Posts

Showing posts from 2015

Perlumbaan Akhirat

Image
Bismillahi walhamdulillah
Meninggalkan dunia blog dalam waktu yang agak lama. Hambatan senarai amanah amat meruntun masa dan kudrat diri yang terkadang masih lemah dan malas. Sedangkan tuntutan kepada gerak kerja Islam ialah mengikuti segala suruhan pemimpin dalam keadaan senang atau susah, rajin atau malas, lapang atau sibuk, berharta atau tidak. Allahu Rabbi..diri ini masih lemah dibaluti hawa nafsu sendiri.
Manusia lewat hari ini berlumba-lumba dalam mencari harta. Ya, tidak dinafikan membuka pintu rezeki itu adalah tuntutan di dalam agama. Membuka pintu rezeki di dalam bidang perniagaan bertambah berkat kerana umum mengetahui bahawa 9/10 daripada rezeki adalah datang daripada perniagaan. Namun, dalam kesibukan kita mencari harta jangan pula diabaikan perlumbaan kita menuju Akhirat. Bekalan ke sana jauh lebih penting untuk dipersiapkan hari ini.
2,3 minggu belakangan ini, kami menerima khabar kematian mengejut mengenai rakan sekerja suami dan seorang pelawak tanahair. Terkejut dan …

Membuka Pintu Rezeki

Image
Bismillahi walhamdulillah
Pernah satu ketika, saya dan suami mengikuti seminar merancang wang. Seminar yang hanya memakan masa setengah hari itu amat berbaloi, alhamdulillah..Tuan Harun Mohd Yusof (Hamdy) menyampaikan seminar dalam suasana yang santai dan menyeronokkan :)
Antara perkara yang kami pelajari ialah bagaimana kita perlu bijak dalam menyimpan wang sehinggakan setiap perbelanjaan WAJIB dicatatkan! Beli gula-gula 20 sen ke, beli aiskrim seringgit ke..kena catat! Kedengaran lucu bukan? Kerana dari situlah biasanya berlaku ketirisan dalam bajet bulanan kita, betul tak?
Selain itu, beberapa perkara yang seharusnya dimiliki oleh generasi muda (baca: sebelum mencapai umur 30 tahun) mengikut prioriti ialah plan takaful, rumah, kereta (second hand dahulu dan dalam kondisi yang baik) dan reserve (contoh: 10% daripada gaji selama 6 bulan). Ini adalah perkara-perkara asas yang seharusnya ada di dalam perancangan kewangan kita.
Wah, nampak macam susah juga nak capai tu..hmm, dalam ekono…

Adinda Umar Sudah Bertemu Jodohnya

Image
Bismillahi walhamdulillah
Rehat yang panjang daripada menulis. Maafkan aku wahai blog, FB dan insta masih mendahului tika ini. Aku lebih suka merakam memori di blog, umpama mencoret di lembar kertas..FB dan insta pula untuk aku update berita terkini dan melihat perkembangan rakan-rakan.
Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Ilahi. Biar pun badai melanda keluarga kami, namun doa yang tidak putus daripada semua pihak akhirnya dimakbulkan Allah. Begitu hebat kuasa DOA! Alhamdulillah, dalam setiap musibah yang berat pada awalnya, telah dileraikan satu-persatu oleh Yang Maha Pengasih. Kegembiraan demi kegembiraan dikurniakan kepada kami sekeluarga, maka nikmat Tuhan yang manakah mahu kamu dustakan?
Selamat datang ahli keluarga baru, anakanda Ziyyad Abdul Haq bin Mohd Shafiq pada 31 Julai 2015, 8.03 pagi. Anakanda kepada Masyitah, adikku yang keempat. Kehadiran orang baru begitu dirai dan mendamaikan setiap jiwa yang memandang. Begitulah lahirnya seorang insan, suci bersih sesuai deng…

Satu Tahun

Image
Bismillahi walhamdulillah

Alhamdulillah oksigen masih bisa dihela, karbon dioksida masih bisa dihembus, dengan izinNya. Alhamdulillah semoga mati kita di dalam Iman dan Islam serta mati di dalam perjuangan menegakkan syari'atullah.
Satu tahun yang lalu, aku masih berdua bersama Zauji. Satu tahun hari ini, kami sudah bertiga, alhamdulillah syukur tiada terhingga. Bertiga bermakna bertambah amanah dan tanggungjawab. Mahu menjadi seorang isteri dan ummi solehah di samping tidak meninggalkan amanah kepada masyarakat.
Amani bertudung =)
Rehlah di Pantai Merdeka
Jaulah ke Gua Kelam, Perlis
Kelam-kabut agak sinonim dengan status seorang ibu muda. Namun, kelam-kabut itu sebenarnya boleh dikawal jika kita bijak mendisiplinkan diri dengan 24 jam sehari yang dipinjamkan kepada kita. Terdapat seorang ibu muda yang tampil menghasilkan sebuah e-book yang menjadi pencetus kepada penyusunan masa yang efektif kepada keluarga dan diri sendiri. Masa untuk luar rutin (non-routine) juga boleh dikecapi dan i…

Kita Semakin Berusia

Bismillahi walhamdulillah
Syukur kepada Allah atas segala ni'mah. Kami menerima khabar gembira daripada seorang sahabat lama, beliau sudah bergelar bapa kelmarin! Petang kelmarin juga kami terus menuju ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. MashaAllah bersih dan mulus sungguh wajah bayi, matanya sudah pun dibuka, comel sekali! Terkenang saat-saat melahirkan anakanda Amani, setahun yang lalu. Begitu deras waktu berlari..
Kehidupan Normal
Aku kembali kepada kehidupan normal. Tidak lagi bergelar seorang Cikgu. Pasti kenangan 2 bulan lalu akan terus dikenang. Semoga anak didikku sukses dunia akhirat. Kembali menggalas amanah sebagai Pegawai Penyelidik, menyelesaikan tempoh projek berbaki 2 bulan lagi insyaAllah. Apa sahaja pekerjaan yang ditawarkan, aku cuba grab, semoga Allah permudahkan.
GST
1 April 2015 pasti menjadi tarikh keramat semua rakyat Malaysia. Setiap sen yang dikeluarkan pasti akan dicermati. GST menyebabkan keluarnya keluhan daripada sang marhaen yang susah kehidupan merek…

Amanah Baru

Bismillahi walhamdulillah


Teringat doa saya kepada Dia, antara menjadi seorang pendidik dan penuntut ilmu. Jika antara keduanya yang Allah datangkan dahulu, saya terima dengan penuh kesyukuran. Allah sudah menjawab doa saya, hambaNya yang sangat dhaif ini. Tiada seindah kata melainkan Alhamdulillah. Janji saya kepada Allah dan diri, insyaAllah saya akan menggalas amanah ini dengan sehabis baik.
Allah bersama sangkaan hambaNya. Sungguh bertuah rasa diri, Allah hadirkan insan-insan soleh solehah dari dulu hingga kini. Tidak terhitung nikmatNya, azamku mahu menjadi hamba Allah yang lebih taat dan lebih cinta. Terimalah aku ya Allah..
Amanah baru. Sekali lagi cita-cita ini ditunaikan oleh Yang Maha Esa, alhamdulillah..
PhD bagaimana? InsyaAllah PhD tidak dikesampingkan, azam itu akan ditunaikan kelak insyaAllah. Izinkanku berkhidmat kepada anak bangsa barang waktu. PhD yang penuh cabaran itu harus dipersiapkan bekalannya dahulu.
Sungguh, aku bangga digelar penuntut ilmu! Aku bangga menjadi san…

2015; Masa Semakin Suntuk

Image
Bismillahi walhamdulillah
Memulakan kalam bicara dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah kita baru usai menyambut kelahiran baginda SAW pada hari Sabtu yang lalu. Semoga bertambah lagi kecintaan kepada Allah dan Rasulullah, melebihi cinta kepada diri sendiri, keluarga dan harta benda kita.
Sesuatu yang sukar untuk dilalui apabila saudara-saudara kita ditimpa musibah banjir pada Disember 2014 yang lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Alhamdulillah Tabarokallah atas keprihatinan rakyat Malaysia yang tidak lokek menghulurkan sumbangan, biarpun kecil tetapi kita harapkan ianya dapat menjadi amal jariah kita di Akhirat kelak.
Mini Tsunami, ada yang menyebutnya begitu, menggambarkan suasana pasca banjir yang dahsyat terutamanya di Kuala Krai dan Tanah Merah, Kelantan. Allahu Akbar! Hanya kepada Allah disandarkan segala harapan dan doa. Mereka menjadi insan-insan terpilih untuk diuji dengan kehilangan tempat tinggal dan harta benda…