Posts

Showing posts from June, 2010

Syukran Ya Allah!

Image
No words to say; Alhamdulillah, syukran ya Allah!
You bestows me the 'rizq' even I'm not being ur humble slave in front of You..

Dear friends, please pray for me..
I need your du'a and nasihah
May I can perform myamanahwell and the best that I can
May I can teach and preach the knowledge duniawi and ukhrawi to my students
May I can show the best qudwah to them
Till then
I can answer in front of Allah
For what I've done
In the entire of my life..

Thank you.

Facebook; Dari Sudut Pandangku

Image
Sudah menjadi kegilaan bukan sahaja muda-mudi, adik-adik di bangku sekolah malah golongan yang sudah bergelar ibu, bapa dan juga datuk turut ‘log in’ setiap hari di laman sesawang Facebook ini. Aku? Juga tidak ketinggalan menyertai jutaan pengguna Facebook di seluruh dunia.
Mendaftar pada Januari 2010 yang lalu. Hanya suka-suka dan ingin tahu apa yang menariknya dengan Facebook ini. Mulanya memang tak pandai langsung nak ber’facebooking’ ni, biasalah masih baru nak berjinak-jinak. Testimoni rakan-rakan mengatakan Facebook ini amat ‘friendly-user’ dan boleh juga mencuba pelbagai games dan kuiz yang menarik!
Aku hanya mendengar dan ada juga tergerak hati ingin mencubanya. Lama-kelamaan aku sudah biasa dengan features yang sangat mudah, menarik dan up-to-date ini. Pelbagai kemudahan yang disediakan di dalamnya, anda boleh upload gambar dan video sebanyak mana pun yang anda mahu, silakan! Yang paling menarik, anda boleh update status diri anda walaupun setiap saat yang anda mahu! Maka tidak…

Mereka Tetap Di Hati

Image
Masa amat cepat berlalu. Begitulah lumrah kehidupan dan aturan Ilahi dalam setiap diari hamba-Nya. Tidak terlepas buat diriku. Terasa masih tidak bisa menjadi anak solehah buat ayahanda dan bonda sepanjang dua bulan ini. Astaghfirullah, mohon ampun dari-Mu ya Allah, bantulah aku untuk menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat.Entah kenapa malam ini, sesudah solat Isya’ku, fikiran dan hati ini asyik teringat-ingat ‘mereka’. Mereka yang pernah hadir di dalam hidupku, mereka yang pernah mengetuk hati dan perasaan ini dengan nama ukhuwwah dan kasih sayang. Mereka yang juga menjadi ‘amanah’ku walaupun setahun cuma. Mereka yang aku ingati dan rindui saban waktu.Ya, dengan mereka aku merasa cukup bahagia dan gembira. Bertemu mereka melahirkan rasa kagum dan syukurku yang tidak terhingga. Aku lebih bahagia menjadi pendengar setia mereka. Suka dan bangga dengan debat, celoteh dan buah fikiran mereka tiap kali kami berjumpa. Ah, itulah kenangan manis yang tidak mungkin akan aku lupakan sampai…

Meneruskan Cita-cita

Selalu orang berkata "Gapailah cita-cita walau ianya setinggi bintang di langit"
Tetapi adakah setiap cita-cita itu seringkali terlaksana atau berjaya digapai?
Ya bagi mereka yang "Pay now play later" dan mungkin tidak bagi mereka yang "Play now pay later"

Pay now play later~mungkin ungkapan ini boleh disamakan seperti pepatah Melayu kita "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian". Kita harus pay (membayar/bersusah) dalam merealitikan cita-cita sebelum kita akan play (bermain/bersenang) pada masa akan datang. Seorang pelajar/mahasiswa harus 'membayar' kejayaan mereka dengan usaha yang konsisten, mujahadah yang tiada henti di samping doa dan tawakkal kepada-Nya sebelum mereka bisa 'menikmati' sebuah kejayaan.

"Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"-saya kira ini adalah satu ungkapan motivasi buat diri saya dan sesiapa sahaja yang benar-benar menyelami ungkapan ini. Kenapa mujahadah itu pahit? Kerana mujahadah at…

Bakal Pendidik

Image
Bismillahi walhamdulillah

Agak lama tidak menjenguk 'Leading The Change' selepas post terakhirku mengenai khabar Konvoi LL4G. Alhamdulillah segala pujian dipanjatkan kepada-Nya kerana 12 orang aktivis relawan Malaysia selamat daripada diapa-apakan oleh Zionis Israel laknatullah! Jutaan syukur dipanjatkan dan tidak terungkap ucapan terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia khasnya dan seluruh umat dunia amnya atas doa yang tiada henti buat para relawan Misi Bantuan Gaza, alhamdulillah..

Aku tinggalkan dahulu cerita relawan Gaza kerana Misi Bantuan Gaza tidak akan pernah berhenti walau bagaimana rakusnya Israel mahu menyekat misi ini. Seluruh dunia mengutuk dan mengecam tindakan mereka dan percayalah sedikit masa lagi dunia akan bangkit menentang mereka, insya-Allah!

Dalam keributan kisah Gaza ini, aku pula telah diberikan rezeki oleh-Nya untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah IPTA tidak jauh dari rumahku. Alhamdulillah, begitu Allah Ar-Razzaq yang Maha Pemberi Rezki. Sekarang sem…

Penghujung Mei Yang Suram

Pejam celik, pejam celik, rupanya sebulan sudah aku menanam anggur dengan jayanya di rumah..kadang-kadang rasa geram dengan diri sendiri bila suka sangat bermalas-malasan di rumah ni, astaghfirullah!

28 Mei lalu aku terima mesej daripada sahabatku mengenai Konvoi Viva Palestin; Ketua Misi LL4G Malaysia-Tuan Hj Noorazman yang memohon seluruh umat Islam mendirikan solat hajat buat relawan-relawan di sana. Tersentak aku membaca mesej beliau, dalam hatiku terdetik "Israel buat hal lagi" dan ternyata mereka ini manusia kejam lagi tak berhati perut dan tidak kenal juga erti kemanusiaan.

Melewati laman sosial Facebook selepas 28 Mei terus memberikan kejutan demi kejutan untuk aku. GAMIS, SRC UIA dan pelbagai lagi pertubuhan NGO yang lain menempelak sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk Israel itu. Di Turki pula, rakyat telah memenuhi jalan-jalan raya dengan demonstrasi dan tunjuk perasaan menyesali tindakan kebinatangan Israel ini. Salah seorang penunjuk perasaan menyatakan bahawa sepa…