Skip to main content

Posts

Showing posts with the label IIUM Di Hati

Sekitar Majlis Konvokesyen Kali Ke-26 IIUM

Puja-puji hanya milik Allah, Tuhan Yang Maha Kaya lagi Maha Bijaksana. Alhamdulillah, pada hari yang bersejarah ini, aku telah berjaya bergelar Graduan International Islamic University Malaysia (IIUM) dalam Bachelor of Mathematical Science (Honours). Kulliyyah of Science merupakan kulliyyah terakhir yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda pada hari terakhir Majlis Konvokesyen kali ke-26 ini iaitu pada hari Isnin, 4 Oktober 2010, bersamaan 25 Syawal 1431H. Wajah-wajah yang ceria dan penuh kegembiraan dapat aku lihat pada hari ini dan tidak terkecuali diriku jua. Enam tahun sudah berlalu. Serasa baru semalam aku mendaftarkan diri sebagai mahasiswa IIUM tetapi pada hari ini, di dalam dewan yang sama, Cultural Activity Centre (CAC) Hall, aku menjejakkan kaki di atas pentas utama, menerima penganugerahan yang bermakna daripada pihak universiti. Terima kasih, terima kasih yang tidak terhingga buat semua komiti Majlis Konvokesyen atas segala persiapan dan sambutan istimewa buat kami. ...

Mari Ber' WACANA' lagi di IIUM Kuantan

Anda PEDULI? Jom hadir beramai-ramai di Main Auditorium KOM!

Mahasiswa Menggugat?

Muhammad Abu Bakar (1973) dalam bukunya "Mahasiswa Menggugat" menyatakan, " kegiatan mahasiswa sebelum akta boleh dibahagikan kepada dua, iaitu aktiviti tahun-tahun permulaan (1959-1965) dan aktiviti-aktiviti zaman peralihan" . Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti tahun-tahun permulaan tidak begitu rancak. Kegiatan-kegiatan pada ketika itu hanya bertumpu kepada kegiatan sukan dan derma darah. Hanya pada tahun 1962, mereka mula mengorak langkah mendekati masyarakat dengan projek mengutip derma membina masjid dan badan-badan kebajikan. further reading >> Mahasiswa Menggugat Pada suatu waktu dahulu, suara mahasiswa bisa 'menggugat' kerajaan. Mungkin kayu ukur demonstrasi boleh dibanggakan apabila melalui medan inilah mahasiswa dapat menyatakan hak ...

Semester Akhir

Bismillahi walhamdulillah.. Lama sungguh tak mengupdate Leading The Change ni. Maaf ya, awal minggu semester akhirku dipenuhi dengan ulang-alik ke CTS dan jumpa Kak Maria, gara-gara nak add subject FYP ku. Welcome back to IIUM Kuantan Campus, Hafizah! Subhanallah, dah semester akhir rupanya aku di Taman Ilmu dan Budi ini. Banyak manakah ilmu-ilmu yang sudah ditimba dan diamalkan? Adakah aku menjaga adab-adab dalam menuntut ilmu? Bermuhasabah seketika.. Terlalu banyak peristiwa penting yang terjadi sepanjang minggu lepas. Sudah tentu peristiwa-peristiwa tersebut menginsafkanku dan memberiku pelajaran hidup yang sangat berharga. Thank You Allah! Baru sahaja aku mendapat tahu the cute baby boy, 'Ukasyah, anak kepada Mawaddah dan Hafiz (student UIA) telah dijemput Ilahi petang tadi. Aku mendapat tahu 'Ukasyah tersedak semasa minum susu di nursery. Allahu Rabbi..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah terus memberi ketenangan dan kekuatan kepada keluarga Maw...