Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sebuah Cita-cita

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Perlumbaan Akhirat

Bismillahi walhamdulillah Meninggalkan dunia blog dalam waktu yang agak lama. Hambatan senarai amanah amat meruntun masa dan kudrat diri yang terkadang masih lemah dan malas. Sedangkan tuntutan kepada gerak kerja Islam ialah mengikuti segala suruhan pemimpin dalam keadaan senang atau susah, rajin atau malas, lapang atau sibuk, berharta atau tidak. Allahu Rabbi..diri ini masih lemah dibaluti hawa nafsu sendiri. Manusia lewat hari ini berlumba-lumba dalam mencari harta. Ya, tidak dinafikan membuka pintu rezeki itu adalah tuntutan di dalam agama. Membuka pintu rezeki di dalam bidang perniagaan bertambah berkat kerana umum mengetahui bahawa 9/10 daripada rezeki adalah datang daripada perniagaan. Namun, dalam kesibukan kita mencari harta jangan pula diabaikan perlumbaan kita menuju Akhirat. Bekalan ke sana jauh lebih penting untuk dipersiapkan hari ini. 2,3 minggu belakangan ini, kami menerima khabar kematian mengejut mengenai rakan sekerja suami dan seorang pelawak tanahair. T...

Amanah Baru

Bismillahi walhamdulillah Teringat doa saya kepada Dia, antara menjadi seorang pendidik dan penuntut ilmu. Jika antara keduanya yang Allah datangkan dahulu, saya terima dengan penuh kesyukuran. Allah sudah menjawab doa saya, hambaNya yang sangat dhaif ini. Tiada seindah kata melainkan Alhamdulillah. Janji saya kepada Allah dan diri, insyaAllah saya akan menggalas amanah ini dengan sehabis baik. Allah bersama sangkaan hambaNya. Sungguh bertuah rasa diri, Allah hadirkan insan-insan soleh solehah dari dulu hingga kini. Tidak terhitung nikmatNya, azamku mahu menjadi hamba Allah yang lebih taat dan lebih cinta. Terimalah aku ya Allah.. Amanah baru. Sekali lagi cita-cita ini ditunaikan oleh Yang Maha Esa, alhamdulillah.. PhD bagaimana? InsyaAllah PhD tidak dikesampingkan, azam itu akan ditunaikan kelak insyaAllah. Izinkanku berkhidmat kepada anak bangsa barang waktu. PhD yang penuh cabaran itu harus dipersiapkan bekalannya dahulu. Sungguh, aku bangga digelar penuntut ilmu...

2015; Masa Semakin Suntuk

Bismillahi walhamdulillah Memulakan kalam bicara dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah kita baru usai menyambut kelahiran baginda SAW pada hari Sabtu yang lalu. Semoga bertambah lagi kecintaan kepada Allah dan Rasulullah, melebihi cinta kepada diri sendiri, keluarga dan harta benda kita. Sesuatu yang sukar untuk dilalui apabila saudara-saudara kita ditimpa musibah banjir pada Disember 2014 yang lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Alhamdulillah Tabarokallah atas keprihatinan rakyat Malaysia yang tidak lokek menghulurkan sumbangan, biarpun kecil tetapi kita harapkan ianya dapat menjadi amal jariah kita di Akhirat kelak. Mini Tsunami, ada yang menyebutnya begitu, menggambarkan suasana pasca banjir yang dahsyat terutamanya di Kuala Krai dan Tanah Merah, Kelantan. Allahu Akbar! Hanya kepada Allah disandarkan segala harapan dan doa. Mereka menjadi insan-insan terpilih untuk diuji dengan kehilangan tempat tinggal ...

Hopefully A Bright Move

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah praises to Allah, the best planner above all plans made by us. I pray to Allah, hopefully He blessed my plan and all my intention in whatever matters I did. Ya Ilahi anta mathlubi.. Last Saturday which was yesterday I decided to meet Dr Fadzila Azni, a senior lecturer at ISDEV USM Penang. Masha Allah, Allah always be nice to me since I thought I can't met her on that day. At first, I felt uncomfortable to have an appointment with her during weekend as I knew that weekend is a family time for a career woman like her. After waiting for the non-reply sms and call that I'd made, finally I told Abang to continue our plan going to USM. I tried to boost myself by positively think that Allah had done the best for me. InsyaAllah I can meet Dr by Allah's will. Who knows right? We arrived at Islamic Development Management (ISDEV), School of Social Science about 10.30 am. Bismillah, I tried to make another call to Dr. Alhamdulillah w...

Baby and PhD?

Bismillahi walhamdulillah After polishing my not-so-fluent English writing on the previous post, I tried to write again, and maybe again, insyaAllah. Practice makes perfect right? After having a long journey of my pregnancy (I reach 35wks 5days today), I thought of the moment of delivering my baby. All mix feelings overwhelmed me right now and sometimes it threatened me =(. This morning I had warm chit chatting with other pregnant mom whilst we're waiting for our US KUB (kidneys' ultrasound) at Kulim Hospital. Alhamdulillah how glad to hear her amazing moment of delivering her three daughters. I pray to Allah and wish to have the same moment like her, ameen. Reading, listening, watching and discussing the moment of giving birth were so exciting and reminding me about my mother's sacrifice in delivering 9 of us. Indeed, only Allah can reward her. I tried to practice all the tips especially the tips to facilitate maternity as I know those are part of our effort a...

Hati Yang Penuh

Bismillahi walhamdulillah Lama dan sangat lama sekali saya tidak menulis. Asbab utama adalah tiada modal hendak menulis dan kurang sekali membaca kala ini =( Banyak peristiwa yang berlaku dua, tiga bulan ini. Bermula dengan peristiwa besar Malaysia iaitu PRU13 yang penuh dengan noda hitam sehinggalah kisah Safwan Anang, Pengerusi SMM yang sangat utuh prinsip perjuangannya. PRU13, digelar juga mother of election  telah menjadi sejarah hitam yang tidak akan dilupakan oleh rakyat sampai bila-bila. Terlalu banyak cerita sedih jika hendak dicoretkan tetapi lebih eloklah jika dibaca di sumber-sumber yang lebih ahsan dan mantap faktanya. Sebagai marhaen, saya menjadi pemerhati sepenuh masa dan sentiasa mendoakan Malaysia yang saya cintai ini aman sentosa tanpa rasuah dan korupsi yang menggelapkan mata manusia. Tertarik saya kepada kisah Safwan Anang; nama yang cukup popular dalam dunia mahasiswa kini. Mungkin saya sudah meninggalkan alam kampus menyebabkan saya kurang cak...

Hanya Sebuah Research Paper

Bismillahi walhamdulillah Hamdalah atas nikmat Iman, Islam, Seehah dan bergelar zaujah selama 1 tahun 1 bulan. Baitul Muslim kami masih lagi bertatih. Masih banyak yang perlu saya perbaiki dan koreksi diri.  Apa khabar Research Paper saya? Sudah masuk semester kedua perjalanan RP saya. Ujian yang silih berganti mengingatkan saya bahawa ilmu Allah terlalu mahal, hanya mampu diraih oleh mereka yang ikhlas dan sabar. Subhanallah! Tabarokallah! Kesabaran harus digandakan. Bak pesan sahabat, "sabar di atas sabar". Subhanallah, indah sekali bait-bait ini. Kadang kala kerenah birokrasi amat menguji iman tetapi cepat-cepat berpesan kepada diri bahawa anda tidak berseorangan mengharung kerenah ini, mereka yang lain juga (baca: researcher) turut berhadapan dengannya. Apa lah sangat ujian yang kecil ini untuk saya..Ramai lagi insan di luar sana yang jauh lebih hebat ujian mereka. Allah menguji seseorang sesuai dengan kadar imannya. Nah hitunglah sekadar mana imanmu? All...

Sawang

Bismillahi walhamdulillah Fenomena 'sawang' yang acap kali menimpa golongan blogger rupanya turut melanda kepada saya. Saya nampaknya lebih senang memaksimakan 'mukabuku' berbanding blog. Maafkan saya LTC, saya akan cuba berusaha untuk membersihkan 'sawang' ini. Mac hari ini. Bersamaan 18 Rabi'ul Akhir 1434H. Masa yang menggigit semakin mendera hati dan perasaan ini. Cuba mencari 'butang hijau' saya dengan meminjam spirit teman-teman MEc yang sudah berjaya menamatkan Research Paper mereka. Fighting Fizah! Seperti yang selalu ditiupkan oleh Fatimah, cewek Jambi saya =) Semakin tidak sabar untuk menamatkan Research Paper saya dan semakin tidak sabar untuk melangkah ke dunia pekerjaan. Bahtera MEc sudah tiga perempat dalam pelayarannya, sudah mengharung ombak kecil, ombak ganas juga ribut taufan. Tidak mustahil bahtera saya ini bakal berdepan dengan ombak dan taufan lagi jika persediaan saya masih belum mantap. Mohon Allah besarkan iman say...

Pensyarah dan Gaji

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah atas nikmat Iman, Islam dan Seehah daripada Allah Ar-Rahim. Alhamdulillah atas nikmat pernikahan yang sudah pun berusia 10 bulan semalam. Zauji membelikan 'Satay Kulim Style' sebagai meraikan ulang tahun pernikahan kami, syukran Zauji! ^_^ Khabar adindaku, Masyitah yang bakal melangsungkan pernikahannya pada Februari tahun depan amat disyukuri. Beliau telah diterima menjadi pensyarah sambilan di UiTM Merbok, Kedah. Mabruk! Berkhidmatlah dengan sebaik mungkin, niatkan di hati bahawa mengajar juga adalah ibadah dan mengajarlah untuk memanusiakan manusia. Terimbau kenanganku menjadi pensyarah sambilan di UiTM Arau dahulu dan kini anak-anak didikku telah pun tamat pengajian Diploma mereka, Alhamdulillah.. Aku sebenarnya tidak gemar untuk membandingkan nilai gaji yang diterima di sesebuah universiti dengan universiti yang lain. Prinsip aku, bekerjalah walau di mana sahaja dengan bersungguh-sungguh dengan tidak mengabaikan misi uta...

Berkaryalah..

Bismillahi walhamdulillah Pagi yang ceria. Pagi yang bahagia. Alhamdulillah wa syukru Lillah atas nikmat Iman, Islam dan Seehah yang dikurniakan-Nya. Selepas saling berbalas ucapan "Selamat Pagi" dengan Zauji, aku memulakan langkah pagi ke Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran dengan rasa syukur dan bahagia. Mahu mujahadah hari ini, meninggalkan Umar di parkir Vista, dan aku hanya berjalan kaki sahaja ke fakulti.  Subhanallah, sudah lama rasanya tidak menikmati pagi dengan berjalan kaki! Sedangkan zaman Degree dahulu, berjalan kaki adalah satu kewajipan setiap hari. Selain dapat menikmati alam ciptaan Allah pada pagi hari, dapat juga anggota badan ini bersenam dan keluar dari kepompong keselesaan dan kemalasan. Menghirup udara segar sambil menikmati tazkirah dan mutiara-mutiara ilmu di IKIM.fm amat membahagiakan hati ini. Alhamdulillah semoga hari ini dilalui dengan penuh ketenangan dan mendapat redha Allah, insyaAllah. Aku tertarik dengan perbincangan bersama   Presid...

Bahagiakan Dirimu

Bismillahi walhamdulillah 9 Muharram 1434H|23 November 2012 Hari Jumaat tiba lagi. Penghulu segala hari ini akan datang dengan setianya selagi Hari Kiamat belum tiba. Beruntunglah bagi mereka yang menghidupkan hari yang mulia ini dengan segala amalan sunat dan sunnah Nabi di samping tidak mengabaikan amalan wajib. Hari yang mulia seharusnya disambut dengan gembira dan bahagia. Mensyukuri atas segala ni'mah dan bersabar atas musibah dan ujian jika ianya sudah ditaqdirkan buat kita. Merefleksi diri dengan musibah yang menimpa saudara-saudaraku di Gaza sana, hanya Allah sebaik-baik pelindung. Di sana-sini berita tentang Gaza dan boikot produk-produk Israel disebarkan. Alhamdulillah, begitu peka dan prihatin sekali umat Islam di Malaysia. Namun diharapkan boikot ini bukanlah boikot bermusim dan boikot plastik sahaja, insyaAllah. Bangkit dari kemalasan, bangkit dari kejatuhan memang payah jika tidak disertakan dengan azam yang kental dan padu. Mewujudkan mood belajar ju...

Kembali Ke Medan Tempur

Bismillahi walhamdulillah 9 Ramadhan 1433H. Pagi yang indah di bumi perjuangan Petaling Jaya. Alhamdulillah biiznillah, dengan izin Allah aku kembali ke medan tempur ini. Kembali menyambung perjuangan yang tiada noktah, perjuangan sehingga ke liang lahad insyaAllah. Kuala Lumpur tetap sama, seperti yang aku tinggalkan sebelum Ramadhan. Malamnya masih dilihat sibuk, kereta-kereta masih melingkar di atas jalan raya sedangkan solat sunat tarawikh sedang berlangsung di masjid-masjid dan surau-surau. Di mana Ramadhan mereka? Oh bukan mahu skeptikal kepada marhaen Kuala Lumpur, mungkin mereka mengerjakan ibadah itu di rumah. Ya dan soal ibadah adalah antara mereka dan Allah. Namun tidak dinafikan, rumah-rumah Allah di jantung kota ini tetap meriah dengan pesta ibadah di bulan yang penuh keberkatan, penuh kemuliaan ini. Permusafiran Kulim-Kajang semalam memberi ruang kepada diri ini untuk bermuhasabah dan mengaudit diri terhadap segala amal ibadah dan perilaku sepanjang bera...

Menghimpun Quwwah

Bismillahi walhamdulillah Atas nikmat terbesar yang dikurniakan Allah kepada kita semua iaitu nikmat Iman dan Islam, ucapkanlah ALHAMDULILLAH.. Jersi pelajar Sarjana masih tersarung di jasadku, pertengahan Semester 3 kini..Alhamdulillah'ala kulli hal. Buat julung-julung kalinya aku tidak pulang bercuti tika Mid Break berlangsung..lalu memasang mode "Mujahadah Tanpa Henti" kepada diri sendiri.. Namun, aku tetap seorang manusia, bukan robot! Teringat rakan dan teman baikku, Fatimah menuturkannya lewat semalam tika kami menyantuni FEA bersama assignments yang minta disiapkan..Senyum sendiri. Iya, tepat sekali bicara anda teman :) Dan aku adalah seorang manusia yang tidak bisa lari daripada menghidap penyakit "STRESS". Lalu apabila sakit ini menjalar, timbullah idea-idea separa gila, hampir gila tetapi tidaklah sampai kepada gila di dalam otakku. Idea pertama adalah TRAVELLING! Serasa mahu 'terbang' dan keluar sebentar daripada bumi UM, meni...

Apresiasi Buat Zauji

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah, ucapan hamdalah selamanya untuk Rabbku, untuk Rabb yang sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya yang tiada tara. Syukur teramatnya kerana Dia mengizinkan diri ini mengecap nikmat terindah dalam hidup selepas nikmat Iman dan Islam iaitu nikmat sebuah pernikahan. Tanggal 4 Februari 2012 bersamaan 11 Rabi'ul Awal 1433H, diri ini telah sah dinikahi zauji dengan sekali lafaz. Alhamdulillahi Rabbil'alamin..maka kini redha suami menjadi matlamat utama dalam hidupku. Kami telah halal untuk menyulam cinta, berkasih sayang kerana Allah semata. Inilah nikmat terindah, yang sebelumnya adalah haram bagi seorang lelaki dan perempuan, tetapi kini telah HALAL dengan asbab tali pernikahan itu. Alhamdulillah ya Rabb! Hidup berumah tangga sudah tentu tidak akan sunyi dengan ujian-ujian yang sentiasa dihidangkan Ilahi buat hamba-hamba-Nya yang beriman. Demikianlah kita diajar untuk memohon kekuatan kepada Allah dalam menghadapi me...

2012| Menguji Rasa

Bismillahi walhamdulillah Tirai 2012 telah diangkat, meninggalkan segala plot cerita 2011, manis, masam, pahit, suka, duka, tawa, ria dan segala rasa jika ianya boleh dideskriptifkan. Dan aku..menoleh setahun yang sudah berlalu itu, yang sudah tentunya wajib atasku untuk bermuhasabah (accountability), menghitung segala perilaku, amal buatku yang lalu, adakah benar semuanya dilaksanakan mengikut perintah-Nya dan bisa mengundang redha-Nya? Allahu Allah, moga-moga ianya diterima Allah.. Angka umurku sudah beranjak lagi, 26 tahun! Masya-Allah, sudah tua rupanya wahai diri..kudrat sudah tidak secergas dahulu, daya ingat tidak secerdas dahulu dan langkahku tidak setangkas dahulu. 'ala kulli hal, marilah kita memanfaatkan sebaiknya segala nikmat yang Allah pinjamkan buat kita, buat bekal di hujung permusafiran kita insya-Allah. 2011 mencoret cerita ceria dan tidak dinafikan terselit juga cerita hiba. Sahabat-sahabat dan teman-teman seangkatan rata-ratanya telah selamat menyem...

|Edensor dan Enigma|

Sebulan Edensor (buah tangan ketiga Andrea Hirata selepas Sang Pemimpi) berada di tangan saya. Dipesan kepada Si Arai saya yang kedua, Hajrun yang kini sedang menikmati mimpi usia remajanya di Misra, tanah gedung ilmu juga Ardhul Kinanah yang saban lama saya juga rinduinya. Ah, sungguh saya dengki tahap 100 darjah Celcius! Saya masih lagi mengingati ucap-kata semangat Si Arai nombor satu merangkap Adik Burung Kiwi saya, “Bacalah Edensor, serius best! Super best!” Oh, sudah lama sekali beliau menggesa saya untuk menikmati Edensor, namun baru hari ini dapat saya mengkulitinya. Terus laju saya menteks kepada beliau akan tamatnya pengembaraan saya bersama Edensor. Terkagum-kagum saya dengan Andrea Hirata (AH). Jika dapat saya bertemu dengannya, ingin saya mengucap tahniah, tidak tahu bagaimana mahu merakam apresiasi saya kepada beliau. Patutlah, Si Arai 1 dan Si Arai 2 saya tak habis-habis keterujaan mereka dengan Edensor, dan saya juga pada hari ini turut mengakuinya! Sa...