Posts

Showing posts from October, 2012

Berdakwah, Bagaimana Mahu Istiqamah?

Bismillahi walhamdulillah

Isu DAKWAH sudah tidak asing pada pendengaran kita. Kita pun sudah tahu bahawa dakwah adalah satu kewajipan atas setiap muslim yang mukallaf. Kita pun dah maklum akan dalil berdakwah ni, antaranya di dalam Surah Ali-Imran ayat 104. Tapi...kenapa ya kita susah sangat nak berdakwah?
Rasa-rasanya dah banyak kali kita ikut usrah, daurah, wacana itu-ini, mukhayyam dan macam-macam lagi lah program-program tarbiyah ni..tapi last-last tetap fail jugak nak berdakwah. kenapa ya?
Hamasah itu sekejap saja tetapi kefahaman itu lah asasnya. Tak dinafikan, time degree dulu, hamasah ni macam tinggi sangat2, tiap-tiap hari bersemangat sangat nak buat kerja Islam. Sampai dalam kelas pun dok fikir pasal gerak kerja Islam ja (macam sibuk sangat lah orang ni kan? hmm..). But once after grad, dah jauh daripada sahabat2, mulalah hamasah tu macam menurun sedikit demi sedikit..na'uzubillah..sepatutnya tidak harus berlaku kepada kita yang sudah menerima tarbiyah sejak alam persekolah…

Ke Mana Hamasah Itu?

Bismillahi walhamdulillah
Masa sesungguhnya amat pantas berlalu, sehingga satu saat pun tidak memberikan peluang kepada orang yang cuai menjaganya. Sem 4 sedang dilalui..dengan bebanan taklifan yang menuntut hak untuk dilunasi. Kala ini hati dan ruh amat merindui sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa di sisi jika nasihat mereka diperlukan. Sahabat-sahabat yang faham dan mengerti, sahabat-sahabat yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi istimewa di hadapan Sang Khaliq. Dan sahabat-sahabat yang tidak pernah jemu meniupkan hamasah kepadaku..agar aku terus teguh berdiri walau beribu ujian dunia membadai menggugah sebatang tubuh kerdil ini.
Aku merasakan terlalu banyak alasan yang diberikan di kala Allah mahu memberiku peluang menambah saham pahala untuk perjuangan agama-Nya. Allah..sungguh hamba tidak berdaya Ya Allah..Allah Maha Tahu setinggi mana komitmen hamba dan Engkau Maha Tahu sedalam mana kapasiti hamba..ampunkan hamba-Mu Ya Allah..
Mungkin mereka mengatakan aku beralasan. Di …