Posts

Showing posts from March, 2012

Dunia PASUM| Terima Kasih!

Image
Bismillahi walhamdulillah
Dunia timbaan ilmu mendidik anak-anak bangsa bakal ku tinggalkan tidak lama lagi. Terima kasih dunia PASUM seisinya! Terima kasih atas peluang keemasan yang diberikan. Alhamdulillah saya menghargai setiap detik (2 semester) saya di sini.
Buat anak-anak didik saya;
Semester 1 {B3, C1, T2} Semester 2 {A3, C3, E2, E3, T3}
Kalian adalah terbaik dan terhebat! Semoga langkahan kalian lebih deras, lebih tuntas!
Selamat melangkah ke dunia yang lebih mencabar, lebih menggugah dan lebih dewasa. Maafin atas segala salah silap saya. Saya sesungguhnya berbangga dan gembira dapat mengenali kalian =)
Fi Amanillah!
Salam Sukses! Salam Najah untuk ummah!

Ikhlas, Puan Hafizah, 2011/2012.

Penjara

Image
Bismillahi walhamdulillah
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” [Muslim] Huraian
Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan. Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya. Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha …

Apresiasi Buat Zauji

Image
Bismillahi walhamdulillah
Alhamdulillah, ucapan hamdalah selamanya untuk Rabbku, untuk Rabb yang sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya yang tiada tara. Syukur teramatnya kerana Dia mengizinkan diri ini mengecap nikmat terindah dalam hidup selepas nikmat Iman dan Islam iaitu nikmat sebuah pernikahan.

Tanggal 4 Februari 2012 bersamaan 11 Rabi'ul Awal 1433H, diri ini telah sah dinikahi zauji dengan sekali lafaz. Alhamdulillahi Rabbil'alamin..maka kini redha suami menjadi matlamat utama dalam hidupku. Kami telah halal untuk menyulam cinta, berkasih sayang kerana Allah semata. Inilah nikmat terindah, yang sebelumnya adalah haram bagi seorang lelaki dan perempuan, tetapi kini telah HALAL dengan asbab tali pernikahan itu. Alhamdulillah ya Rabb!
Hidup berumah tangga sudah tentu tidak akan sunyi dengan ujian-ujian yang sentiasa dihidangkan Ilahi buat hamba-hamba-Nya yang beriman. Demikianlah kita diajar untuk memohon kekuatan kepada Allah dalam menghadapi mehnah hidup ini. Ujia…

Sedetik Lebih

Image
Agak 'jiwang' rasanya mendengar lagu ini. Tetapi ini adalah lagu cinta saya dan abang, maka saya belajar untuk mendengarnya (baca: dalam frekuensi yang tidak kerap) dan ada juga lagu-lagu lain yang lebih mantap bait-baitnya.
Menjadi kekasih halal kepada abang adalah nikmat kebahagiaan yang tidak terucap. Alhamdulillah 'ala kulli hal! Dan pada 4 Mac lepas genaplah sebulan title 'isteri' yang telah saya galas. Usrah kami masih jauh lagi perjalanannya..Mohon didoakan agar usrah kami sentiasa disulami dengan sakinah, mawaddah dan rahmah.
Bestnya NIKAH! Buat pembaca LTC yang masih single, cepat-cepatlah melangkah ke alam menikah =) Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Best regards, Hafizah wa Hafiz~