Posts

Showing posts from June, 2013

Ramadhan Tiba Lagi

Image
Bismillahi walhamdulillah
Allah bersumpah dengan MASA, wal-'asr! Sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian. Benarlah, manusia itu di dalam kerugian jika kita mensia-siakan masa yang dipinjamkan Allah untuk kita. Astaghfirullah'ala kulli zanbin..
Kita kini berada di dalam bulan Sya'ban, empat hari sudah berlalu. Berbaki lebih kurang 26 hari lagi untuk bertemu dengan Ramadhan. Allahu Allah..Bagaimanakah dengan persiapan yang sudah kita lakukan? Apa kata untuk Ramadhan kali ini kita tajdid niat kita untuk mencantikkan lagi amal fardi kita? Jom kita semak checklist di bawah:

Solat fardhu di awal waktuSentiasa dalam keadaan wudhu'Berusaha untuk tahajjud pada setiap hariBanyakkan zikrullahBanyakkan tilawatul Qur'an dan tadabburMenjaga hati, mata, lidah dan anggota badan yang lain daripada melakukan maksiat (contoh: zina mata, zina hati dll)Bersedekah Mengeratkan silaturrahim terutama dengan jiran tetangga (contoh: bertukar-tukar juadah ketika iftar dll)Bermuhasaba…

Hati Yang Penuh

Image
Bismillahi walhamdulillah
Lama dan sangat lama sekali saya tidak menulis. Asbab utama adalah tiada modal hendak menulis dan kurang sekali membaca kala ini =(
Banyak peristiwa yang berlaku dua, tiga bulan ini. Bermula dengan peristiwa besar Malaysia iaitu PRU13 yang penuh dengan noda hitam sehinggalah kisah Safwan Anang, Pengerusi SMM yang sangat utuh prinsip perjuangannya.
PRU13, digelar juga mother of election telah menjadi sejarah hitam yang tidak akan dilupakan oleh rakyat sampai bila-bila. Terlalu banyak cerita sedih jika hendak dicoretkan tetapi lebih eloklah jika dibaca di sumber-sumber yang lebih ahsan dan mantap faktanya. Sebagai marhaen, saya menjadi pemerhati sepenuh masa dan sentiasa mendoakan Malaysia yang saya cintai ini aman sentosa tanpa rasuah dan korupsi yang menggelapkan mata manusia.
Tertarik saya kepada kisah Safwan Anang; nama yang cukup popular dalam dunia mahasiswa kini. Mungkin saya sudah meninggalkan alam kampus menyebabkan saya kurang cakna siapa Safwan Anang. Se…