Seingat saya, sudah lama isu PTPTN ini didebatkan. Alam mahasiswa saya menjadi saksi beberapa siri demonstrasi yang pernah diadakan kerana isu ini. Isu 'evergreen' ini sekali lagi menggemparkan negara apabila pada 7 Jun 2012 (semalam), Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru UNISEL (malaysiakini.com). Disebabkan itu, ramai pelajar yang menyatakan bahawa mereka terbeban jika PTPTN dibekukan terhadap mereka. Alasan yang diberikan adalah " Pembekuan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia." Kenyataan ini secara terang-terangan mengandungi unsur politik sehingga mengakibatkan para mahasiswa terbeban. Saya menyemak balik Visi, Misi dan Objektif PTPTN. Objektif mereka adalah " Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pen...
"When the truth is revealed, when the falseness is ended.."