Posts

Showing posts from November, 2010

Kembali Bertemankan Umar ^_^

Semenjak bergraduasi, saya tidak lagi bercerita tentang Umar saya. Ada sahabat yang bertanya khabar Umar, terima kasih amat, ingat lagi kalian kepada Umar ya. Alhamdulillah Umar sihat sejahtera, macam tuan dia, sudah melalui beberapa kali terapi dan rawatan susulan, moga-moga Umar tough bersama saya di negeri orang nanti =)

Baru sahaja tiba di Juliana pagi tadi, selepas menempuh perjalanan 7 jam bersama Abah dan Ecah semalam. Umar pula ditempatkan di rumah Pak Usu selama sebulan sebelum saya mengambil ‘dia’ semula pada 27 Disember nanti, insya-Allah. Alhamdulillah urusan rumah sewa saya dipermudahkan Allah berwasilahkan pertolongan yang amat berharga daripada Pak Usu sekeluarga kepada saya. Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Ada bermacam-macam perasaan sekarang ini. Berkobar-kobar, tidak sabar, risau dan gundah pun ada. Perasaan yang pelbagai ini saya adunkan, biar ianya tertumpu kepada mencari keredhaan Allah, insya-Allah. Sudah tentu diri sendiri tidak kuat, Allah sahaja yang member…

Collection; Pictures & Words

Image
.:DILIGENCE:.

.:LEARNED:.

.:ENTHUSIAST:.
{the picture that most I luv ^_^~}

.:HARDWORKING:.
{learn from this tiny creature ;) }

.:SUCCESS:.
{my dream & aim to be achieved, insya-Allah}


.:PADDY FIELD?:.
{it reflects peace, calmness & harmony, specifically directed to my hometown =) }


.:N5M:.
{ah-ha, what's the message from this picture actually? can u guess?}

Note: still waiting for the so-called 'theater' N5M in her own version =), wish u good luck dear ;)


Korbankan Kecintaanmu!

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sejarah umat terdahulu..

Kisah Qabil & Habil,
Nyata, PENGORBANAN Habil yang diterima di sisi Allah..

Kisah Nabi Allah Ibrahim a.s & anaknya Ismail a.s.
Peristiwa penuh bersejarah ini menjadi 'ibrah sepanjang zaman,
Sembelihlah kecintaanmu!
Lalu kibas ditukar ganti,
Nyata, TAQWA itu yang sampai kepada-Nya..

Erti PENGORBANAN itu luas,
Umat terdahulu telah berkorban, terlalu banyak berkorban,
Demi kesejahteraan dan kesenangan umat hari ini..

SALAM EID ADHA 1431 H

Rasa Mahu Menangis..

Image
Alhamdulillah, ucapan hamdalah ini tidak akan pernah berhenti aku sebut..

Dahulu, pernah rasa sebak dan sedih apabila permohonan Sarjanaku ditolak..

Hari ini, subhanallah! Rasa mahu menangis, rupanya Allah mahu menghadiahkan sebuah perjalanan yang bakal ditempuh di sini..


Perjalananku masih jauh dan panjang andai nafas masih bisa dihela..

Perjalananku demi sebuah cita-cita ini tidak akan berhenti selagi ruang dan waktu masih diberikan-Nya..

Malunya aku kepada-Mu wahai Tuhan, betapa kerdilnya aku di sisi-Mu..

Kurniakan aku kekuatan dan kesabaran dalam menggali dan memperdalam ilmu-Mu, amin..

p/s: sahabat2 dan para pembaca budiman, sudilah kiranya mendoakanku. Sesungguhnya tawaran kemasukanku ke UM ini juga adalah atas asbab doa kalian, insya-Allah =)

Antara Garisan

Terkesan.

Insaf.

Ampunkan hamba-Mu Ya Allah..

'Buah tangan' Astro Ria malam ini. Walau sudah diulang tayang, baru kali ini berkesempatan menyaksikannya daripada awal.

Saksikanlah, ada mesej dan ingatan buat mereka yang sedar.

Usah megah dan suka sekali 'menghukum' orang lain, megah diri, mendabik dada bahawa diri ini begitu mulia dan dijamin ke syurga-Nya, na'uzubillah!

Urusan dosa pahala adalah urusan Allah Ta'ala, empunya diri lemah ini. Adakah manusia yang hina bisa mengukur dan menentukan dosa-pahala orang lain?

Antara Garisan..

Seorang ustaz yang disanjung mulia oleh penduduk kampung akhirnya menangis sendiri atas keterlanjuran dosanya.

Dahulu, dia memandang hina perilaku seorang GRO..sampai bisa menghukum, JIHAD katanya..Amar Ma'ruf Nahi Munkar bilangnya..tetapi dia telah menyalah tafsirkan jihad dan AMNM itu, tidak seperti yang Islam ajar kepada penganutnya!

Kini..seorang GRO yang dipandang hina itu telah bertaubat dan dia berdiri, menyaksikan Ustaz yang '…

Hentikan Polemik Ini

Image
Cukuplah...
Rakyat menderita,
Bekalan makanan dan pakaian yang tidak mencukupi,
Ditambah emosi yang tidak keruan.

Cukuplah...
Usah isu ini mahu dipolemikkan,
Banjir itu tiada mengenal anutan politik dan fahaman rakyat.

Cukuplah...
Jangan kerana anda ada takhta dan kuasa,
Isu bersama dicaca-merbakan,
Yang seharusnya digembleng bersama.

Dengarlah...
Suara hati dan rintihan rakyat ini..
Dan renunglah bahawa banjir bukan hanya bencana alam,
Tetapi ada mesej yang disampaikan oleh Allah buat kita.

Bah!

Bismillahi walhamdulillah

Pertama-tamanya Alhamdulillah, pujian kepada Rabbul Jalil, aku masih lagi diberikan umur pada hari ini. 3 Nov sudah menjengah, anak didikku bakal bertempur pagi ini, untuk kertas 'Calculus II For Engineers'. Doa dipanjat, semoga mereka dapat menjawab dengan penuh ketaqwaan dan kesabaran =)

Sebenarnya niyyahku mahu ke UiTM Perlis hari ini, mengambil answer scripts MAT 285 (Further Mathematics For Engineers) dan seterusnya berada di sana sepanjang peperiksaan bagi kertas MAT235 berlangsung. Sepanjang malam tadi, aku berdoa moga-moga bah yang melanda kawasan-kawasan rendah di Jitra hingga ke Arau surut, agar aku dapat menjejakkan kaki di UiTM Perlis ini.

Hypothesis awalku, mungkin jalan Jitra-Tunjang-Padang Sera-Kodiang masih ditenggelami air. Kawasan di situ sememangnya rendah berbanding Jitra selatan sehingga Alor Star. Pagi ini Mak mengajakku menjemput adinda, Ahmad Zaki yang baru sampai di Shahab Perdana, pulang bercuti dari Uniten. Keluar sahaja dari r…