Posts

Showing posts from November, 2013

Harga Yang Harus Dibayar

Bismillahi walhamdulillah
Waktu kian berlalu. Minggu merangkak laju. Pelbagai 'hadiah' telah ku terima sejak akhir-akhir ini, hadiah normal buat seorang bakal ibu. 'ala kulli hal, aku bersyukur kepada Allah, sesakit aku tidaklah sampai perlu menyusahkan orang lain dan inilah yang acap kali aku minta daripada Dia.  Awal kehamilan sememangnya mengujakan diriku, iyalah kerana inilah impian kami untuk memiliki zuriat sendiri, alhamdulillah. Dan sememangnya detik-detik kehamilan banyak sekali mengajarku erti sebuah SABAR, POSITIF dan KUAT untuk meneruskan kehamilan ini biiznillah. Betapa hebatnya Yang Maha Pencipta, tidak semudah ABC kehamilan itu dilalui oleh setiap bakal ibu dan para ibu tetapi kehamilan itu disertakan dengan ujian-ujian kecil agar si ibu bisa mempersiapkan dirinya untuk menerima ujian amanah si kecil yang jauh lagi mencabar. Allahu Akbar!! Saban hari, aku sering mengingatkan diri sendiri bahawa Allah bersamaku. Aku harus kuat dan tidak boleh lemah dalam mengha…

Perjuangan Ini...

Bismillahi walhamdulillah
Alhamdulillahi Rabbil'alamin, pujian selayaknya bagi Allah, Tuhan pemilik alam ini. Selawat dan salam untuk Junjungan tercinta, Khaatimul anbiya' Muhammad s.a.w.
Saya kira tirai Muktamar PAS ke-59 sudah pun berlabuh. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan lancar. Cemburunya saya kepada para muktamirin dan muktamirat yang menghadirkan diri ke sana, semoga mereka semua diganjari Allah Ta'ala.
Betapa naifnya saya, banyak sekali perkara yang wajib saya pelajari dalam erti kata bergelar seorang pendukung harakah Islamiyyah. Jika sekadar bersenandung di alam maya, bukanlah saya ini layak bergelar seorang pejuang, astaghfirullah..
Benarlah, jalan perjuangan ini sentiasa terhidang dengan mehnah, tribulasi, susah payah, fitnah dan segala macam penjara dunia yang merimaskan. Betapa hati ini bagaikan tersiat di setiap kali mata tertancap khabar-khabar buruk tentang perjuangan, telinga terdengar fitnah yang menikam dalam jasad perjuangan sedangkan diri …

Sabtu Yang Optimum

Image
Bismillahi walhamdulillah
Hari Sabtu yang padat. Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang memuaskan. Seawal 8 pagi sudah tercatuk saya di hadapan kakak misi Klinik Desa Kelang Lama untuk check up 5 hari berturut-turut dek kenaikan berat badan melebihi 1 kg! Penangan Juliana's memang tidak dapat dinafikan dan inilah 'hadiah' yang saya terima =)
Usai check up, saya menemani suami ke Mengkuang Dam, antara tempat femes untuk berjogging dan beriadah. Alhamdulillah bersyukur dapat menghela nafas daripada udara nyaman tasik dan bukit bukau menghijau walaupun hanya berjogging di atas kerusi :p
Berjogging sudah, tiba di rumah pada jam 10 pagi. Dhuha seketika, memohon agar Dia melimpahkan keberkatan rezeki kepada kami sekeluarga. Next project, saya teringin untuk membuat puding gula hangus hehe..sudah lama meng'ushar' resepi lalu pada hari ini terkabullah hajat untuk makan puding gula hangus, alhamdulillah ya Rabb! Komen: puding gula hangus saya agak manis, mungkin kena kuran…