajar untuk menumpukan masa, menelaah dan mengulang kaji. Tugasku pula adalah marking test paper yang bertimbun dan mengeluarkan carry marks secepat mungkin. Mohon bantuan-Mu Ya Allah, semoga pekerjaanku dipermudahkan-Nya, ami…

Umat Islam Sentiasa Boleh!!

Pertama kali aku dengar lagu ini dalam satu program di Matrikulasi dahulu..

Sangat nostalgia, sangat memberi kesan, liriknya ringkas sahaja tetapi maknanya begitu halus dan mendalam..

Terbaru, UNIQUE (baca: UNIC) telah menyanyikan kembali lagu ini..dan satu persatu kenangan dan memori di Matrikulasi dahulu kembali memenuhi kotak ingatanku..

Menuju Wawasan Islam Yang Gemilang!

Umat Islam Berhak HEBAT!!

10.10.10

Istimewakah hari ini?

Mungkin dengan susunan nombornya yang cantik, 10.10.10.

Lalu ingin diabadikan tarikh ini pada event-event penting dalam kamus hidup kita, yang pasti manis jika diingatinya.

Mendengar celoteh DJ IKIM pagi tadi, juga membicarakan tarikh ini, tarikh salah seorang rakan DJ IKIM yang melangsungkan perkahwinan beliau pada hari ini. Tahniah diucapkan. Tidak lupa, hari ini juga merupakan hari perkahwinan angkasawan Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya. Dan pastinya hari ini banyak lagi undangan walimah di seluruh Malaysiaku ini. Doa dikirim, semoga pernikahan mereka diberkahi Ilahi.

Berbicara mengenai soal perkahwinan, tidak banyak yang boleh aku perkatakan kerana diri ini masih solo, masih belum punya pengalaman. Akan tetapi kisah-kisah bahagia pernikahan sahabat-sahabat dan teman-teman sedikit sebanyak dapat dijadikan contoh buat diri ini. Tidak lupa, contoh terbaik kita sudah tentu adalah kedua orang tua kita. Mereka terlebih dahulu merasai asam gara…

Sekitar Majlis Konvokesyen Kali Ke-26 IIUM

Image