Posts

Showing posts from March, 2018

SPM 2017; Syukur dan Air Mata Gembira

Image
Bismillahi walhamdulillah,
Tidak sedar bahawa sudah tahun kedua saya bergabung bersama keluarga unik Maahad Tahfiz Sains Darul Aman. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Pada entri kali ini, saya berhajat untuk merakamkan apresiasi saya kepada anak-anak didik saya yang baru sahaja menerima keputusan SPM 2017 pada pagi tadi. 
Berblog sudah menjadi satu kekangan bagi saya dalam keadaan kesuntukan masa dan amanah yang lebih utama untuk ditunaikan. Alhamdulillah hari ini saya diberi sedikit waktu untuk mentinta sedikit kenangan bersama mantan anak-anak didik saya, merangkap batch pertama saya diamanahkan mengajar 2 subjek SPM iaitu Matematik dan Matematik Tambahan. 
Masih segar lagi di ingatan saya saat pertama kali saya menjejakkan kaki di MTSD. Rasa kekaguman yang tinggi kepada bakal anak-anak pelajar tidak dapat disembunyikan apatah lagi mereka ialah huffaz Al-Quran. Masha Allah Tabarokallah! Perasaan rendah diri masih menebal kerana aura mereka telah saya dengar sebelum saya mengenali …