Posts

Showing posts from September, 2013

Kehilangan

Image
Bismillahi walhamdulillah
Rakyat Kedah hari ini dikejutkan dengan berita pemergian mantan MB Kedah iaitu Ustaz Azizan Abd Razak pada jam 11.05 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, Kedah. Innilalillahi wainna ilaihi raaji'un. Begitulah akhir perjalanan hidup seorang insan, pasti akan kembali ke pangkuan Tuhannya.
Allahu..Ratusan status di FB mengutus takziah atas pemergian almarhum di samping gambar-gambar sekitar pengebumian almarhum juga dimuat naikkan. Sayu sungguh hati ini menatap ramainya yang hadir mengucapkan selamat tinggal kepada beliau. Subhanallah! Hebat dan mulianya seseorang insan itu boleh diukur dengan melihat berduyunnya manusia yang hadir menyolati jenazahnya. Begitulah yang dapat dilihat kepada sosok mulia yang dihormati lagi dikasihi ini. 
Sejujurnya saya agak terkilan kerana tidak mengenali almarhum dengan dekat semasa hidupnya. Hanya mengikuti perjuangan dan pimpinan almarhum dari jauh. Namun, saya ber…

Coret-coret Marhaen

Bismillahi walhamdulillah
Pimpinan kerajaan penggal ini dilihat kucar-kacir baik dalam pengurusan negara mahu pun merespon kepada isu rakyat. Respon-respon mereka dilihat amat tidak matang dan umpama anak-anak kecil juga bisa menjawabnya. Ungkapan seperti "harga ayam mahal, jangan makan ayam", "tidak bersetuju dengan pendidikan di Malaysia, jangan hantar anak bersekolah di Malaysia". Rasa mahu ketawa sambil berguling pun ada, takkan seorang menteri yang menjadi peneraju kepada rakyat boleh mengeluarkan keputusan sedemikian?
Senaraikan isu-isu yang sedang hangat melanda negara tercinta kita ini; harga petrol RON95 naik 20 sen, harga barangan runcit naik, kes tembak-menembak, kes gangster dan kongsi gelap, isu KUIN dan perbelanjaan negeri Kedah yang meningkat, 13 orang ditahan kerana didakwa terlibat dalam perhimpunan haram semasa angkat sumpah MB Perak, penoreh getah yang menyertai BERSIH 3.0 didenda dan dipenjara dan banyak lagi. Ada lagi satu isu yang nak saya highl…

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Image
Bismillahi walhamdulillah
"Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia"
Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah!
Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah. 
Inilah Abang Long Fathi ^^,
Ini adik Fathi, 'Imad

Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan. Melihat Fathi (anak sulung Sakinah)…

Back to Basic!

Image
Bismillahi walhamdulillah
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Nikmat terbesar selepas nikmat Iman dan Islam adalah nikmat Sihat. Syukur infiniti kepada-Nya, badan rasa lebih sihat dan segar hari ini. Namun di sana, banyak kelompangan yang wajib diperbaiki baik dari sudut ibadah, tanggungjawab sebagai isteri, peranan di dalam masyarakat dan melunaskan sedikit lagi urusan Masterku.
Apa khabar anakku? Ummi mendoakan kesejahteraan dan kesihatanmu di alam rahim sebagaimana ibu Ummi dahulu mendoakan Ummi. Maafkan Ummi andai kurangnya alunan Al-Quran dan zikrullah buatmu, insyaAllah akan Ummi usahakan untuk saban waktu menjadi makanan rohanimu. Subhanallah, Tabarokallah! Hebatnya Tuhan yang menciptakan kita duhai anakku..
Pujian selamanya buat-Mu Tuhanku, yang tidak pernah jemu mencurahkan nikmat-Mu melimpah ruah walau kami masih malas dalam mengerjakan ibadah kepada-Mu. Allah..lemahnya iman kami..Terima kasih ya Allah, Engkau tidak pernah membiarkanku kesunyian, Engkau mempertemukanku dengan i…