Posts

Showing posts from July, 2011

Ramadhan's Hope

Image
Bismillahi walhamdulillah
The blessed and holy month is coming The doors of Jannah are widely open and the doors of Naar are closed shut
Allah promises reward for those who are striving hard Shiyam and Qiyam Read Al-Qur'an, zakah and sadaqah And there is a special door of Jannah to the fasting person Named Ar-Rayyan
The believers (mukminin) really impatient to meet this month As they know how blessed, remarkable and wonderful the month is The month which Allah reserved a night The night which is better than one thousand months That night is Lailatul Qadr!
Ramadhan is coming May this Ramadhan be different from the past Ramadhan It is not late to change Make your first step in this coming Ramadhan
Ramadhan's Hope~ "Kun Rabbaniyyun wala takun Ramadhaniyyun"

Inteam & Nazrey Raihan ^ Ramadhan Dua Zaman

Image

Kelebihan Ramadhan

Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab At Targhib Juz II/217-218 meriwayatkan suatu hadits bahwa Rasulullah saw. pada hari terakhir bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan kaum muslimin, sebagai berikut: “Wahai manusia, sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh suatu bulan yang agung lagi penuh berkah, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu kewajiban dan qiyam (shalat) pada malam harinya suatu tahawwu’ (ibadah sunnah yang sangat dianjurkan). Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan (sunnah) di dalamnya, (ia diganjar pahala) sama seperti menunaikan kewajiban (fardlu) di bulan yang lain. Dan siapa saja yang menunaikan kewajiban di bulan Ramadhan, (ia diganjar pahala) sama dengan orang yang mengerjakan 70 kali kewajiban tersebut di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga (al jannah). Ramadhan itu adalah bulan memberikan pert…

Tahajjud Cinta

Image
Sudah 3 episod drama "Tahajjud Cinta" ini ditayangkan di TV3. Naskhah yang diketengahkan oleh saudari Erma Fatima ini nampaknya mengundang pelbagai kontroversi. Saya tidak menolak niat baik beliau yang ingin membawa cerita-cerita genre Islamik ke layar, namun di sebalik jalan ceritanya perlu diperhalusi lagi.
Sudah 2 episodnya saya terlepas siaran, maka You Tube menjadi sasaran saya. Inferens awal saya mengenai jalan ceritanya; bagus dari sudut jist yang ingin disampaikan tetapi ada beberapa perkara yang membuatkan saya tidak bersetuju dan tiada kompromi kepadanya kerana ia melibatkan syari'atULLAH; Watak sebagai muslimah yang mengenakan jilbab dan purdah sudah begitu cantik dan dapat dijadikan qudwah kepada masyarakat tetapi apabila terdapat adegan muslimah-muslimah ini makan dan bermusafir bersama orang yang bukan mahram, maka ia telah mengelirukan pandangan umum. Bolehkah seorang muslimah yang menjaga pakaian dan akhlak makan dan bermusafir bersama ajnabinya di mana sit…

Tarhib Ramadhan

Image
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)Marhaban yaa Ramadhan!
Tarhib Ramadhan!
Ramadhan tiba lagi, Alhamdulillah..bulan barakah yang sentiasa dinanti dan dirindui oleh hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa.
Ramadhan 1432H..bermuhasabah, mengkoreksi tinggalan Ramadhan terdahulu.
Acap kali memohon kepada-Nya: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ
Adalah Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam apabila memasuki bulan Rajab berdoa: “Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban dan berkahilah kami di bulan Ramadhan.” (HR Ahmad 2228) Begitu doa yang diajar Nabi. Memohon kepada Allah agar memberkati kita di dalam bulan Ramadhan. B…

Permata Yang Pergi

Image
Bismillahi walhamdulillah
Julai sudah merangkak ke hari 20. Ada pelbagai rasa yang menguliti Julai tahun ini. Rasa lara BERSIH 709 masih belum padam, rakyat sekali lagi akur dengan takdir Ilahi. Perginya permata hati kami, penyeri perjuangan suci ini; Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali. Saya sebagai insan biasa-biasa ini tidak pernah bersua langsung dengan ikon mujahidah ini tetapi kisah perjuangan beliau sering meniti di bibir kami. Terpana saya apabila membaca bait-bait ini di dalam blog Dr Mohd Asri :Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya. Itu antara muqaddima…

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah
9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu.
Mozek BERSIH 2.0
Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini.
Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik dan …

Rintih Si Demonstran Lara

Sebagai seorang rakyat yang hidup di dalam sebuah negara 'demokrasi', saya merasakan tidak keterlaluan jika saya mengingin dan mendambakan keadilan dan ketelusan di dalam sistem pilihan raya di negara ini.
Sana-sini isu BERSIH 2.0 ini hangat diperkata, diperdebat malah lebih kotor lagi diputar belitkan faktanya. Saya sebagai rakyat, anda juga sebagai rakyat, kita tahu menilainya bukan?
Tidak sanggup lagi mahu menatap berita-berita di dalam TV yang saban hari memualkan dan menjijikkan bagi saya. Malahan ada pula iklan BERSIH! Wallahua'lam apa maksud tersiratnya, hanya Tuhan yang tahu.
Sasterawan Negara hingga mengalun puisi "Unggun Bersih", sungguh menggugah rasa, menyentap hingga ulu hati. Bahawa inilah rintihan sang demonstran lara!
Tidak berapa lama menerima khabar BERSIH 2.0 dibenarkan untuk dijalankan tetapi bersyarat! Oh, baru sahaja mahu meneguk lega tetapi rupanya bukan dengan mudah ianya dibenarkan.
Anda tahu di mana bakal berlangsungnya BERSIH? Di stadium!! …

BERSIH 2.0

Image
Saya suka Julai tahun ini, Selain usia saya akan merangkak ke angka 25, Negara saya akan berhadapan dengan gelombang KUNING, Selepas hampir 4 tahun gelombang KUNING yang pertama dahulu,
Inilah dia BERSIH 2.0! Semalam saya berpetang bersama adik saya, Khai, Warm up Pre-Bersih katanya, Saya tahu beliau sedikit sedih kerana tidak dapat turut serta nanti, Panggilan sebagai tetamu Allah pada tika itu,
Tidak mengapa kata saya, Bawa gelombang KUNING ini ke sana, Beliau dan para jemaah juga boleh berdemo di sana, Pecah tawa kami,
Anda yang membaca, Saya memohon dengan amat, Sebarkan, war-warkan kepada sesiapa sahaja tentang BERSIH 2.0 ini, Sebarkan dengan kefahaman dan kesedaran kenapa saya, anda dan mereka wajib ke himpunan ini,
Mari bersama kita menyahut seruan pimpinan, Tunjuk rasa, bergotong-royong BERSIHkan negara yang kita cintai ini, Bukankah ini juga dikira sebagai jihad? Bersungguh-sungguh dalam menentang yang batil dan mungkar, Saya menyeru, anda juga menyeru, Moga ada hati-hati yang mahu, BiiznILLAH..
Ayu…