Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Baitul Muslim

Anakanda-anakanda Ummi Sudah Besar

Bismillahi walhamdulillah Masa semakin deras berlari. Aku membelek catatan lama di dada LTC ini. Sungguh, aku merindui gaya penulisanku suatu ketika dahulu. Tulisanku penuh penjiwaan dan agak terperinci. Dalam tak sedar, seiring dengan kemunculan Revolusi Industri ke-4 kini, aku turut mengikut rentak menulis dalam gaya yang lebih ringkas dan padat sahaja. Zaman yang kita diami rupanya mencorakkan diri kita tanpa kita sedar. Sedikit sebanyak ianya mempengaruhi cara kita berfikir dan tindakan kita. Dunia hari ini sangat pantas! Jika kita tidak mengikuti arus, nescaya kita akan ketinggalan. Begitu juga dalam hal mendidik anak-anak. Anak-anak adalah hadiah daripada Allah melalui asbab pernikahan. Alhamdulillah, dalam usia perkahwinan yang bakal menghampiri 12 tahun, Allah mengurniakan 3 orang cahaya mata kepadaku dan suami. Nafisah Amani, Abdullah Zikri dan Muhammad Furqan nama diberi. Masing-masing sudah berusia 9, 7 dan 5 tahun. Masha Allah, pelbagai ragam yang mereka tunjukkan kepada ka...

Menghampiri Minggu Ke-39; Sebuah Perjalanan Kehamilan

Bismillahi walhamdulillah, Ada perasaan tidak percaya apabila dapat berblog kembali! Mood swing agaknya ni :) Alhamdulillah atas segala nikmat dan saya beristighfar atas segala dosa.. Hari Jumaat yang mulia, dalam penghujung kehamilan minggu ke-38 kepada bakal mujahid inshaaAllah. Edema di kaki sudah kelihatan sejak minggu ke-36 lepas, bertepatan dengan hari umat Islam menyambut kemenangan di bulan Syawal. Walaupun begitu, alhamdulillah saya teramat bersyukur kerana Allah memudahkan perjalanan kehamilan ketiga ini :) Masih segar di ingatan apabila mendapat tahu diri ini hamil zuriat ketiga. Walaupun masih awal daripada perancangan kami suami isteri, tetapi perancangan Allah jauh lebih baik bukan? Saya hamil dalam fasa membimbing batch pertama anak-anak didik bakal berdepan dengan SPM, tahun pertama memegang amanah mengajar kelas peperiksaan dengan dua subjek yang agak berat dan tahun pertama menyesuaikan diri di sekolah dan persekitaran yang baru. Kesibukan di sekola...

Adinda Umar Sudah Bertemu Jodohnya

Bismillahi walhamdulillah Rehat yang panjang daripada menulis. Maafkan aku wahai blog, FB dan insta masih mendahului tika ini. Aku lebih suka merakam memori di blog, umpama mencoret di lembar kertas..FB dan insta pula untuk aku update berita terkini dan melihat perkembangan rakan-rakan. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Ilahi. Biar pun badai melanda keluarga kami, namun doa yang tidak putus daripada semua pihak akhirnya dimakbulkan Allah. Begitu hebat kuasa DOA! Alhamdulillah, dalam setiap musibah yang berat pada awalnya, telah dileraikan satu-persatu oleh Yang Maha Pengasih. Kegembiraan demi kegembiraan dikurniakan kepada kami sekeluarga, maka nikmat Tuhan yang manakah mahu kamu dustakan? Selamat datang ahli keluarga baru, anakanda Ziyyad Abdul Haq bin Mohd Shafiq pada 31 Julai 2015, 8.03 pagi. Anakanda kepada Masyitah, adikku yang keempat. Kehadiran orang baru begitu dirai dan mendamaikan setiap jiwa yang memandang. Begitulah lahirnya seorang insan, suci bersih...

Diari Ummi

Bismillahi walhamdulillah Ummi kini sudah berada pada 32 minggu dan 6 hari kehamilan. Subhanallah, Tabarokallah! Seakan tak percaya rasanya, seolah baru semalam Ummi baru saja mengetahui bahawa Ummi hamil! Fasa sekarang adalah fasa yang mencorak pelbagai rasa dalam diri Ummi; rasa tidak sabar bertemu anak Ummi ni dan dalam masa yang sama rasa gementar dan takut juga dalam menghadapi proses bersalin nanti. Allahu yusahhil! Persiapan mental dan fizikal harus disiapkan semantapnya. Ummi telah membaca perkongsian perjalanan kelahiran daripada sahabat-sahabat dan rakan-rakan Ummi. Masha Allah banyak manfaat yang Ummi peroleh sementelahan ini adalah kali pertama pengalaman Ummi hamil. Ada cerita positif dan ada cerita negatif. Ummi membaca semuanya dan Ummi cuba mengambil daripada sisi positifnya insyaAllah. Di dalam bacaan Ummi tentang Gentle Birth, seeloknya ibu yang hamil membayangkan gambaran yang positif sahaja agar emosi si ibu sentiasa dalam keadaan tenang, relaks dan nyaman ...

Pembuka Tirai 2014

Bismillahi walhamdulillah Lama sungguh tidak mentinta di laman LC. Kurangnya membaca menjadi salah satu asbab tumpulnya idea untuk menulis, oh betapa menurunnya graf membaca sekarang :( Alhamdulillah fasa kehamilan sudah beranjak ke minggu 30. Subhanallah, pantasnya masa berlalu! Jika kita tidak menjadi orang yang menghargai masa, maka rugilah kita :( 2013 sudah berlalu meninggalkan kita. Bagaimana pencapaian kehidupan yang dilalui sepanjang tahun lepas? Bagaimana tingkatan IMAN dan AMAL kita? Jawapannya berada di dalam kocek masing-masing; semak, nilai dan berilah markah masing-masing, termasuklah diri saya sendiri. Jan 2014 dan Ulangtahun Pernikahan ke-2 Alhamdulillah, sudah 2 tahun rupanya diri ini menjadi suri kepada Zauji. Subhanallah! Tabarokallah! Semoga Allah menerima segala amal ibadah saya dalam menunaikan amanah-Nya selain sebagai hamba Allah, juga sebagai seorang isteri. Masih terlalu banyak perkara yang harus dipelajari tambahan dalam mempersiapkan...

Harga Yang Harus Dibayar

Bismillahi walhamdulillah Waktu kian berlalu. Minggu merangkak laju. Pelbagai 'hadiah' telah ku terima sejak akhir-akhir ini, hadiah normal buat seorang bakal ibu. 'ala kulli hal, aku bersyukur kepada Allah, sesakit aku tidaklah sampai perlu menyusahkan orang lain dan inilah yang acap kali aku minta daripada Dia.  Awal kehamilan sememangnya mengujakan diriku, iyalah kerana inilah impian kami untuk memiliki zuriat sendiri, alhamdulillah. Dan sememangnya detik-detik kehamilan banyak sekali mengajarku erti sebuah SABAR, POSITIF dan KUAT untuk meneruskan kehamilan ini biiznillah. Betapa hebatnya Yang Maha Pencipta, tidak semudah ABC kehamilan itu dilalui oleh setiap bakal ibu dan para ibu tetapi kehamilan itu disertakan dengan ujian-ujian kecil agar si ibu bisa mempersiapkan dirinya untuk menerima ujian amanah si kecil yang jauh lagi mencabar. Allahu Akbar!! Saban hari, aku sering mengingatkan diri sendiri bahawa Allah bersamaku. Aku harus kuat dan tidak boleh lemah d...

Sabtu Yang Optimum

Bismillahi walhamdulillah Hari Sabtu yang padat. Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang memuaskan. Seawal 8 pagi sudah tercatuk saya di hadapan kakak misi Klinik Desa Kelang Lama untuk check up 5 hari berturut-turut dek kenaikan berat badan melebihi 1 kg! Penangan Juliana's memang tidak dapat dinafikan dan inilah 'hadiah' yang saya terima =) Usai check up, saya menemani suami ke Mengkuang Dam, antara tempat femes untuk berjogging dan beriadah. Alhamdulillah bersyukur dapat menghela nafas daripada udara nyaman tasik dan bukit bukau menghijau walaupun hanya berjogging di atas kerusi :p Berjogging sudah, tiba di rumah pada jam 10 pagi. Dhuha seketika, memohon agar Dia melimpahkan keberkatan rezeki kepada kami sekeluarga. Next project, saya teringin untuk membuat puding gula hangus hehe..sudah lama meng'ushar' resepi lalu pada hari ini terkabullah hajat untuk makan puding gula hangus, alhamdulillah ya Rabb! Komen: puding gula hangus saya agak manis, mu...

Baitul Muslim Haraki

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah selesai sudah hari penamaan calon bagi N20 Sungai Limau. PAS meletakkan Ustaz Mohd Azam bin Abd Samad, 37 (Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai) manakala BN mempertaruhkan Dr Ahmad Suhaimi Lazim, 52 (Pensyarah Kanan UPSI). Keadaan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan dan provokasi Alhamdulillah. Saya amat tersentuh dengan setiap fenomena yang berlaku di dalam parti perjuangan kami ini iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS). Saya dapat menyaksikan bahawa tulus dan ikhlasnya setiap ahli PAS terutama golongan-golongan yang lebih tua dan lebih senior dalam sepak terajang perjuangan ini. Mereka benar-benar memahami aqidah perjuangan yang sedang mereka intima' dan mereka bai'ahkan sejak usia muda mereka, Allahu Akbar!! Mereka mengotakan apa yang dikata, melaksanakan apa yang telah dirancang dan istiqomah walau apa jua fitnah dan tohmahan yang sentiasa menyerang PAS. Begitu kerdil rasanya diri ini dalam menginfakkan seluruh ji...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...

Sayonara Lembah Pantai!

Bismillahi walhamdulillah Biiznillah, saya dan suami dapat bermusafir ke bumi tarbiyah kami sejak alam matrikulasi, Petaling Jaya. Alhamdulillah perjalanan pergi dan pulang dalam keadaan selamat dan aman. Syukur Ya Allah.. Berkira-kira awalnya mahu menggunakan kereta Ayahanda sementelahan kereta suami (baca: Si Biru) yang belum diservis. Akan tetapi, pada hari Jumaat lepas, suami berhasrat untuk menservis Si Biru dengan harapan dapat membawa kami ke KL. Pujian untuk Allah, kondisi Si Biru adalah selamat untuk bermusafir, maka kami teruskan rencana kami untuk ke KL menunggang Si Biru =) Jam 8.30 pagi kami bertolak. Alhamdulillah hari dan cuaca yang baik seolah-olah menyambut kedatangan kami ke KL. Sampai di rumah sewa saya iaitu Vista Angkasa pada pukul 1.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada sahabat kami, saudara Firwan yang sudi membantu mengangkat barang-barang saya yang sangat banyak itu. Tinggalan 2 tahun! Selesai barang-barang dimasukkan ke dalam perut Si Biru....

Ramadhan di Daerah Hi-Tech

Bismillahi walhamdulillah 5 Ramadhan 1433H. Subhanallah, cepat sungguh hari-hari yang berlalu di dalam bulan-Mu yang mulia ini. Bagaimana Ramadhanku? Allahu Allah..terasa banyak sekali masa yang dibazirkan dan dibuang begitu sahaja. Astaghfirullah, ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah.. Ramadhanku tahun ini ku lalui di daerah Hi-Tech, di negeri tercinta Kedah. Hamdan Lillah atas kurniaan-Nya, dapat merasai saat-saat Ramadhan bersama Zauji. Namun begitu jauh di sudut hati, kerinduan Ramadhan bersama teman-teman seperjuangan tidak dapat disembunyikan. Serasa mahu kembali ke zaman bujangan juga zaman kampus suatu ketika dahulu. Astaghfirullah..apakah aku telah menjadi insan yang tidak bersyukur? Sentiasa mengenangkan masa lalu walhal kini statusku adalah seorang isteri yang wajib berkhidmat untuk suaminya. Hal ini yang saban hari aku ingatkan kepada diri sendiri. Ya, mungkin dalam tempoh 5 bulan bernikah, hampir sebulan aku benar-benar berada di samping suami. Baru merasai bagaiman...

An Amateur Housewife

Bismillahi walhamdulillah Lokasi: Baiti Jannati (Techo Kulim) Jawatan: Surirumah sepenuh masa Alhamdulillah, sudah masuk hari keempat mendiami Baiti Jannati kami. Proses adaptasi nampaknya semakin terkawal dan sedikit demi sedikit dapat menarik nafas lega. Walau bagaimana pun, masih banyak kelengkapan yang tidak dapat disediakan dalam tempoh seminggu ini. 'ala kulli hal, hamdalah atas apa yang ada, kami tetap bahagia ^_^ Merasai pengalaman menjadi seorang surirumah amatur sepenuh masa amat menguji iman, perasaan dan masa. Hari-hari awal yang dilalui menerbitkan sedikit rasa bosan dek keseorangan sahaja di dalam rumah. Namun cepat-cepat dikuatkan hati bahawa inilah peranan sebenar seorang isteri di sisi suaminya. Bukankah ini saat yang ditunggu-tunggu? Seperti yang dipesan Zauji "Bermujahadahlah..." Setelah 5 bulan hidup berjauhan, lalu kini Allah mengizinkan aku memainkan peranan sebagai seorang isteri sepenuhnya. Alhamdulillah..lalu di manakah syukurku...

Bulan Gembira dan Bait Muslim

Bismillahi walhamdulillah Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah.. Ahlan wasahlan ya Rajab! Sudah lama sekali kami menantimu. Kerana hadirnya engkau adalah sebagai salah satu 'signal' awal datangnya bulan rahmat yang dirindui, Ramadhan Al-Mubarak! Alhamdulillah ya Allah, Engkau masih mengizinkan aku berada di dalam bulan yang penuh mulia, penuh barokah ini. Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam, atas nikmat bergelar seorang isteri kepada sang suami yang jauh di mata dekat di hati. Syukru Lillah atas segala nikmat yang Engkau titipkan buat hamba-Mu yang dhaif serba-serbi ini. Fatrah imtihan semakin hampir. Tidak sedar semester ketigaku bakal berakhir tidak lama lagi. Kesibukan dengan tugasan assignment juga berkejar-kejar dalam menyiapkan Research Proposal membuatkan aku hampir tidak sedar bahawa pantas sekali masa yang berlalu. Allahu Rabbi.. Masa berlalu pergi..zaman juga beredar..Umur semakin meningkat mengingatkan bahawa ajal semakin mende...

Apresiasi Buat Zauji

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah, ucapan hamdalah selamanya untuk Rabbku, untuk Rabb yang sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya yang tiada tara. Syukur teramatnya kerana Dia mengizinkan diri ini mengecap nikmat terindah dalam hidup selepas nikmat Iman dan Islam iaitu nikmat sebuah pernikahan. Tanggal 4 Februari 2012 bersamaan 11 Rabi'ul Awal 1433H, diri ini telah sah dinikahi zauji dengan sekali lafaz. Alhamdulillahi Rabbil'alamin..maka kini redha suami menjadi matlamat utama dalam hidupku. Kami telah halal untuk menyulam cinta, berkasih sayang kerana Allah semata. Inilah nikmat terindah, yang sebelumnya adalah haram bagi seorang lelaki dan perempuan, tetapi kini telah HALAL dengan asbab tali pernikahan itu. Alhamdulillah ya Rabb! Hidup berumah tangga sudah tentu tidak akan sunyi dengan ujian-ujian yang sentiasa dihidangkan Ilahi buat hamba-hamba-Nya yang beriman. Demikianlah kita diajar untuk memohon kekuatan kepada Allah dalam menghadapi me...

Sedetik Lebih

Agak 'jiwang' rasanya mendengar lagu ini. Tetapi ini adalah lagu cinta saya dan abang, maka saya belajar untuk mendengarnya (baca: dalam frekuensi yang tidak kerap) dan ada juga lagu-lagu lain yang lebih mantap bait-baitnya. Menjadi kekasih halal kepada abang adalah nikmat kebahagiaan yang tidak terucap. Alhamdulillah 'ala kulli hal! Dan pada 4 Mac lepas genaplah sebulan title 'isteri' yang telah saya galas. Usrah kami masih jauh lagi perjalanannya..Mohon didoakan agar usrah kami sentiasa disulami dengan sakinah, mawaddah dan rahmah. Bestnya NIKAH! Buat pembaca LTC yang masih single, cepat-cepatlah melangkah ke alam menikah =) Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Best regards, Hafizah wa Hafiz~

Sakinah

Bismillahi walhamdulillah “La Tahzan!” Ungkapan keramat sehingga dibukukan dan menjadi best seller ini terlalu azimat buat insan yang benar-benar menghayatinya. Nyata, Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni dengan sentuhannya yang berhikmah bisa memujuk hati yang lara, membelai jiwa yang gundah dan menyelimuti dada yang resah, Tabarokallah! Seputar diri ini mengenang kembali dosa-dosa silam, apakah sudah baik benar bergelar hamba-Nya? Sudah tentu jawapannya TIDAK! Susah benar mahu menjadi hamba-Nya yang solehah, hamba-Nya yang menyerahkan segala jiwa dan raga dengan segenap dan sebulat tawakkal hingga dia merasakan tiada tempat untuknya bergantung harap melainkan kepada Rabbnya semata. Susah benar! Terkadang jiwanya dirasa amat kosong, sedangkan lidahnya sudah berkumat-kamit menuturkan zikrullah..Allahu Allah..apakah benar hatinya sedang bertawajjuh atau hatinya itu lalai? Na’uzubillah! Lalu hamba yang kerdil, hina-dina ini meminta dengan amat sangat, di dalam sujud dan doanya ya...

Mabruk buat Sakinah dan Mukmin

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah kami merafa' kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, adinda kami tercinta Sakinah bt Yaakob telah selamat diijabkabulkan bersama mujahid pilihan hati, jawapan istikharah beliau, saudara Mukmin b Mohd Khairi . Majlis akad nikah telah berlangsung pada 15 September 2011 yang lalu. Keluarga di Malaysia hanya menyaksikan menerusi livestreamtv. Doa kami agar usrah Sakinah dan Mukmin sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah. Seakan tidak percaya diri ini sudah punya adik ipar! Alhamdulillah wa syukru Lillah..soal jodoh dan ajal sudah tertulis di Lauh Mahfuz. Telah tercatat jodoh adikku pada 15 September 2011 lalu. Sebagai kakak, tiada kata yang terungkap demi melihat adiknya berbahagia bersama teman, sahabat dan peneman sepanjang hidup beliau. Mabruk Nienah! Very happy for both of you! Can't wait to meet you and your husband next year! Fi Amanillah!

Sayap Perjuangan Teristimewa

Bismillahi walhamdulillah 15 Ramadhan 1432H semalam. Syukru Lillah dapat ifthar bersama teman, sahabat baikku, Halimatun. Kami berhajat mahu ke Kg Pasir selepas Maghrib, mendengar tazkirah Ramadhan daripada tokoh pimpinan yang tidak asing lagi; Al-Fadhil Ustaz Yusof Embong. Alhamdulillah kami tiba lebih kurang jarak waktu tibanya Ustaz dan zaujah beliau. Teruja aku melihat setianya sang isteri yang sentiasa bersama suami walau di mana sahaja. Dalam hatiku berdoa, semoga Allah kekalkan kesejahteraan rumah tangga mereka dan terus istiqomah sampai dijemput Ilahi. Aku berkesempatan berbual dengan seorang insan hebat, sayap perjuangan teristimewa buat Ustaz Yusof Embong. Subhanallah! Tabarokallah! Dalam hatiku tidak putus-putus melafazkan hamdalah atas nikmat pertemuan ini. Banyak sekali persoalan yang diajukan dek rasa kagumku terhadap insan ini, Puan Faridah. Ustaz Yusof dan zaujah adalah antara ikon mujahid/ah yang aku kagumi disebabkan keistiqomahan mereka di dalam perjuangan me...

Ya Allah, Damaikanlah..

Bismillahi walhamdulillah Sewaktu entri ini ditulis, hati dan fikiran baru sahaja recover daripada perasaan tensi dan tekanan pre-final-exam. Alhamdulillah, syukran Allah yang meneutralkan kembali hati dan jiwa ini. Sebaik-baik penawar tentunya zikrullah dan banyakkan mengingati Allah. Lewat beberapa hari ini, aku amat senang dan gembira mendengar khabaran walimatul'urus daripada sahabat-sahabatku samada yang sebaya mahu pun lebih muda daripadaku. Alhamdulillah semoga urusan Baitul Muslim kalian dipermudahkan dan diredhai Allah selama-lamanya. Buat para bakal isteri, jadilah kalian wanita solehah , sebaik-baik perhiasan dunia. Gampang sahaja menyebut, aku ingin menjadi wanita yang solehah, tetapi praktikalitinya, masya-Allah hanya Allah yang tahu. Semoga kalian diberikan kekuatan untuk menjadi sebaik-baik isteri yang diredhai para suami. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram...