Posts

Showing posts from April, 2012

Prolog BERSIH 3.0

Image
Bismillahi walhamdulillah
27 April 2012| Satu hari lagi menuju hari BERSIH. BERSIH 2.0 sudah cukup merobek hati rakyat, bagaimana pula dengan BERSIH 3.0? Saya melihat kembali catatan Mozek BERSIH 2.0 saya yang lalu..rupanya Allah membenarkan dugaan saya dan rakyat Malaysia seluruhnya, Allahu Akbar! Bahawa BERSIH 3.0 pasti ada dan ianya sememangnya bakal berlangsung esok! Konklusinya, rejim Najib masih tidak berupaya memenuhi 8 tuntutan suara hati rakyatnya..

Rasa mahu menitikkan air mata apabila mengenang kembali BERSIH 2.0. Rasa berbangga dengan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan sehingga hampir seantero dunia berBERSIH dan mengKUNINGkan peta dunia! Tahniah saya ucapkan.
Saat ini khutbah Jumaat sedang berlangsung dan pada saat yang sama, kedengaran siren polis di tengah-tengah jantung kota ini. Saya masih tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di luar sana namun hasil daripada laporan-laporan berita, Dataran Merdeka sudah pun dipagar seawal jam 4 pagi tadi! Al…

Abah dan Mak; Titipan Allah Paling Istimewa

Image
Bismillahi walhamdulillah
Mata enggan dipejam, mahu bermuhasabah malam ini. Layar minda terarah ke wajah Abah dan Mak, anugerah Allah yang paling istimewa dalam hidupku dan adik-adik. Menatap wajah Abah dan Mak, rasa seperti hilang segala masalah, rasa aman dan selamat, rasa tenang. Perasaan ini pastinya tidak akan hilang, walaupun umurku dipanjangkan ke angka 30 tahun, 40 tahun dan wallahu a'lam sampai kapan pun usiaku, perasaan damai ini akan bernada sama, insyaAllah.


Abah dan Mak, tidak terbendung rasa sayu di hati apabila mengenangkan segala pengorbananmu kepada kami. Kini aku sudah bergelar seorang isteri, sudah punya keluarga kecil sendiri namun kasih Abah dan Mak tidak pernah berkurang sedikit pun. Anak sulung mereka yang sudah pun berusia 26 tahun, sudah berkahwin tetapi masih dilayan seperti anak sulung mereka yang masih kecil, seperti 26 tahun yang dahulu. Allahu Allah..
Tika kepulanganku ke Juliana tempoh hari, Abah dan Mak menyambutku hangat, persis zaman bujangku. Sewakt…

Karena Hati Bicara~

Image

Menghimpun Quwwah

Image
Bismillahi walhamdulillah
Atas nikmat terbesar yang dikurniakan Allah kepada kita semua iaitu nikmat Iman dan Islam, ucapkanlah ALHAMDULILLAH..
Jersi pelajar Sarjana masih tersarung di jasadku, pertengahan Semester 3 kini..Alhamdulillah'ala kulli hal. Buat julung-julung kalinya aku tidak pulang bercuti tika Mid Break berlangsung..lalu memasang mode "Mujahadah Tanpa Henti" kepada diri sendiri..
Namun, aku tetap seorang manusia, bukan robot! Teringat rakan dan teman baikku, Fatimah menuturkannya lewat semalam tika kami menyantuni FEA bersama assignments yang minta disiapkan..Senyum sendiri. Iya, tepat sekali bicara anda teman :)
Dan aku adalah seorang manusia yang tidak bisa lari daripada menghidap penyakit "STRESS". Lalu apabila sakit ini menjalar, timbullah idea-idea separa gila, hampir gila tetapi tidaklah sampai kepada gila di dalam otakku. Idea pertama adalah TRAVELLING! Serasa mahu 'terbang' dan keluar sebentar daripada bumi UM, meninggalkan sebentar &#…