Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Perjuangan Abadi

Perlumbaan Akhirat

Bismillahi walhamdulillah Meninggalkan dunia blog dalam waktu yang agak lama. Hambatan senarai amanah amat meruntun masa dan kudrat diri yang terkadang masih lemah dan malas. Sedangkan tuntutan kepada gerak kerja Islam ialah mengikuti segala suruhan pemimpin dalam keadaan senang atau susah, rajin atau malas, lapang atau sibuk, berharta atau tidak. Allahu Rabbi..diri ini masih lemah dibaluti hawa nafsu sendiri. Manusia lewat hari ini berlumba-lumba dalam mencari harta. Ya, tidak dinafikan membuka pintu rezeki itu adalah tuntutan di dalam agama. Membuka pintu rezeki di dalam bidang perniagaan bertambah berkat kerana umum mengetahui bahawa 9/10 daripada rezeki adalah datang daripada perniagaan. Namun, dalam kesibukan kita mencari harta jangan pula diabaikan perlumbaan kita menuju Akhirat. Bekalan ke sana jauh lebih penting untuk dipersiapkan hari ini. 2,3 minggu belakangan ini, kami menerima khabar kematian mengejut mengenai rakan sekerja suami dan seorang pelawak tanahair. T...

Amanah Baru

Bismillahi walhamdulillah Teringat doa saya kepada Dia, antara menjadi seorang pendidik dan penuntut ilmu. Jika antara keduanya yang Allah datangkan dahulu, saya terima dengan penuh kesyukuran. Allah sudah menjawab doa saya, hambaNya yang sangat dhaif ini. Tiada seindah kata melainkan Alhamdulillah. Janji saya kepada Allah dan diri, insyaAllah saya akan menggalas amanah ini dengan sehabis baik. Allah bersama sangkaan hambaNya. Sungguh bertuah rasa diri, Allah hadirkan insan-insan soleh solehah dari dulu hingga kini. Tidak terhitung nikmatNya, azamku mahu menjadi hamba Allah yang lebih taat dan lebih cinta. Terimalah aku ya Allah.. Amanah baru. Sekali lagi cita-cita ini ditunaikan oleh Yang Maha Esa, alhamdulillah.. PhD bagaimana? InsyaAllah PhD tidak dikesampingkan, azam itu akan ditunaikan kelak insyaAllah. Izinkanku berkhidmat kepada anak bangsa barang waktu. PhD yang penuh cabaran itu harus dipersiapkan bekalannya dahulu. Sungguh, aku bangga digelar penuntut ilmu...

Perjuangan Ini...

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillahi Rabbil'alamin, pujian selayaknya bagi Allah, Tuhan pemilik alam ini. Selawat dan salam untuk Junjungan tercinta, Khaatimul anbiya' Muhammad s.a.w. Saya kira tirai Muktamar PAS ke-59 sudah pun berlabuh. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan lancar. Cemburunya saya kepada para muktamirin dan muktamirat yang menghadirkan diri ke sana, semoga mereka semua diganjari Allah Ta'ala. Betapa naifnya saya, banyak sekali perkara yang wajib saya pelajari dalam erti kata bergelar seorang pendukung harakah Islamiyyah. Jika sekadar bersenandung di alam maya, bukanlah saya ini layak bergelar seorang pejuang, astaghfirullah.. Benarlah, jalan perjuangan ini sentiasa terhidang dengan mehnah, tribulasi, susah payah, fitnah dan segala macam penjara dunia yang merimaskan. Betapa hati ini bagaikan tersiat di setiap kali mata tertancap khabar-khabar buruk tentang perjuangan, telinga terdengar fitnah yang menikam dalam jasad perjua...

Baitul Muslim Haraki

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah selesai sudah hari penamaan calon bagi N20 Sungai Limau. PAS meletakkan Ustaz Mohd Azam bin Abd Samad, 37 (Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai) manakala BN mempertaruhkan Dr Ahmad Suhaimi Lazim, 52 (Pensyarah Kanan UPSI). Keadaan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan dan provokasi Alhamdulillah. Saya amat tersentuh dengan setiap fenomena yang berlaku di dalam parti perjuangan kami ini iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS). Saya dapat menyaksikan bahawa tulus dan ikhlasnya setiap ahli PAS terutama golongan-golongan yang lebih tua dan lebih senior dalam sepak terajang perjuangan ini. Mereka benar-benar memahami aqidah perjuangan yang sedang mereka intima' dan mereka bai'ahkan sejak usia muda mereka, Allahu Akbar!! Mereka mengotakan apa yang dikata, melaksanakan apa yang telah dirancang dan istiqomah walau apa jua fitnah dan tohmahan yang sentiasa menyerang PAS. Begitu kerdil rasanya diri ini dalam menginfakkan seluruh ji...

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora...

Kehilangan

Bismillahi walhamdulillah Rakyat Kedah hari ini dikejutkan dengan berita pemergian mantan MB Kedah iaitu Ustaz Azizan Abd Razak pada jam 11.05 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, Kedah. Innilalillahi wainna ilaihi raaji'un. Begitulah akhir perjalanan hidup seorang insan, pasti akan kembali ke pangkuan Tuhannya. Allahu..Ratusan status di FB mengutus takziah atas pemergian almarhum di samping gambar-gambar sekitar pengebumian almarhum juga dimuat naikkan. Sayu sungguh hati ini menatap ramainya yang hadir mengucapkan selamat tinggal kepada beliau. Subhanallah! Hebat dan mulianya seseorang insan itu boleh diukur dengan melihat berduyunnya manusia yang hadir menyolati jenazahnya. Begitulah yang dapat dilihat kepada sosok mulia yang dihormati lagi dikasihi ini.  Sejujurnya saya agak terkilan kerana tidak mengenali almarhum dengan dekat semasa hidupnya. Hanya mengikuti perjuangan dan pimpinan almarhum dari jauh. ...

Berdakwah, Bagaimana Mahu Istiqamah?

Bismillahi walhamdulillah Isu DAKWAH sudah tidak asing pada pendengaran kita. Kita pun sudah tahu bahawa dakwah adalah satu kewajipan atas setiap muslim yang mukallaf. Kita pun dah maklum akan dalil berdakwah ni, antaranya di dalam Surah Ali-Imran ayat 104. Tapi...kenapa ya kita susah sangat nak berdakwah? Rasa-rasanya dah banyak kali kita ikut usrah, daurah, wacana itu-ini, mukhayyam dan macam-macam lagi lah program-program tarbiyah ni..tapi last-last tetap fail jugak nak berdakwah. kenapa ya? Hamasah itu sekejap saja tetapi kefahaman itu lah asasnya. Tak dinafikan, time degree dulu, hamasah ni macam tinggi sangat2, tiap-tiap hari bersemangat sangat nak buat kerja Islam. Sampai dalam kelas pun dok fikir pasal gerak kerja Islam ja (macam sibuk sangat lah orang ni kan? hmm..). But once after grad, dah jauh daripada sahabat2, mulalah hamasah tu macam menurun sedikit demi sedikit..na'uzubillah..sepatutnya tidak harus berlaku kepada kita yang sudah menerima tarbiyah sejak a...

Ke Mana Hamasah Itu?

Bismillahi walhamdulillah Masa sesungguhnya amat pantas berlalu, sehingga satu saat pun tidak memberikan peluang kepada orang yang cuai menjaganya. Sem 4 sedang dilalui..dengan bebanan taklifan yang menuntut hak untuk dilunasi. Kala ini hati dan ruh amat merindui sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa di sisi jika nasihat mereka diperlukan. Sahabat-sahabat yang faham dan mengerti, sahabat-sahabat yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi istimewa di hadapan Sang Khaliq. Dan sahabat-sahabat yang tidak pernah jemu meniupkan hamasah kepadaku..agar aku terus teguh berdiri walau beribu ujian dunia membadai menggugah sebatang tubuh kerdil ini. Aku merasakan terlalu banyak alasan yang diberikan di kala Allah mahu memberiku peluang menambah saham pahala untuk perjuangan agama-Nya. Allah..sungguh hamba tidak berdaya Ya Allah..Allah Maha Tahu setinggi mana komitmen hamba dan Engkau Maha Tahu sedalam mana kapasiti hamba..ampunkan hamba-Mu Ya Allah.. Mungkin mereka mengatakan aku...

Muhasabah

Bismillahi walhamdulillah Semakin sukar untuk menguntai kata, takut untuk menulis juga ada kerana atas setiap perkataan mahu pun tulisan kita akan diuji oleh Allah. Mohon taufiq dan hidayah-Nya agar setiap bait yang tercatat mengundang saham pahala, amin Ya Rabbi.. Masa terlalu laju berputar. Muharram 1433H sudah merangkak ke hari 16. Sesungguhnya hari-hari yang berlalu akan menjadi saksi kepada kita di Akhirat kelak. Satu hari adalah mewakili satu saksi! Allahu Allah, bayangkanlah setahun menyamai 365 hari, maka akan ada 365 saksi buat segala amal perlakuan sepanjang hidup kita. Itu baru satu hari, bagaimana dengan usia kita di dunia ini? Jika kita dipinjam Allah dengan usia 60 tahun dalam melalui sebuah kehidupan di dunia ini, maka hitunglah 60x365 hari..Allahu Akbar! Takut dan malunya untuk berjumpa Allah.. Kadang kala dalam melalui sehari-hari dalam kehidupan kita, kita sering kali dilalaikan dengan kenikmatan dunia. Tanpa kita sedar atau tidak, kita telah termasuk dal...

Kagum dengan 'Mereka'

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah jaulah tarbawi kami dipermudahkan Allah, selamat tiba dan selamat pulang. Tribute saya dedikasikan kepada adinda merangkap mastermind jaulah kami, Adinda Yard! Semoga segala pengorbanan beliau dalam memastikan jaulah ini sempurna diganjar Allah dengan selayaknya. Berkira-kira saya pada awalnya mahu berpergian ke Pulau Mutiara ini. Bukan terlalu berkira dengan wang ringgit tetapi berkira dengan MASA! Sudah tentu orang seperti saya yang masih tidak sempurna time management nya akan sentiasa berkira-kira dengan masa yang berbaki untuk siapkan segala tugasan yang diamanahkan. Allahu Allah, benarlah firman-Mu, betapa MASA itu tidak akan pernah menunggu orang yang leka dan lalai. Akhiran, Allah memilih kami menyertai jaulah yang bermakna ini. Jaulah yang sekian lama saya rindui untuk menjadi pesertanya, seindah jaulah saya bersama teman-teman semasa fatrah alam graduasi dahulu. Alhamdulillah, seindah-indah lafaz, syukran Allah kerana memi...

Siraman Hati

Segumpal daging ini terkadang cepat sahaja bolak-baliknya.. Segumpal daging ini perlu senantiasa dipantau, diperiksa kesihatannya.. Segumpal daging ini tersimpannya segala rasa.. Rasa yang hakikatnya tidak mampu pun dinukilkan dengan tulisan mahu pun kalam.. Segumpal daging itu adalah engkau, wahai HATI.. Lalu di kala engkau layu tidak bermaya.. Aku mencuba menyirammu dengan air iman.. Kerana aku tahu jika baik engkau, maka baiklah seluruh anggota badanku.. Dan jika buruknya engkau, maka buruk pulalah seluruh jasadku.. Dan aku tidak mahu itu, na'uzubillah.. Untukmu HATIku.. Tarbiyah Itu Memberi Tarbiyah adalah untuk mereka yang menghargainya. Yang tidak berfikir hanya untuk menerima tetapi bersedia untuk MEMBERI . Mereka inilah yang akan terus kekal dengan tarbiyah itu. Tarbiyah itu mahal. Untuk menerima semua natijah tarbiyah, kita harus MEMBERI semua yang kita ada kepadanya. Tarbiyah adalah nikmat. {Requote from Sayyeda Zainab-Cairo} Tarbiyah adalah satu ...

Sayap Perjuangan Teristimewa

Bismillahi walhamdulillah 15 Ramadhan 1432H semalam. Syukru Lillah dapat ifthar bersama teman, sahabat baikku, Halimatun. Kami berhajat mahu ke Kg Pasir selepas Maghrib, mendengar tazkirah Ramadhan daripada tokoh pimpinan yang tidak asing lagi; Al-Fadhil Ustaz Yusof Embong. Alhamdulillah kami tiba lebih kurang jarak waktu tibanya Ustaz dan zaujah beliau. Teruja aku melihat setianya sang isteri yang sentiasa bersama suami walau di mana sahaja. Dalam hatiku berdoa, semoga Allah kekalkan kesejahteraan rumah tangga mereka dan terus istiqomah sampai dijemput Ilahi. Aku berkesempatan berbual dengan seorang insan hebat, sayap perjuangan teristimewa buat Ustaz Yusof Embong. Subhanallah! Tabarokallah! Dalam hatiku tidak putus-putus melafazkan hamdalah atas nikmat pertemuan ini. Banyak sekali persoalan yang diajukan dek rasa kagumku terhadap insan ini, Puan Faridah. Ustaz Yusof dan zaujah adalah antara ikon mujahid/ah yang aku kagumi disebabkan keistiqomahan mereka di dalam perjuangan me...

Permata Yang Pergi

Bismillahi walhamdulillah Julai sudah merangkak ke hari 20. Ada pelbagai rasa yang menguliti Julai tahun ini. Rasa lara BERSIH 709 masih belum padam, rakyat sekali lagi akur dengan takdir Ilahi. Perginya permata hati kami, penyeri perjuangan suci ini; Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali. Saya sebagai insan biasa-biasa ini tidak pernah bersua langsung dengan ikon mujahidah ini tetapi kisah perjuangan beliau sering meniti di bibir kami. Terpana saya apabila membaca bait-bait ini di dalam blog Dr Mohd Asri : Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya. Itu antara muqadd...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Rintih Si Demonstran Lara

Sebagai seorang rakyat yang hidup di dalam sebuah negara 'demokrasi', saya merasakan tidak keterlaluan jika saya mengingin dan mendambakan keadilan dan ketelusan di dalam sistem pilihan raya di negara ini. Sana-sini isu BERSIH 2.0 ini hangat diperkata, diperdebat malah lebih kotor lagi diputar belitkan faktanya. Saya sebagai rakyat, anda juga sebagai rakyat, kita tahu menilainya bukan? Tidak sanggup lagi mahu menatap berita-berita di dalam TV yang saban hari memualkan dan menjijikkan bagi saya. Malahan ada pula iklan BERSIH! Wallahua'lam apa maksud tersiratnya, hanya Tuhan yang tahu. Sasterawan Negara hingga mengalun puisi "Unggun Bersih", sungguh menggugah rasa, menyentap hingga ulu hati. Bahawa inilah rintihan sang demonstran lara! Tidak berapa lama menerima khabar BERSIH 2.0 dibenarkan untuk dijalankan tetapi bersyarat! Oh, baru sahaja mahu meneguk lega tetapi rupanya bukan dengan mudah ianya dibenarkan. Anda tahu di mana bakal berlangsungnya BERSIH? Di stadium...

BERSIH 2.0

Saya suka Julai tahun ini, Selain usia saya akan merangkak ke angka 25, Negara saya akan berhadapan dengan gelombang KUNING, Selepas hampir 4 tahun gelombang KUNING yang pertama dahulu, Inilah dia BERSIH 2.0 ! Semalam saya berpetang bersama adik saya, Khai, Warm up Pre-Bersih katanya, Saya tahu beliau sedikit sedih kerana tidak dapat turut serta nanti, Panggilan sebagai tetamu Allah pada tika itu, Tidak mengapa kata saya, Bawa gelombang KUNING ini ke sana, Beliau dan para jemaah juga boleh berdemo di sana, Pecah tawa kami, Anda yang membaca, Saya memohon dengan amat, Sebarkan, war-warkan kepada sesiapa sahaja tentang BERSIH 2.0 ini, Sebarkan dengan kefahaman dan kesedaran kenapa saya, anda dan mereka wajib ke himpunan ini, Mari bersama kita menyahut seruan pimpinan, Tunjuk rasa, bergotong-royong BERSIHkan negara yang kita cintai ini, Bukankah ini juga dikira sebagai jihad? Bersungguh-sungguh dalam menentang yang batil dan mungkar, Saya menyeru, anda juga menyeru, Moga ada hati-hati yan...

Menoreh Impian

Bismillahi walhamdulillah Menoreh impian, inilah frasa ampuh yang sedang ku genggam. Tidak lagi melakar impian tetapi aku sedang menorehnya. Melihat dunia hari ini amat menakutkan. Jenayah melata di mana-mana. Maksiat, berleluasa! Astaghfirullah! Islam hanya pada nama. Jika hanya lihat pada kulitnya dan tidak diketahui nama, alangkah luluh hati, isi tidak Islam tetapi hanya pada kulitnya. Apa sudah jadi wahai manusia? Hatta mereka adalah kelahiran sekolah agama tetapi sayangnya 'pakaian' sekolah agama sudah ditanggalkan. Buruk. Jelek. Hodoh dengan 'pakaian' yang dibangga-banggakan mereka. Seolah mengalahkan budaya Barat! Takut, sungguh takut sekali! Mereka sudah tiada takut? Takut kepada yang Yang Maha Kuasa? Yang murka-Nya tiada tara? Yang azab-Nya tidak tertahankan? Na'zubillah! Sedarlah wahai manusia! Dunia semakin tua, tiupan sangkakala pasti tiba. Jika waktu itu tiba, sudah tiada guna taubatmu. Insaflah, kembalilah kepada Tuhanmu Yang Maha Penerima Taubat, sebe...

Lapuknya Isu Semasa Saya

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah usai menduduki kertas ketiga peperiksaan akhir bagi semester pertama pengajian Master saya. Masih punya satu lagi kertas pada 5 Mei nanti, semoga persembahan yang mantap dapat diberikan buat 'Issues in Economics Analysis', insya-Allah. Sungguh malu saya kepada Allah, Tuhan Pemilik Segala kerana sehingga ke hari ini, Dia sentiasa mengurniakan kemudahan ke atas setiap kerja buat saya. Moga-moga saya dan anda sentiasa menjadi hamba-Nya yang paling bersyukur. Sedar tidak sedar, saya akan menamatkan semester pertama saya tidak lama lagi. Alhamdulillah sungguh tidak diduga akan perjalanan kehidupan yang diaturkan Allah kepada saya. Lalu nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan? Sebetulnya dalam hati saya yang paling dalam, sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sangat sedih dan kesal akan apa yang berlaku dalam negara kita sekarang. Saya akui betapa lapuknya isu semasa saya sekarang, terkadang update dan terkadang tidak. Namun kelapukan isu ...

Langkah Da'ie

Bismillahi walhamdulillah Maksudnya: "Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, "Jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu." Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." [9:42] Inilah ayat azimat yang sering diucapkan dan di'highlight'kan di dalam usrahku di UIA dahulu. Maha Benar firman Allah. Jika kita menelusuri ayat ini, akan kita temukan bahawasanya 'jalan ini' (baca: perjuangan dan dakwah menegakkan kalimatULLAH) adalah jalan yang sangat jauh, payah dan banyak sekali cabarannya. Period zaman Nabi-nabi kita telah merakamkan kebenaran ayat Allah ini. Berapa ramai yang benar-benar berjuang, turun ke medan juang berbanding ramainya yang hanya tahu bercakap dan beraza...