Posts

Showing posts from December, 2010

Setahun Yang Dulu..

Setahun sudah berlalu, Saat menuruni 'kerusi' itu, Menyerahkannya kepada yang lebih baik, Dan ternyata 'dia' mengemudi kerusi ini dengan terbaik =)
Alhamdulillah banyak sekali yang dipelajari semasa menduduki kerusi itu, Erti amanah, tanggungjawab, toleransi, lapang dada, Juga korbankan 'ananiyah' beserta masa, tenaga, harta, Indah sekali semuanya.
Bukan berbangga kerana dipilih untuk berada di situ, Akan tetapi dengan penuh rasa rendah diri mendudukinya, Sedangkan di dalam diri penuh tanda tanya, Akhirnya akur itu adalah pilihan Allah jua.
Setahun sudah berlalu, Kini kerusi itu bakal diduduki lagi, Oleh empunya diri yang baru, Yang bakal mengemudinya dengan lebih baik lagi daripada generasi terdahulu, Insya-Allah..
Begitu aku meyakini dan menginsafi, Kitalah mata-mata rantai perjuangan Nabi, Menggalang-ganti tugas dan misi ini, Sehingga tiba masa kita dipanggil Ilahi.
BUAT PEMILIK-PEMILIK KERUSI; TAHNIAH & TAKZIAH, ANDA ADALAH PILIHAN ALLAH!

Untukmu Sahabat..

Image

Alam Turut Bertasbih..

Image
"Tidakkah engkau (Muhammad) tahu bahawa kepada Allah lah bertasbih apa yang ada di langit dan di bumi, dan juga burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-masing sungguh telah mengetahui (cara) berdoa dan bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." [An-Nur 24:41]

MenDARAH DAGINGkan Perjuangan Islam!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
'Azhim, Allah Maha Besar dan hanya kepada Dia aku berserah diri.
Telah aku mewaqafkan diri ini untuk perjuangan Islam yang suci..Mudah sangat aku melafazkan kata-kata ini. Semudah itukah aku mempraktikkannya? Surah As-Soff ayat 2-3, Allah memberi amaran kepada orang beriman bahawa kemurkaan besar bagi mereka yang hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan cakapan itu. Astaghfirullah!
Sehingga saat ini aku masih merindukan 'alam tarbiyah' di bumi IIUM tercinta. Segala-galanya dirasakan sangat indah dan serasa tidak mahu beralih alam, mahu di situ selamanya. Akan tetapi aku akur akan sunnatullah, mana bisa aku selamanya di situ, sedangkan masih banyak 'tangan-tangan' yang menanti di luar sana. Tangan-tangan itu mahu dipimpin oleh kami yang diberi izin merasai nikmatnya tarbiyah ini. Allah..ini bukannya pekerjaan yang mudah! Nabi s.a.w sendiri apabila diperintahkan untuk berdakwah secara terang-terangan, baginda telah mengur…

Indahnya Ukhuwwah Ini

Image
Semuanya LILLAHI TA'ALA..
Masih ingat detik dan saat indah itu.. Tahun 2004 kami bertemu, menyemai benih-benih ukhuwwah berpaksikan cinta Ilahi.. Makan minum bersama, tawa tangis juga.. Sehingga kami rasa sungguh dekat sekali.
Waktu berlalu, seiring dengan usia kami.. Oh, sudah 24 tahun umur kita sahabat-sahabatku.. Kita sudah melepasi alam mahasiswa.. 6 tahun perkenalan kita dirasakan amat-amat singkat.. Namun semua kenangan itu tidak mungkin aku padamkannya.
Manis sungguh ungkapan ini, "Kita bertemu & berpisah LILLAHI TA'ALA!" Benar, janji Tuhan itu pasti.. Kita berpisah sebentar, rupanya Allah mahu mempertemukan kita lagi.. Subhanallah!


Tidak putus-putus syukur dipanjatkan.. Senyum sendiri kerana seakan tidak percaya bakal bertemu dengan sahabat-sahabat yang sangat disayangi.. Sahabat-sahabatku, kedatangan kalian dalam hidupku adalah SATU ANUGERAH, Alhamdulillah!
Ayuh, kita melangkah lagi, di bumi UM menjadi saksi.. Aku yakin di dada kalian sudah tersemat erat NAJAH yang bakal di…

Kosong.

Image
Bismillahi walhamdulillah
Rasa kosong. Serba tak kena hari ini. Graf iman menurun, astaghfirullah! Benarlah sabdaan Nabi,lemahdan malas itu menjadi punca kepada kegagalan dalam hidup kita. Sehingga Nabi menyuruh kita berdoa,
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِYa Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Sudah 1432H. Menziarahi blog sahabat, rakan dan adik-adik seperjuangan, rata-rata mereka mencoretkan tentang Hijrah. Terima kasih kalian, pena hati kalian bisa mengetuk tangkai hati yang di kala ini terasa kosong.Kenapa kosong? Tepuk dada tanya IMAN! Rasa jauh dengan Allah, tika solat, tika menatap kalimah-kalimah-N…

Jalan Pulang

Al-Fatihah. Marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Mak Lang saya (Faridah Abd Manaff), Mak Ngah (Maznah Abd Manaff), nenek (Khadijah Abbas) dan buat seluruh muslimin muslimat yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Kita mendoakan agar ruh mereka semua dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh, insya-Allah.Kronologi pemergian arwah Mak Lang yang dikasihi:Aidilfiri 1430 H: Kami sekeluarga menerima khabar Mak Lang mendapat angin ahmar (stroke). Mak Lang tak boleh berjalan, beliau menerima rawatan fisioterapi secara intensif. Alhamdulillah kami sempat menziarahi beliau.27 Nov 2010: Kami ke KL, menghantar To’ki ke Uniten dan Umar ke rumah Pak Usu. Terniat untuk menziarahi Mak Lang tetapi masa terbatas, kami bercadang untuk ziarah beliau pada bulan hadapan. Mak Usu yang baru menziarahi arwah minggu lalu menyatakan keadaan arwah yang amat kurus, beliau tak mahu makan, terbaring lesu sahaja.3 Dec 2010: Pukul 2.30 pagi, Allah menjemput Mak Lan…

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi