Posts

Showing posts from August, 2011

Siraman Hati

Image
Segumpal daging ini terkadang cepat sahaja bolak-baliknya..Segumpal daging ini perlu senantiasa dipantau, diperiksa kesihatannya.. Segumpal daging ini tersimpannya segala rasa.. Rasa yang hakikatnya tidak mampu pun dinukilkan dengan tulisan mahu pun kalam.. Segumpal daging itu adalah engkau, wahai HATI..
Lalu di kala engkau layu tidak bermaya.. Aku mencuba menyirammu dengan air iman.. Kerana aku tahu jika baik engkau, maka baiklah seluruh anggota badanku.. Dan jika buruknya engkau, maka buruk pulalah seluruh jasadku.. Dan aku tidak mahu itu, na'uzubillah..
Untukmu HATIku..


Tarbiyah Itu Memberi


Tarbiyah adalah untuk mereka yang menghargainya. Yang tidak berfikir hanya untuk menerima tetapi bersedia untuk MEMBERI. Mereka inilah yang akan terus kekal dengan tarbiyah itu.
Tarbiyah itu mahal. Untuk menerima semua natijah tarbiyah, kita harus MEMBERI semua yang kita ada kepadanya.
Tarbiyah adalah nikmat.
{Requote from Sayyeda Zainab-Cairo}
Tarbiyah adalah satu kepuasan! (Hamasyie)
Sebelum mata ini pej…

Kembali Berpencak

Image
Bismillahi walhamdulillahSatu semester sudah ku tinggalkan jejak. Rekod yang dicatat, masih tidak memuaskan. Masih tidak tertebus ‘dosa’ Ijazah Mudaku. Juga masih tidak mampu membanggakan kedua orang tuaku. Apa sudah jadi wahai diri?Jika waktu dapat diundur, mahu rasanya aku menapak kembali pada hari pertama menjejakkan kaki di tanah UM ini. Tetapi sudah tentu ianya tidak sama sekali boleh diundur, masa hanya mentertawakan aku. Ah, dasar manusia yang tidak tahu langit itu tinggi atau rendah! Sedarlah wahai diri…Catatan hari ini yang bertanda di kalendar Hijri, 22 Ramadhan 1432H adalah lebih kepada menambah momentum dan menyuntik hamasah kepada diri sendiri. Mengakui akan benarnya kajian daripada sang motivator bahawa manusia itu semangatnya berapi-api hanya dalam masa 30 hari! Terkenang pada langkah pertama memijak tanah UM, oh memang semangatku menyala berapi-api tika itu!Disebabkan itu aku mahu hamasah itu kembali berapi-api lagi di dalam diri ini. Pernah seorang teman menasihati ba…

Sayap Perjuangan Teristimewa

Image
Bismillahi walhamdulillah
15 Ramadhan 1432H semalam. Syukru Lillah dapat ifthar bersama teman, sahabat baikku, Halimatun. Kami berhajat mahu ke Kg Pasir selepas Maghrib, mendengar tazkirah Ramadhan daripada tokoh pimpinan yang tidak asing lagi; Al-Fadhil Ustaz Yusof Embong.
Alhamdulillah kami tiba lebih kurang jarak waktu tibanya Ustaz dan zaujah beliau. Teruja aku melihat setianya sang isteri yang sentiasa bersama suami walau di mana sahaja. Dalam hatiku berdoa, semoga Allah kekalkan kesejahteraan rumah tangga mereka dan terus istiqomah sampai dijemput Ilahi.
Aku berkesempatan berbual dengan seorang insan hebat, sayap perjuangan teristimewa buat Ustaz Yusof Embong. Subhanallah! Tabarokallah! Dalam hatiku tidak putus-putus melafazkan hamdalah atas nikmat pertemuan ini. Banyak sekali persoalan yang diajukan dek rasa kagumku terhadap insan ini, Puan Faridah.
Ustaz Yusof dan zaujah adalah antara ikon mujahid/ah yang aku kagumi disebabkan keistiqomahan mereka di dalam perjuangan menegakkan Is…

Langit Ramadhan dan Mimpi

Image
Dengan nama Allah, hari ini aku masih lagi bernafas. Syukran Ya Allah. Ramadhan sudah menginjak hari yang keenam. Telah genap empat hari aku mengharung Ramadhan di tengah kota metropolitan ini. Segala yang tersurat di Lauh Mahfuz aku terimanya. Seakan tidak pernah aku membayangkan Ramadhan tahun ini aku berbumbungkan langit kota raya dengan kepadatan 1.6 juta penduduk ini.
Rahmat Allah tidak terperi. Tidak layak bagi seorang insan untuk mempersoalkan itu-ini kepada Tuhannya. Bukankah kita hanya hamba? Bukankah kita hanya khadam-Nya? Apakah tiada sekelumit pun malu yang ada di dalam diri? Dengan itu, bermuhasabahlah sentiasa. Di bawah langit Ramadhan, masih tidak terlewat untuk kita meraih kasih dan rahmat-Nya. Lewat usia suku abad ini, aku benar-benar teruji. Teruji segalanya. Namun sebagai hamba, inilah ‘hadiah’ yang paling mahal daripada Tuhanku. Dia telah menciptakan kita atas hakikat hidup ini adalah sebagai ujian. Setiap ujian akan menentukan tahap keimanan seseorang hamba. Adakah …