Posts

Showing posts from October, 2009

Berbaik Sangkalah dengan Allah

Image
Firman Allah Ta'ala di dalam sebuah hadith Qudsi:

"Aku mengikuti persangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku. Oleh kerana itu, bersangkalah dia terhadap-Ku menurut apa yang disukainya."

Sekali lagi Allah menguji. Aku sangat tahu bahawa ujian aku ini tidaklah sehebat ujian insan-insan lain yang lebih kuat tekanan dan kesusahan yang mereka hadapi. Tetapi Allah jua telah menyatakan bahawa tidak beriman seseorang mukmin itu selagi dia tidak diuji. Aku redha akan ujian ini dan pada hakikatnya aku sendiri yang tidak benar2 itqan dalam pelajaranku..

Allahu Akbar! Rasa berat dan sesak sungguh dadaku apabila melihat prestasi akademik yang semakin membimbangkan walhal peperiksaan akhir semester akan tiba tak berapa hari sahaja lagi. Kepada Allah tempat aku memohon. Allah ingin mentarbiyah diriku, betapa ilmu-Nya sangat mahal, betapa perlunya TAQWA dan teliti dalam menuntut ilmu-Nya. Allahu Rabbi, ampunkan aku Ya Tuhan..rupa-rupanya aku masih tidak itqan, tidak teliti dan tidak menjiwai sub…

Bajet 2010; bajet sulung Najib

Tidak mahu mengulas panjang, saya encrpyt daripada petikan Utusan Online yang bertarikh 31/07/09. Anda dan saya boleh menilai, rakyat juga boleh menilai!

Bajet 2010 kurangi beban rakyat

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kerajaan berjanji Bajet 2010 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini merupakan bajet berhemat yang akan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kerajaan akan berusaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sewajarnya melalui peruntukan Bajet 2010.

"Ia juga selaras dengan salah satu teras dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran lama…

My FYP!

Image
Bismillahi walhamdulillah..

Alhamdulillah, syukran Allah kerana mengizinkan aku untuk terus menghirup udara pada hari ini dengan dibekali iman kepada-Nya..

Sudah 2 Zulqaedah rupanya. Syawal yang diraikan telah pun berlalu. Semoga bulan-bulan yang mendatang akan menjadikan kita hamba yang lebih tinggi iman dan taqwanya, insya-Allah.

Sengaja aku ingin mencoretkan posting kali ini mengenai akademikku sebagai pelajar tahun akhir di UIAM Kuantan ini. Semester ini aku akan menghabiskan kesemua subjekku insya-Allah, sebanyak 5 subjek lagi yang tinggal. Moga-moga semuanya lulus dengan cemerlang, insya-Allah.

Semester ini juga aku dalam fatrah menyiapkan Final Year Project (FYP) ku yang bertajuk FINANCIAL PERFORMANCE OF ISLAMIC BANKING AND CONVENTIONAL BANKING IN MALAYSIA. Alhamdulillah baru sebentar tadi aku selesai membentangkan proposalku di hadapan pensyarah2 dan supervisorku. Ada juga 1 soalan yang tak dapat ku jawab, inilah gara-gara preparation yang agak last minute, Astaghfirullah..

Semakin…

Wacana Ilmiah di UIAM Kuantan

Image
Isu hangat yang masih menjadi buah mulut semua rakyat Malaysia. Saksikan pertemuan hebat antara Ust Hj Nasarudin Tantawi, Mr Mohd Najid Husin ( Peguam Syar'ie Pahang) dan Dato' Hamidah Merican (Executive Director SIS).

All are invited!

When the truth is revealed, when the falseness is ended..

Hiduplah Wahai Hati

Image
Bismillahi walhamdulillah..

Jam komputer ribaku menunjukkan angka 9.50 malam. Kerja dan assignmentku yang bertimbun-timbun ni masih tak terusik lagi. Allahu Rabbi..terasa kosong dan sepi malam ini. Bukannya environmentku yang sepi tetapi HATI ini..

Bermuhasabah seketika. Terasa jauh sungguh hubunganku dengan Sang Pencipta akhir-akhir ini. Kerana assignment yang banyakkah hingga aku boleh terleka? Astaghfirullah, alasan yang tidak konkrit sama sekali untuk diguna pakai! Cuba diagnose dan analysis lagi..nah, jawapannya ada pada HATI!

Acap kali kita sering bercakap soal HATI. Hati yang bahagia, hati yang tenang, hati yang sedih, dan macam-macam lagi kata sifat lain yang digabungkan dengan HATI ini. Malam ini terasa sangat kosong hati ini..Astaghfirullah, aku memohon ampunan dari-Mu Ya Allah..


Allahu Rabbi, bantulah hamba-Mu yang sangat lemah dan dhaif ini..
Perjalananku masih panjang dan aku tidak tahu apakah kesudahan penghidupanku..
Aku sangat2 bermohon kepada-Mu wahai Tuhan, hidupkanlah kem…

AGM SCIENCESS 09/10 & PRK

Image
Bismillahi walhamdulillah..

Berbaki 1 hari lagi akan berlangsungnya Pilihan Raya Kecil di Dun Bagan Pinang, N9. Solat hajat dan doa tak henti-henti dipohon agar kemenangan berpihak kepada calon PR, amin..

Kisah di Kampus UIA Kuantan

Alhamdulillah, Science Students' Society (SCIENCESS) baru sahaja mengumumkan line up barunya bagi sesi 2009/2010. Annual General Meeting (AGM) yang berlangsung pada 8 Oct lepas menyaksikan President baru SCIENCESS 09/10 diterajui oleh Saudara Don Luqmanul Hakim. Pastinya kepimpinan tenure 08/09 meninggalkan pentas SCIENCESS dengan pelbagai rasa dan kenangan sepanjang menerajui persatuan terbesar di UIAM Kampus Kuantan ini. Aku mengharapkan dan berdoa agar kepimpinan baru SCIENCESS 09/10 bakal mencorakkan SCIENCESS yang lebih idealis dan dinamik dengan tidak mengabaikan bi'ah solehah yang masih terjaga di bumi bertuah ini. Sekalung tahniah diucapkan!



Barisan line up baru SCIENCESS 09/10

Pilihan Raya Kampus

Semboyan PRK telah pun ditiupkan! PRK juga telah …

Perjuangan Yang Tidak Henti

Image
Saat ini aku yakin jentera pilihan raya di N 31 Bagan Pinang Negeri Sembilan memerah keringat mereka seoptimum dan semaksimum mungkin demi untuk memastikan pemimpin Islam bakal menerajui dun tersebut. Pemimpin dan jentera pilihan raya PR dari seluruh pelosok negeri turun beramai-ramai demi sebuah perjuangan yang tidak henti ini.

BN mempertaruhkan calonnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad manakala PR meletakkan calon yang hebat latar belakang pendidikan dan penglibatan dalam parti iaitu Zulkefly Mohamad Nor. Menurut sumber yang aku baca, calon BN pernah memiliki rekod rasuah dan perkara ini menjadi 'backfire' kepada mereka dengan meletakkan kembali Tan Sri Mohd Isa untuk bertanding lagi kali ini. Mungkin mereka merasakan tiada calon lain yang lebih layak untuk bertanding di Dun Bagan Pinang ini, wallahua'lam..

Namun, di pihak kita yang tidak berpeluang untuk turun membantu di Dun Bagan Pinang, jangan berhenti untuk berdoa dan memohon dengan sepenuh hati dan kesungguhan jiwa agar …