Posts

Showing posts from January, 2014

Diari Ummi

Bismillahi walhamdulillah
Ummi kini sudah berada pada 32 minggu dan 6 hari kehamilan. Subhanallah, Tabarokallah! Seakan tak percaya rasanya, seolah baru semalam Ummi baru saja mengetahui bahawa Ummi hamil! Fasa sekarang adalah fasa yang mencorak pelbagai rasa dalam diri Ummi; rasa tidak sabar bertemu anak Ummi ni dan dalam masa yang sama rasa gementar dan takut juga dalam menghadapi proses bersalin nanti. Allahu yusahhil!
Persiapan mental dan fizikal harus disiapkan semantapnya. Ummi telah membaca perkongsian perjalanan kelahiran daripada sahabat-sahabat dan rakan-rakan Ummi. Masha Allah banyak manfaat yang Ummi peroleh sementelahan ini adalah kali pertama pengalaman Ummi hamil. Ada cerita positif dan ada cerita negatif. Ummi membaca semuanya dan Ummi cuba mengambil daripada sisi positifnya insyaAllah. Di dalam bacaan Ummi tentang Gentle Birth, seeloknya ibu yang hamil membayangkan gambaran yang positif sahaja agar emosi si ibu sentiasa dalam keadaan tenang, relaks dan nyaman dalam meng…

Pembuka Tirai 2014

Bismillahi walhamdulillah
Lama sungguh tidak mentinta di laman LC. Kurangnya membaca menjadi salah satu asbab tumpulnya idea untuk menulis, oh betapa menurunnya graf membaca sekarang :(
Alhamdulillah fasa kehamilan sudah beranjak ke minggu 30. Subhanallah, pantasnya masa berlalu! Jika kita tidak menjadi orang yang menghargai masa, maka rugilah kita :(
2013 sudah berlalu meninggalkan kita. Bagaimana pencapaian kehidupan yang dilalui sepanjang tahun lepas? Bagaimana tingkatan IMAN dan AMAL kita? Jawapannya berada di dalam kocek masing-masing; semak, nilai dan berilah markah masing-masing, termasuklah diri saya sendiri.
Jan 2014 dan Ulangtahun Pernikahan ke-2
Alhamdulillah, sudah 2 tahun rupanya diri ini menjadi suri kepada Zauji. Subhanallah! Tabarokallah! Semoga Allah menerima segala amal ibadah saya dalam menunaikan amanah-Nya selain sebagai hamba Allah, juga sebagai seorang isteri.
Masih terlalu banyak perkara yang harus dipelajari tambahan dalam mempersiapkan diri kami untuk menerima aman…