Posts

Showing posts from August, 2010

Merdeka Ruh, Merdeka Jiwa

Image

Sesuci Kasih Ibu, Setulus Kasih Ayah

Image
Mak,
Tidak bosan menguruskan makan-pakai anak-anaknya yang 9 orang ini..
Tidak penat memasak, mengemas rumah dan melakukan segala kerja rumah yang banyak ini..
Tidak pernah merungut keletihan..
Tidak pernah mempamerkan raut wajah yang sedih, letih mahu pun jemu..

Abah,
Sentiasa mahukan anak-anaknya yang 9 orang ini berjaya dalam pelajaran dan kehidupan kami..
Sentiasa mahukan anak-anaknya otimis dan maju ke hadapan..
Sentiasa menjaga masa dan optimumkan masa yang ada..
Sentiasa memenuhi keperluan keluarga yang besar ini dengan kemampuan yang dia miliki..

Mak dan Abah,
Terima kasih yang amat atas segala-galanya..
Sungguh, sampai Hari Akhirat pun kami tidak mampu membalas segala penat-jerih kalian dalam membesarkan kami..
Kami menyerahkan kepada Allah, kerana Dia sahaja yang mampu membalas segala kebaikan kalian kepada kami..

Terima kasih Mak dan Abah =)

{sehingga umurku yang 24 ini pun masih disiapkan keperluan oleh Mak dan Abah *,^}

Akan Ku Jumpa

Image
Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayangmu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganmu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir dirimu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar dirimu

{Azfar}

* credit to Asma' (^_*)

Tajdid Iman

Image

Menjiwai Tugas Seorang Pensyarah

"Miss, macam mana nak selesaikan soalan ni?"

"Bila Miss free ya? Saya nak jumpa Miss,"

"Miss, kita buat Test lepas Hari Raya, boleh?"

Itulah antara soalan-soalan yang aku terima daripada anak-anak didikku. Tidak ku sangka, sudah masuk minggu ke-7 aku bergelar pensyarah sambilan sepenuh masa. Masya-Allah!

Tidak dinafikan, aku mengambil masa yang agak lama untuk menjiwai tugas sebagai seorang pensyarah ini. Rupanya tanggapanku terhadap profesion seorang pensyarah selama ini adalah meleset sama sekali.

Dahulu,
"Nampak macam best je jadi lecturer ni, masa agak flexible, kan? Kerja pun tak teruk sangat."

Kini,
"Ya Allah, baru ku tahu erti tugas seorang pendidik. Bantulah hamba-Mu ini."

Seorang pensyarah, bukanlah satu tugas yang mudah seperti yang aku bayangkan sebelum ini. Masih banyak tugasan lain selain mengajar yang perlu dilaksanakan. Bagaimana seorang pensyarah mahu memastikan anak-anak didiknya memahami topik yang diajar, membantu anak-anak d…

Ramadhan Kareem!

Image
Allahumma baarikli fi Ramadhan..

Ramadhan, bulan yang penuh kerahmatan ini datang lagi. Alhamdulillah, aku masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengannya lagi. Syukran Ya Allah!

Aku mengira-ngira, hampir 10 tahun aku menyambut Ramadhan sebagai seorang pelajar, berada di bumi ilmu, jauh daripada keluarga. Dan kerinduan untuk menyambut Ramadhan di Taman Ilmu dan Budi masih tidak dapat ku singkirkan. Bersahur, iftar jama'ie, bertadarus dan bertarawikh bersama teman-teman dan adik-adik kesayangan seperjuanganku tidak mungkin aku padamkan dari kotak memori ini. Biarlah Allah sahaja yang tahu erti kerinduan ini.

Betapa pantas masa berlalu. Disebabkan itu Allah juga telah bersumpah 'Demi Masa' di dalam Ayat-ayat-Nya. Subhanallah! Ramadhan telah pun tiba dan Ramadhan tahun ini akan ku manfaatkan sebaiknya, insya-Allah. Ramadhan tahun ini juga merupakan julung-julung kali aku menyambutnya bersama usrahku yang tercinta. Entah dapat lagi atau tidak aku menyambutnya tahun hadapan ber…

Warna-warni Julai

Bismillahi walhamdulillah

Entri kali ini merupakan updated entry yang paling jauh jaraknya berbanding entri-entri yang lain. Maafkan diri ini wahai teratakku. Kekangan yang dialami selama hampir seminggu tidak dapat melayari alam maya (baca: problem with Streamyx) dijadikan alasan untuk tidak mengupdate..

Alhamdulillah-tiada kata lain yang dapat diungkapkan melainkan hamdalah, puji-pujian kepada-Nya yang sentiasa memberikan kekuatan kepada diri yang amat lemah ini dalam menelusuri warna-warni kehidupan yang sementara ini. Sesungguhnya firman Allah dalam Surah Al-'Asr amat-amat terkesan kepada diriku, juga ungkapan keramat "Al-Wajibat Aksaru Minal Awqat"-As-Syahid Imam Hasan al-Banna benar-benar memaknakan erti masa dalam diariku akhir-akhir ini.

Ya, bukan sahaja akhir-akhir ini (baca: sebulan yang baru berlalu), tetapi aku menginsafi bahawa kewajipan yang ditanggung itu benar-benar melebihi masa yang kita ada! Amat dan amat sedikit sekali dirasakan 24 jam yang dipinjamkan s…