Posts

Showing posts from August, 2013

Eid Mubarak dan Amanah

Image
Bismillahi walhamdulillah
Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah pada hari ini. Rasa seperti 'baru hidup' dek hampir 2 minggu lemah longlai dan tidak dapat menunaikan segala kewajipan dengan sebaiknya. Astaghfirullah'ala kulli zanbin..
Lama sangat tidak menjenguk dunia blog, gembira membaca perkembangan sahabat-sahabat; baik yang bakal bergelar ibu, baru bergelar ibu, sedang bertungkus lumus dengan PhD dll. Namun begitu, berita saudara-saudara Mesirku tidak akan dilupakan. Betapa kerdilnya diri ini jika mahu dibandingkan dengan kentalnya semangat jihad mereka. Allahu..
Ramadhan sudah pun berlalu. Setelah lama tidak ke rumah Allah, alhamdulillah diizinkan-Nya untuk sujud di dalam Masjid Al-Huda Kelang Lama, masjid saban hari saya dan suami bertarawikh. Allahu..perasaan rindu kepada Ramadhan tidak dapat diungkapkan. Benarlah Ramadhan pasti berlalu tetapi Tuhan Ramadhan sentiasa ada, sentisa menunggu hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas beribadah kerana-Ny…