Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Islah Nafsi

Saya Sudah Kembali!

Bismillahi walhamdulillah Lama nya saya meninggalkan dunia blog. Saya melihat tarikh akhir blog saya bernyawa ialah pada 3 Disember 2015! Hampir 2 tahun saya membiarkannya dan banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Saya baru-baru ini ter tengok satu drama sinetron Indonesia. Haha kaki drama juga saya ni ya :p. Ada satu dialog yang walaupun bersifat santai tetapi ianya amat bermakna buat saya. Seorang wanita sedang kesedihan kerana baru berpisah dengan suaminya. Dia ditegur oleh seorang pakcik yang menasihatinya dengan kata-kata ini; "hidup ini singkat wahai anak..nikmati hidup dengan gembira kerana hidup hanya sekali sahaja.." Ya, hidup hanya sekali. Hanya sementara. Perasaan sedih, kecewa dan bersifat negatif itu pasti akan singgah dalam hidup kita tetapi bagaimana kita mengawal emosi dan bangkit semula daripada kesedihan dan kegagalan itu adalah paling utama. Jangan biarkan kesedihan membelenggu diri hingga segala pekerjaan terabai. Kita ada Allah y...

Jaga-jaga Fitnah Siber

Bismillahi walhamdulillah Nampaknya sudah bersawang benar LTC saya ini. Hmm, impak FB dan kini Instagram pula \0/ Alhamdulillah'ala kulli ni'mah. Our Amani turns 9mo today! Terima kasih ya Allah atas amanah ini. Bantulah kami mencorakkan anakanda kami menjadi hambaMu yang solehah, mendukung syari'atMu. **Fitnah Siber** Sejak meletupnya Zaman FB pada awal 2012, saya juga turut tidak ketinggalan menyertai facebookers yang lain. Pada awalnya agak janggal, melihat semua orang bercerita hal peribadi yang sepatutnya hanya disimpan dalam kotak diari masing-masing. Namun, generasi Y dan Z tidak begitu. Ternyata, Zuckerberg telah berjaya meracuni kita semua untuk terus ketagihan ber'alam maya'. Saya kemudian perasan gejala 'Selfie' pula melanda dan menjadi-jadi pada lewat 2013 jika tak salah saya. Mungkin lebih awal kerana saya juga jenis yang ketinggalan train :p Ber'selfie' sekarang bukan lagi satu kepelikan tetapi satu kebanggaan? Al...

Perjalanan Belum Berakhir

Bismillahi walhamdulillah Berat rupanya menyarungkan jersi Sarjana ini. Jika ditanya perasaan kala ini, tiada jawapan solid yang boleh diberikan. Amanah seorang penuntut ilmu sangat berat, malah teramat berat dalam mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyebarkannya.  Esok adalah harinya. Ya hari yang amat disyukuri oleh kami semua, para graduan Universiti Malaya. Klisenya, pasti hari esok umpama layar perak yang memainkan segala suka duka kami tika bergelar seorang pelajar di UM. Alhamdulillah sebaik-baik ucapan. Saya sesungguhnya tidak akan mampu untuk melalui perjalanan penuh warna warni ini tanpa sokongan yang tidak berbelah bagi daripada rakan-rakan dan para pensyarah saya. Semoga rahmat Allah terlimpah buat kalian! Dunia mahasiswa amat menenangkan hati saya. Tidak perlu terikat dengan big boss atau mana-mana peraturan pekerjaan. Bebas ke mana sahaja menemui rakan-rakan dan pensyarah. Bebas untuk beraktivisme, berziarah, berusrah, beriadah dan 'melancong...

Kehilangan

Bismillahi walhamdulillah Rakyat Kedah hari ini dikejutkan dengan berita pemergian mantan MB Kedah iaitu Ustaz Azizan Abd Razak pada jam 11.05 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, Kedah. Innilalillahi wainna ilaihi raaji'un. Begitulah akhir perjalanan hidup seorang insan, pasti akan kembali ke pangkuan Tuhannya. Allahu..Ratusan status di FB mengutus takziah atas pemergian almarhum di samping gambar-gambar sekitar pengebumian almarhum juga dimuat naikkan. Sayu sungguh hati ini menatap ramainya yang hadir mengucapkan selamat tinggal kepada beliau. Subhanallah! Hebat dan mulianya seseorang insan itu boleh diukur dengan melihat berduyunnya manusia yang hadir menyolati jenazahnya. Begitulah yang dapat dilihat kepada sosok mulia yang dihormati lagi dikasihi ini.  Sejujurnya saya agak terkilan kerana tidak mengenali almarhum dengan dekat semasa hidupnya. Hanya mengikuti perjuangan dan pimpinan almarhum dari jauh. ...

Back to Basic!

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Nikmat terbesar selepas nikmat Iman dan Islam adalah nikmat Sihat. Syukur infiniti kepada-Nya, badan rasa lebih sihat dan segar hari ini. Namun di sana, banyak kelompangan yang wajib diperbaiki baik dari sudut ibadah, tanggungjawab sebagai isteri, peranan di dalam masyarakat dan melunaskan sedikit lagi urusan Masterku. Apa khabar anakku? Ummi mendoakan kesejahteraan dan kesihatanmu di alam rahim sebagaimana ibu Ummi dahulu mendoakan Ummi. Maafkan Ummi andai kurangnya alunan Al-Quran dan zikrullah buatmu, insyaAllah akan Ummi usahakan untuk saban waktu menjadi makanan rohanimu. Subhanallah, Tabarokallah! Hebatnya Tuhan yang menciptakan kita duhai anakku.. Pujian selamanya buat-Mu Tuhanku, yang tidak pernah jemu mencurahkan nikmat-Mu melimpah ruah walau kami masih malas dalam mengerjakan ibadah kepada-Mu. Allah..lemahnya iman kami..Terima kasih ya Allah, Engkau tidak pernah membiarkanku kesunyian, Engkau mempertem...

Ramadhan Tiba Lagi

Bismillahi walhamdulillah Allah bersumpah dengan MASA , wal-'asr ! Sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian. Benarlah, manusia itu di dalam kerugian jika kita mensia-siakan masa yang dipinjamkan Allah untuk kita. Astaghfirullah'ala kulli zanbin.. Kita kini berada di dalam bulan Sya'ban, empat hari sudah berlalu. Berbaki lebih kurang 26 hari lagi untuk bertemu dengan Ramadhan. Allahu Allah..Bagaimanakah dengan persiapan yang sudah kita lakukan? Apa kata untuk Ramadhan kali ini kita tajdid niat kita untuk mencantikkan lagi amal fardi kita? Jom kita semak checklist di bawah: Solat fardhu di awal waktu Sentiasa dalam keadaan wudhu' Berusaha untuk tahajjud pada setiap hari Banyakkan zikrullah Banyakkan tilawatul Qur'an dan tadabbur Menjaga hati, mata, lidah dan anggota badan yang lain daripada melakukan maksiat (contoh: zina mata, zina hati dll) Bersedekah  Mengeratkan silaturrahim terutama dengan jiran tetangga (contoh: bertukar-tukar jua...

Hanya Sebuah Research Paper

Bismillahi walhamdulillah Hamdalah atas nikmat Iman, Islam, Seehah dan bergelar zaujah selama 1 tahun 1 bulan. Baitul Muslim kami masih lagi bertatih. Masih banyak yang perlu saya perbaiki dan koreksi diri.  Apa khabar Research Paper saya? Sudah masuk semester kedua perjalanan RP saya. Ujian yang silih berganti mengingatkan saya bahawa ilmu Allah terlalu mahal, hanya mampu diraih oleh mereka yang ikhlas dan sabar. Subhanallah! Tabarokallah! Kesabaran harus digandakan. Bak pesan sahabat, "sabar di atas sabar". Subhanallah, indah sekali bait-bait ini. Kadang kala kerenah birokrasi amat menguji iman tetapi cepat-cepat berpesan kepada diri bahawa anda tidak berseorangan mengharung kerenah ini, mereka yang lain juga (baca: researcher) turut berhadapan dengannya. Apa lah sangat ujian yang kecil ini untuk saya..Ramai lagi insan di luar sana yang jauh lebih hebat ujian mereka. Allah menguji seseorang sesuai dengan kadar imannya. Nah hitunglah sekadar mana imanmu? All...

Berdakwah, Bagaimana Mahu Istiqamah?

Bismillahi walhamdulillah Isu DAKWAH sudah tidak asing pada pendengaran kita. Kita pun sudah tahu bahawa dakwah adalah satu kewajipan atas setiap muslim yang mukallaf. Kita pun dah maklum akan dalil berdakwah ni, antaranya di dalam Surah Ali-Imran ayat 104. Tapi...kenapa ya kita susah sangat nak berdakwah? Rasa-rasanya dah banyak kali kita ikut usrah, daurah, wacana itu-ini, mukhayyam dan macam-macam lagi lah program-program tarbiyah ni..tapi last-last tetap fail jugak nak berdakwah. kenapa ya? Hamasah itu sekejap saja tetapi kefahaman itu lah asasnya. Tak dinafikan, time degree dulu, hamasah ni macam tinggi sangat2, tiap-tiap hari bersemangat sangat nak buat kerja Islam. Sampai dalam kelas pun dok fikir pasal gerak kerja Islam ja (macam sibuk sangat lah orang ni kan? hmm..). But once after grad, dah jauh daripada sahabat2, mulalah hamasah tu macam menurun sedikit demi sedikit..na'uzubillah..sepatutnya tidak harus berlaku kepada kita yang sudah menerima tarbiyah sejak a...

Ke Mana Hamasah Itu?

Bismillahi walhamdulillah Masa sesungguhnya amat pantas berlalu, sehingga satu saat pun tidak memberikan peluang kepada orang yang cuai menjaganya. Sem 4 sedang dilalui..dengan bebanan taklifan yang menuntut hak untuk dilunasi. Kala ini hati dan ruh amat merindui sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa di sisi jika nasihat mereka diperlukan. Sahabat-sahabat yang faham dan mengerti, sahabat-sahabat yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi istimewa di hadapan Sang Khaliq. Dan sahabat-sahabat yang tidak pernah jemu meniupkan hamasah kepadaku..agar aku terus teguh berdiri walau beribu ujian dunia membadai menggugah sebatang tubuh kerdil ini. Aku merasakan terlalu banyak alasan yang diberikan di kala Allah mahu memberiku peluang menambah saham pahala untuk perjuangan agama-Nya. Allah..sungguh hamba tidak berdaya Ya Allah..Allah Maha Tahu setinggi mana komitmen hamba dan Engkau Maha Tahu sedalam mana kapasiti hamba..ampunkan hamba-Mu Ya Allah.. Mungkin mereka mengatakan aku...

Kembali Ke Medan Tempur

Bismillahi walhamdulillah 9 Ramadhan 1433H. Pagi yang indah di bumi perjuangan Petaling Jaya. Alhamdulillah biiznillah, dengan izin Allah aku kembali ke medan tempur ini. Kembali menyambung perjuangan yang tiada noktah, perjuangan sehingga ke liang lahad insyaAllah. Kuala Lumpur tetap sama, seperti yang aku tinggalkan sebelum Ramadhan. Malamnya masih dilihat sibuk, kereta-kereta masih melingkar di atas jalan raya sedangkan solat sunat tarawikh sedang berlangsung di masjid-masjid dan surau-surau. Di mana Ramadhan mereka? Oh bukan mahu skeptikal kepada marhaen Kuala Lumpur, mungkin mereka mengerjakan ibadah itu di rumah. Ya dan soal ibadah adalah antara mereka dan Allah. Namun tidak dinafikan, rumah-rumah Allah di jantung kota ini tetap meriah dengan pesta ibadah di bulan yang penuh keberkatan, penuh kemuliaan ini. Permusafiran Kulim-Kajang semalam memberi ruang kepada diri ini untuk bermuhasabah dan mengaudit diri terhadap segala amal ibadah dan perilaku sepanjang bera...

Ramadhan di Daerah Hi-Tech

Bismillahi walhamdulillah 5 Ramadhan 1433H. Subhanallah, cepat sungguh hari-hari yang berlalu di dalam bulan-Mu yang mulia ini. Bagaimana Ramadhanku? Allahu Allah..terasa banyak sekali masa yang dibazirkan dan dibuang begitu sahaja. Astaghfirullah, ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah.. Ramadhanku tahun ini ku lalui di daerah Hi-Tech, di negeri tercinta Kedah. Hamdan Lillah atas kurniaan-Nya, dapat merasai saat-saat Ramadhan bersama Zauji. Namun begitu jauh di sudut hati, kerinduan Ramadhan bersama teman-teman seperjuangan tidak dapat disembunyikan. Serasa mahu kembali ke zaman bujangan juga zaman kampus suatu ketika dahulu. Astaghfirullah..apakah aku telah menjadi insan yang tidak bersyukur? Sentiasa mengenangkan masa lalu walhal kini statusku adalah seorang isteri yang wajib berkhidmat untuk suaminya. Hal ini yang saban hari aku ingatkan kepada diri sendiri. Ya, mungkin dalam tempoh 5 bulan bernikah, hampir sebulan aku benar-benar berada di samping suami. Baru merasai bagaiman...

Recharge!

Bismillahi walhamdulillah Tidak kurang sebulan sahaja lagi Ramadhan bakal menjengah. Oh tidak sabar rasanya mahu bertemu Ramadhan, bulan yang sekian lama dinanti dan dirindui. Ramadhan tahun lepas masih bersisa di ingatan, bahagia rasanya dapat menjelajah rumah-rumah Allah di jantung kota ini. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..jika dahulu aku membayangkan kesukaran dan ketidak selesaan untuk menyambut Ramadhan di ibu kota tetapi rupanya tanggapan aku salah sama sekali. Di mana pun kaki ini berpijak di bumi Allah, Ramadhan itu memberikan keberkatan dan kedamaian yang tidak terungkap dengan kata-kata. Sem 3 telah berakhir Jersi Master yang telah disarungkan rupanya telah tampak lama, ibarat baju lama yang dipakai berulang kali. 3 sem sudah berlalu, dengan siri-siri suka-duka juga tangis-tawa sebagai rencah masakannya. Alhamdulillah 'ala kulli hal, tidak percaya pun ada kerana diizinkan Allah melaluinya selama 3 semester. Berbaki 1 semester lagi dengan penumpuan penuh t...

Bulan Gembira dan Bait Muslim

Bismillahi walhamdulillah Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah.. Ahlan wasahlan ya Rajab! Sudah lama sekali kami menantimu. Kerana hadirnya engkau adalah sebagai salah satu 'signal' awal datangnya bulan rahmat yang dirindui, Ramadhan Al-Mubarak! Alhamdulillah ya Allah, Engkau masih mengizinkan aku berada di dalam bulan yang penuh mulia, penuh barokah ini. Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam, atas nikmat bergelar seorang isteri kepada sang suami yang jauh di mata dekat di hati. Syukru Lillah atas segala nikmat yang Engkau titipkan buat hamba-Mu yang dhaif serba-serbi ini. Fatrah imtihan semakin hampir. Tidak sedar semester ketigaku bakal berakhir tidak lama lagi. Kesibukan dengan tugasan assignment juga berkejar-kejar dalam menyiapkan Research Proposal membuatkan aku hampir tidak sedar bahawa pantas sekali masa yang berlalu. Allahu Rabbi.. Masa berlalu pergi..zaman juga beredar..Umur semakin meningkat mengingatkan bahawa ajal semakin mende...

Menghimpun Quwwah

Bismillahi walhamdulillah Atas nikmat terbesar yang dikurniakan Allah kepada kita semua iaitu nikmat Iman dan Islam, ucapkanlah ALHAMDULILLAH.. Jersi pelajar Sarjana masih tersarung di jasadku, pertengahan Semester 3 kini..Alhamdulillah'ala kulli hal. Buat julung-julung kalinya aku tidak pulang bercuti tika Mid Break berlangsung..lalu memasang mode "Mujahadah Tanpa Henti" kepada diri sendiri.. Namun, aku tetap seorang manusia, bukan robot! Teringat rakan dan teman baikku, Fatimah menuturkannya lewat semalam tika kami menyantuni FEA bersama assignments yang minta disiapkan..Senyum sendiri. Iya, tepat sekali bicara anda teman :) Dan aku adalah seorang manusia yang tidak bisa lari daripada menghidap penyakit "STRESS". Lalu apabila sakit ini menjalar, timbullah idea-idea separa gila, hampir gila tetapi tidaklah sampai kepada gila di dalam otakku. Idea pertama adalah TRAVELLING! Serasa mahu 'terbang' dan keluar sebentar daripada bumi UM, meni...

Penjara

Bismillahi walhamdulillah Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” [Muslim] Huraian Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan. Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya. Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bi...

Sakinah

Bismillahi walhamdulillah “La Tahzan!” Ungkapan keramat sehingga dibukukan dan menjadi best seller ini terlalu azimat buat insan yang benar-benar menghayatinya. Nyata, Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni dengan sentuhannya yang berhikmah bisa memujuk hati yang lara, membelai jiwa yang gundah dan menyelimuti dada yang resah, Tabarokallah! Seputar diri ini mengenang kembali dosa-dosa silam, apakah sudah baik benar bergelar hamba-Nya? Sudah tentu jawapannya TIDAK! Susah benar mahu menjadi hamba-Nya yang solehah, hamba-Nya yang menyerahkan segala jiwa dan raga dengan segenap dan sebulat tawakkal hingga dia merasakan tiada tempat untuknya bergantung harap melainkan kepada Rabbnya semata. Susah benar! Terkadang jiwanya dirasa amat kosong, sedangkan lidahnya sudah berkumat-kamit menuturkan zikrullah..Allahu Allah..apakah benar hatinya sedang bertawajjuh atau hatinya itu lalai? Na’uzubillah! Lalu hamba yang kerdil, hina-dina ini meminta dengan amat sangat, di dalam sujud dan doanya ya...

2012| Menguji Rasa

Bismillahi walhamdulillah Tirai 2012 telah diangkat, meninggalkan segala plot cerita 2011, manis, masam, pahit, suka, duka, tawa, ria dan segala rasa jika ianya boleh dideskriptifkan. Dan aku..menoleh setahun yang sudah berlalu itu, yang sudah tentunya wajib atasku untuk bermuhasabah (accountability), menghitung segala perilaku, amal buatku yang lalu, adakah benar semuanya dilaksanakan mengikut perintah-Nya dan bisa mengundang redha-Nya? Allahu Allah, moga-moga ianya diterima Allah.. Angka umurku sudah beranjak lagi, 26 tahun! Masya-Allah, sudah tua rupanya wahai diri..kudrat sudah tidak secergas dahulu, daya ingat tidak secerdas dahulu dan langkahku tidak setangkas dahulu. 'ala kulli hal, marilah kita memanfaatkan sebaiknya segala nikmat yang Allah pinjamkan buat kita, buat bekal di hujung permusafiran kita insya-Allah. 2011 mencoret cerita ceria dan tidak dinafikan terselit juga cerita hiba. Sahabat-sahabat dan teman-teman seangkatan rata-ratanya telah selamat menyem...

Muhasabah

Bismillahi walhamdulillah Semakin sukar untuk menguntai kata, takut untuk menulis juga ada kerana atas setiap perkataan mahu pun tulisan kita akan diuji oleh Allah. Mohon taufiq dan hidayah-Nya agar setiap bait yang tercatat mengundang saham pahala, amin Ya Rabbi.. Masa terlalu laju berputar. Muharram 1433H sudah merangkak ke hari 16. Sesungguhnya hari-hari yang berlalu akan menjadi saksi kepada kita di Akhirat kelak. Satu hari adalah mewakili satu saksi! Allahu Allah, bayangkanlah setahun menyamai 365 hari, maka akan ada 365 saksi buat segala amal perlakuan sepanjang hidup kita. Itu baru satu hari, bagaimana dengan usia kita di dunia ini? Jika kita dipinjam Allah dengan usia 60 tahun dalam melalui sebuah kehidupan di dunia ini, maka hitunglah 60x365 hari..Allahu Akbar! Takut dan malunya untuk berjumpa Allah.. Kadang kala dalam melalui sehari-hari dalam kehidupan kita, kita sering kali dilalaikan dengan kenikmatan dunia. Tanpa kita sedar atau tidak, kita telah termasuk dal...